Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Filem Gundala Ditangguhkan Tayangannya Ke Penghujung Disember Ini


Filem ‘superhero’ Indonesia, Gundala telah ditangguhkan tayangannya pada 26 Disember ini. Pekara tersebut didedahkan salah bintang utamanya, Bront Palarae menerusi laman Twitter rasmi beliau. Bagaimanapun sebab penangguhan tidak dinyatakan.

Gundala sepatutnya ditayangkan dipawagam tempatan mulai 7 November ini.

Filem arahan Joko Anwar (Pengabdi Setan) ini akan mengisahkan tentang Sancaka (Abimana Aryasatya) yang hidup keseorangan di pinggir bandar setelah ditinggalkan orang tuanya.

Sancaka belajar hidup sendiri demi memastikan keselamatan dirinya. Pada suatu malam, Sancaka disambar petir dan perkara itu telah menjadikan kekuatan kepada Sancaka kerana hidupnya penuh keresahan atas realiti kehidupan yang penuh dengan ketidak adilan.

Gundala turut dibintangi Tara Basro sebagai Wulan, Ario Bayu sebagai Ghazul, Cecep Arif Rahman, Rio Dewanto, Muzakki Ramdhan dan pelakon terkenal Malaysia, Bront Palarae yang akan memainkan peranan sebagai penjahat utama iaitu Pengkor.


Filem yang diadaptasikan dari karakter komik Gundala ciptaan Harya “Hasmi” Suraminata ini telahpun ditayangkan di Indonesia pada 29 Ogos yang lalu dan telah mencatat jumlah penonton sebanyak 1 juta orang.


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee