Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Final Destination Bakal Dihasilkan


Francais filem seram Final Destination bakal dihasilkan tidak lama lagi dengan penglibatan dua penulis skrip francais filem Saw, Patrick Melton dan Marcus Dunstan.

Kedua-dua penulis skrip itu banyak terlibat dalam penulisan skrip francais filem Saw bermula pada filem keempat sehinggalah filem ketujuh Saw. Mereka juga terlibat dengan penulisan skrip filem seram Piranha 3DD. 

Francais Final Destination bermula pada tahun 2000 yang ditulis oleh penulis skrip siri The X-Files. Ia mengisahkan tentang sekumpulan individu yang diburu kematian selepas terselamat dari kemalangan ngeri.

Walaupun filem-filem Final Destination gagal menarik perhatian pengkritik, ia menjadi salah satu francais yang digemari oleh peminat-peminat filem seram.

Setakat ini, tiada tarikh tayangan diumumkan studio New Line Studio.



Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee