Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Filem Hantu Kak Limah Catat Rekod Kutipan Tertinggi Filem Tempatan Pada Hari Pembukaan

Naskah terbaru pengarah Mamat Khalid, Hantu Kak Limah mencatat rekod dalam industri perfileman tanah air apabila menjadi filem tempatan paling tinggi kutipan pada hari pertama tayangan.

Tayangan ‘sneak preview’ pada 8 Ogos yang lalu menyaksikan Hantu Kak Limah berjaya meraih RM650 ribu, rekod tertinggi setakat ini. Selain itu juga, Hantu Kak Limah turut mencatat kejayaan berganda apabila meraih kutipan mencecah RM1.8 juta pada hari pertama ditayangkan kepada umum pada 9 Ogos yang lalu, sekali gus merekodkan filem berkenaan sebagai filem yang menerima kutipan tertinggi di hari pembukaan.

Filem kerjasama diantara Astro Shaw dan Infinitus Gold ini telah ditayangkan di 133 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei. Penonton-penonton di Singapura akan dapat menyaksikan filem Hantu Kak Limah bermula hujung minggu ini.

Filem  francais komedi seram yang diarahkan oleh Mamat Khalid ini menampilkan Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Datuk Seri Vida.

Related posts

Teaser Rasmi EJEN ALI MUSIM 3 Telah Dilancarkan, Akan Datang Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar Mulai 2022!

Kakimuvee

Zul Ariffin Sudah Berubah Dalam Trailer Rasmi Penunggang Agama 2

Kakimuvee

Telefilem Cinta Ramadan & Drama Sekuel Danny Angkat Tema Cinta Tulus Penuh Keinsafan Mulai 8 Oktober Ini

Kakimuvee

Ada Hantu 2 Kini Sedang Dalam Pra-Produksi

Kakimuvee

[Video] Penunggang Agama 2 Akan Ditayangkan Di Astro First 19 Oktober Ini

Kakimuvee

Gandingan Fattah Amin & Diana Danielle Dalam Kisah Percintaan Fantasi Romantik GANJIL Oleh Viu

Kakimuvee

Leave a Comment