Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem GREYHOUND Lakonan Tom Hanks Cipta Rekod Untuk APPLE TV+


Filem perang-drama terbitan Sony Pictures, Greyhound telahpun memulakan tayanganya di laman penstriman Apple TV+ Jumaat yang lalu. Walaupun tidak ditayangkan dipawagam, filem lakonan Tom Hanks itu masih mampu mencipta rekod.

Menurut laporan DeadlineGreyhound telah mencatatkan jumlah tontonan tertinggi pada minggu pertama di Apple TV+, sekaligus mengatasi mana-mana filem dan rancangan televisyen yang disiarkan di platform penstriman tersebut.

Selain itu juga, Greyhound turut menarik pelanggan baru untuk Apple TV+ dimana 30% peratus penonton filem ini adalah dari kalangan pelanggan baru.

Berlatarkan ketika awal Perang Dunia II. Dalam tugasan pertamanya sebagai pemerintah kapal pemusnah U.S Navy, Greyhound, Kapten Ernest Krause memimpin 37 kapal Bersekutu merentasi Atlantik Utara ketika sedang diburu oleh sekumpulan U-Boat Nazi. Sepanjang perjalanan, dia perlu berdepan dengan kesangsian terhadap dirinya untuk membuktikan dirinya sebagai pegawai pemerintah.

Berdasarkan novel The Good Shepherd karya C.S. Forester, filem ini turut dibaris pelakon seperti Stephen Graham, Rob Morgan, dan Elisabeth Shue. Aaron Schneider bertindak selaku pengarah manakala Gary Goetzman sebagai penerbit.


Anda boleh baca ulasan Greyhound disini!


Related posts

Poster Terbaru Monarch: Legacy of Monsters Untuk Siri Terbaru MonsterVerse Apple TV+

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Pandangan Pertama Vanessa Kirby Sebagai Josephine Dalam Poster Terbaru NAPOLEON

Kakimuvee

Brie Larson Akan Terajui Spin-Off ’21 Jump Street’

Kakimuvee

SPIDER-MAN: BEYOND THE SPIDER-VERSE: Penerbit Akui Mungkin Tangguhkan ‘Threequel’ Jika Terpaksa

Kakimuvee

Spider-Man: Across the Spider-Verse Telah Melepasi AS$500 Juta Seluruh Dunia

Kakimuvee