Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Han Solo, Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini?

han-solo-lando

Selain filem spinoff Rogue One: A Star Wars Story, Lucasfilm juga sedang dalam proses menghasilkan satu lagi filem spinoff dari trilogi Star Wars iaitu Han Solo, filem berkenaan salah satu watak popular dalam trilogi Star Wars. Filem ini dijangka akan ditayangkan 25 May 2018 selepas tayangan filem Star Wars: Episode VIII yang bakal ditayangkan awal setahun sebelumnya.

Han Solo merupakan filem spinoff kedua selepas Rogue One: A Star Wars Story, dan masih tidak mempunyai tajuk khusus. Sehingga kini pihak produksi masih dalam proses pemilihan pelakon-pelakon.

han-solo-female-actress

Antaranya pelakon yang telah mengesahkan terlibat dalam filem ini adalah Alden Eirenreich yang akan membawa watak utama Han Solo. Selain itu nama-nama seperti Tessa Thompson, Zoe Kravitz dan Naomi Scott pula dikhabarkan akan membawa watak Sana Starros. Bintang siri televisyen Game of Thrones, Emilia Clarke telah disahkan akan turut sama dalam barisan pelakon tetapi dia tidak mengentahu apakah watak yang bakal dibawa olehnya.

Dikhabarkan watak Emilia adalah rakan kepada Han Solo dan Chewbacca. Selain itu, Donald Glover juga telah disahkan akan turut bersama-sama berlakon dan telah dipilih untuk melakonkan watak Lando Calrissian, rakan baik kepada Han Solo.

Lando Calrissian antara watak popular dalam siri Star Wars, aktor Billy Dee Williams pernah membawa karakter tersebut dalam filem Star Wars Episode V: The Empire Strike Back dan Star Wars Episode VI: Return Of The Jedi dan juga dalam siri animasi Star Wars Rebels.

han-solo

Filem Han Solo ini dijangka akan fokus kepada pengembaraan Han Solo sebagai penyeludup semasa muda, bagaimana dia bertemu Chewbacca dan memenangi kapal angkasa legenda, Millennium Falcon dari tangan Lando. Filem ini diarahkan oleh  Phil Lord dan Chis Miller, pengarah filem-filem hebat seperti Cloudy with a Chance of Meatballs, 21 Jump Street, 22 Jump Street, and The LEGO Movie

Selain daripada filem ini, Lucasfilm juga merancang untuk menghasilkan beberapa filem spinoff lain seperti Yoda, Boba Fett, dan Kenboi

 

 

Related posts

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Antonio Banderas Sertai Harrison Ford Dalam “Indiana Jones 5”

Kakimuvee

“Black Widow” Lepasi AS$260 Juta Seluruh Dunia, “F9: The Fast Saga” Semakin Menghampiri AS$600 Juta

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Leave a Comment