Trivia

Filem-Filem Yang Paling Banyak Menyebut "F-Word"

Views

Anda kenal Samuel L. Jackson? sudah tentu anda kenal pelakon berkenaan. Selain lakonannya yang mantap, beliau cukup dikenali sebagai aktor yang suka menggunakan perkataan "Motherf*cker"  dan gemar menghamburkan kata-kata kesat dalam setiap pertuturan dialog filem-filem lakonannya.

Jika anda menonton filem-filem Hollywood, perkataan-perkataan seperti 's*n of a bit*h', 'fuck', 'b*llsh*t', "i'm don't give a damn' adalah perkataan yang biasa diucapkan oleh para pelakon dalam mana-mana filem mereka. Hollywood telah menggunakan perkataan-perkataan kesat dalam filem sejak tahun 1929, iaitu 2 tahun selepas terciptanya filem yang mempunyai suara/bunyi. Sejak daripada itu, filem-filem yang dihasilkan pasti akan mempunyai perkataan dan ayat carutan sehinggakan pihak penapisan filem US terpaksa menapis penggunaan perkataan dan ayat tidak senonoh ini dalam filem.

Jika sesebuah filem itu menggunakan terlampau banyak perkataan yang tidak sesuai, filem berkenaan akan diberi rating R atau '18 Tahun Ke Atas' (mengikut rating Lembanga Penapisan Filem - LPF) walaupun filem tersebut tidak memaparkan aksi keganasan, seks dan politik yang melampau.

Filem Hollywood lakonan Leonardo DiCaprio berjudul Wolf of Wall Street menjadi fiilem filem banyak penggunaan 'f-word' iaitu sebanyak 569 kali. Tetapi jumlah tersebut tidak mampu menyaingi filem komedi dari Kanada iaitu Swearnet: The Movie, dimana filem tersebut telah mencatat rekod penggunaan 'f-word' paling banyak dalam Guinness World Records iaitu sebanyak 935 kali. Al Pacino pula menjadi aktor yang paling banyak menyebut perkataan "f*ck" dalam filem.

Antara 15 filem teratas yang paling banyak menggunakan 'f-word' dalam filem:

  • Swearnet: The Movie - 935 kali
  • Fuck - 857 kali
  • The Wolf of Wall Street - 569 kali
  • Uncut Gems - 506 kali
  • Summer of Sam - 435 kali
  • Nil by Mouth - 428 kali
  • Casino - 422 kali
  • Straight Outta Compton - 392 kali
  • The Outpost - 371 kali
  • Alpha Dog - 367 kali
  • End of Watch - 326 kali
  • Twin Town - 318 kali
  • Running Scared - 315 kali
  • Sweet Sixteen - 313 kali
  • Martin Lawrence Live: Runteldat - 311 kali
  • Menace II Society - 305 kali

Selain itu juga, anda boleh lihat senarai top 10 filem bukan 'R-rated' yang banyak tuturkan perkataan 'F-word' dalam video dibawah.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks