Trivia

Filem-Filem Yang Di Ban Atas Alasan Yang Tidak Munasabah

Views

banned films

Setiap filem yang dihasilkan kadang-kala pasti akan menyentuh sensitiviti seseorang atau sesebuah negara samada secara sengaja ataupun tidak. Tidak kurang juga terdapat filem yang mana jalan ceritanya tidak sesuai untuk ditonton oleh umum seperti adegan ranjang yang keterlaluan ataupun terlampau ganas dan kejam untuk di tonton seperti filem Cannibal Holocaust

Selain itu juga, filem-filem yang dihasilkan boleh digunakan sebagai alat propaganda sesebuah negara dengan tujuan untuk memberi kesan psikologi kepada rakyat, pemimpin atau sesebuah organisasi. Atas sebab-sebab itu, setiap filem akan ditapis terlebih dahulu bagi mengelakkan ia memberi kesan kepada penonton disesebuah negara.

Tetapi terdapat beberapa buah filem yang diharamkan oleh sesetengah negara atas sebab-sebab yang tidak munasabah. Disini kami senaraikan 5 Filem Yang Diharamkan Atas Alasan Yang Tidak Munasabah. 

ET-Extraterrestrial

1. E.T – The Extra Terrestrial

Filem arahan Steven Spielberg mengisahkan tentang seorang budak lelaki dan rakannya yang merupakan makhluk asing dari planet lain. Filem ini bukan saja mencapai kejayaan besar samada dari segi keuntungan, ianya juga telah dicalonkan dalam beberapa anugerah berprestij. Selain itu juga, filem ini menyampai mesej dan kesan yang cukup mendalam kepada penonton. Filem arahan pengarah legenda ini sememangnya tidak mengecewakan.

BACA:  Kenapa The Avengers dan X-Men tidak boleh bergabung

Tetapi di negara Sweden, filem ini telah diharamkan untuk ditonton oleh kanak-kanak dibawah usia 11 tahun kerana watak orang dewasa dalam filem ini dianggap musuh kepada kanak-kanak. Hairan ya, filem ini adalah filem untuk kanak-kanak tetapi kanak-kanak di Sweden tidak dibenarkan untuk menonton filem E.T

The-Simpsons

2. The Simpsons Movie 

Kartun The Simpsons adalah antara siri kartun yang terkenal di Amerika. Kartun ini sangat terkenal kerana penyampaian humor / lawak yang berbaur politik dalam setiap rancangan mereka.  Pada tahun 2007, siri kartun ini telah difilemkan dengan judul The Simpsons Movie dan telah ditayangkan diseluruh dunia termasuk Malaysia.

Tetapi terdapat satu negara yang mengharamkan filem ini.. iaitu Myanmar. Bukan disebabkan lawak politik mereka, tetapi kerana kulit karakter kartun yang berwarna kuning.

Semasa filem ini ditayangkan, negara Myanmar sedang diperintah oleh Aung San Suu Yi. Musuh politik beliau adalah dari parti politik National League of Democracy yang mana warna rasmi parti politik itu adalah Merah dan Kuning. Pemimpin kerajaan Myanmar menganggap filem ini mempromosi parti politik lawan secara tidak langsung, hanya kerana karakter kartun filem The Simpsons berwarna kuning.

BACA:  Akhirnya, Wolverine Kembali Dari Kematian

2012

3. 2012

2012 ini adalah antara filem terbesar yang ditayangkan pada tahun 2009. Bagaimanapun, filem arahan Roland Emmerich ini tidak dialu-alukan di negara Korea Utara.

Ini disebabkan pada tahun 2009, ia merupakan hari jadi ke-100 bekas pemimpin negara tersebut iaitu Kim Il Sung dan mereka sedang meraikan hari jadi ulangtahun pemimpin mereka. Disebabkan tidak mahu hari keraian mereka diganggu dengan pekara-pekara negatif, mereka telah mengharamkan filem 2012 kerana beranggapan terlampau banyak pekara negatif dalam filem tersebut.

Kebanyakkan penonton seluruh dunia menganggap filem 2012 sebagai mengarut, dan tidak mengambil serius gambaran kiamat yang akan berlaku, tetapi tidak bagi pemimpin Korea Utara, mereka menganggap ianya sebagai satu pekara yang cukup serius.

Blue-Jasmine

4. Blue Jasmine

Pada tahun 2013, filem arahan Woody Allen, Blue Jasmine telah mengondol sejumlah besar anugerah yang dipertandingkan termasuklah anugerah Oscar. Dengan kejayaan tersebut, pastinya filem ini sangat berkualiti tinggi untuk disaksikan penonton diseluruh dunia. Tetapi tidak di negara India.

India telah mengharamkan filem ini hanya kerana satu benda, menayangkan karakter sedang merokok didalam filem. Hanya dua babak pendek sahaja yang menunjukkan karakter tersebut sedang merokok, dan kerajaan India terus bertindak mengharamkan filem ini dari  mengambil initiatif untuk memotong babak tersebut.

BACA:  Kenali Karakter-Karakter Drama Korea Hell Is Other People / Strangers From Hell

The-Interview-Korea

5. The Interview

The Interview mengisahkah dua wartawan yang diupah oleh CIA untuk membunuh diktator Korea Utara, Kim Jong Un. Filem ini mendapat respond pemimpin negara tersebut yang mengarahkan hukuman bunuh atau penjara seumur hidup jika didapati memiliki atau menonton filem The Interview. 

 

Tinggalkan Balasan

shares