Filem-Filem Terkenal Yang Mungkin Anda Tidak Sedar Memiliki “Alternate Ending”

10324
views

“Alternate Ending” (pengakhiran alternatif) atau juga disebut sebagai “alternative ending” adalah terma yang sering digunakan (kebanyakkan dalam filem) untuk menerangkan pengakhiran cerita yang dirancang atau didebatkan tetapi tidak digunakan sebagai pengakhiran yang sebenar. Umumnya, pengakhiran alternatif dianggap tidak mempunyai kesan terhadap naratif kanonik.

Dalam industri perfileman Hollywood, adalah menjadi kebiasaan buat para pembikin filem untuk menghasilkan beberapa pengakhiran alternatif cerita dalam filem arahan mereka. Ada yang dibuat atas permintaan pihak studio, diubah kerana maklumbalas penonton dari tayangan ujian, ataupun sengaja dibikin kerana ingin memberi kesan yang lebih dramatik, lebih kejam, lebih ‘darker’ dan sebagainya.

Terdapat beberapa filem terkenal yang memiliki pengakhiran yang berbeza-beza, antaranya I Am Legend, The Butterfly Effect dan, yang paling dikenali oleh rakyat Malaysia, iaitu Misteri Dilaila. Tetapi tahukah anda, terdapat beberapa filem popular yang pernah anda tonton turut memiliki “alternate ending”?

Apakah filem tersebut? mari kita lihat senarai filem berserta video yang kami sertakan dibawah.

15. X-Men: The Last Stand

Filem X-Men ini memiliki tiga pengakhiran alternatif dimana semua boleh didapati dalam versi “home video”. Antara pengakhiran cerita adalah Xavier Institute dibuka semula dengan Beast menjadi profesor, Rogue masih memiliki kuasanya, Logan pulang ke Alberta, Kanda seperti dalam video yang anda tonton diatas.

14. Terminator: Judgement Day

“Alternated Ending” filem ini dimuatkan dalam jualan DVD yang dikeluarkan oleh Sony. Versi ini tidak disukai para penonton ujian kerana agak ‘corny’, terlampau gembira dan menutup segala kemungkinan untuk menghasilkan sekuel.

13. Rocky Balboa

Dalam ending asal, Dixon telah memenang perlawanan menentang Rocky Balboa, tetapi Rocky tidak menghiraukan pengumuman pengadil dan terus berlalu dari gelanggang kerana dia telah berjaya memenangi hati peminat. Tetapi versi “Alternate Ending”, ia menunjukkan Rocky telah berjaya menewaskan Dixon dengan “split-decision” dari pengadil.

12. Final Destination

Tiada siapa yang dapat terlepas dari diburu “maut”. tetapi dalam versi “alternate ending” yang dikeluarkan dalam bentuk VHS dan DVD, ia memaparkan pengakhiran yang berbeza dimana Clear dan Carter terselamat dari diburu maut selepas Clear melahirkan bayi yang dinamakan Alex, teman lelaki Clear yang mengorbankan nyawanya sendiri untuk menyelamatkan kekasihnya. Babak ini menceritakan bagaimana mereka berjaya ‘menipu’ kematian.

11. Happy Death Day

Video diatas sepatutnya merupakan pengakhiran asal untuk filem Happy Death Day, namun ia menerima maklumbalas yang sangat negatif dari penonton ujian. Penulis filem ini kemudiannya mengubah pengakhiran cerita seperti yang anda tonton dipawagam.

10. Scott Pilgrim vs. the World

“Alternated ending” ini sepatutnya menjadi ending asal untuk filem Scott Pilgrim vs The World dimana Scott memilih Knives sebagai pasangan hidup bukannya Ramona. Agak janggal sebenarnya. Jadi, Edgar Wright membuat versinya sendiri yang mana lebih dramatik, dan penonton ujian pun bersetuju. Lalu pengakhiran yang ingin disampaikan oleh Wright iaitu hubungan cinta diantara Scott dan Ramona, dimasukkan dalam versi tayangan pawagam

9. 28 Days Later

Dalam versi ini, ia memaparkan Jim mati akibat kecederaannya akibat ditembak. Bagi penonton ujian, babak pengakhiran ini agak tragik dan sedih. Pengarah mahu memaparkan harapan yang hilang dan ketidakupayaan watak utama selepas kematian Jim, namun penonton ujian beranggap ianya agak suram kerana usaha watak-watak utama ini untuk terus hidup menjadi seperti sia-sia. Jadi pengarah dan penulis filem menggunakan pengakhiran yang lebih gembira dimana ketiga-tiga mereka terselamat dan dijumpai oleh pasukan tentera.

8. Paranormal Activity

Paranormal Activity memiliki empat ‘ending’ yang berbeza-beza, dimana tiga daripada sempat dirakam, manakala ending keempat yang lebih kejam hanya berakhir di ‘storyboard’. Pihak studio mengenepikan dua ending yang agak kejam dan ‘gore’ dimana ia memaparkan watak utama ditembak oleh polis dan mengelar lehernya sendiri, sebaliknya pihak studio menggunakan pengakhiran cerita yang sesuai dengan genrenya iaitu seram dan ‘jumpscare’

7. First Blood

“Alternative ending” First Blood sebenarnya mengikut versi novel berjudul sama karya David Morrell yang dihasilkan pada tahun 1972. Namun Sylvester Stallone membuat keputusan agar membiarkan watak Rambo untuk terus hidup. Terima kasih diatas keputusan pelakon tersebut, peminat akhirnya dapat menyaksikan francais Rambo sehingga filem kelima berjudul Rambo: Last Blood.

6. 1408

Filem adapatasi novel Stephen King ini memiliki empat “ending”. Pengakhiran cerita asal iaitu “Director’s cut ending” tidak disukai oleh para penonton ujian kerana ianya terlampau “menurun”. Bagaimapun, versi “Director’s cut” dimasukkan dalam blu-ray, tayangan laman penstriman video serta DVD. Bagaimanapun, kesemua babak pengakhiran yang dihasilkan tidak menyamai versi novel yang ditulis oleh King. Video diatas merupakan salah satu daripada 4 ending untuk filem ini.

5. Army Of Darkness

“Alternate ending” filem ini sepatutnya menjadi pengakhiran asal untuk filem Army of Darkness. Bagaimanapun, Universal Pictures merasakan babak akhir tersebut agak ‘darker’ dan terlampau negatif. Jadi mereka meminta pembikin filem ini menukarnya kepada pengakhiran yang lebih gembira.

4. Get Out

Pengakhiran alternatif ini sepatutnya digunakan sebagai pengakhiran asal filem arahan Jordan Peele ini. Peele sengaja menggunakan pengakhiran ini sebagai reflek kepada realiti rasisme. Namun ketika produksi filem ini bermula, beberapa siri kes tembakan berprofile tinggi oleh anggota polis terhadapt komuniti kulit hitam membuatkan pengarah tersebut mengubah cara filem ini berakhir. Dan sudah tentu, tayangan ujian juga mempengaruhi bagaimana filem ini berakhir, lebih kepada pengakhiran yang gembira.

3. Titanic

Pengakhiran ini hampir sahaja dimasukkan dalam tayangan pawagam filem Titanic. Namun pengarahnya, James Cameron membuat keputusan untuk mengubah pengakhiran filem Titanic di bilik suntingan, seperti yang anda tonton dipawagam kerana tidak mahu mengganggu kesedihan penonton selepas melihat kematian Jack dan tenggelamnya kapal Titanic.

2. The Butterfly Effect

Terdapat empat pengakhiran alternatif untuk filem The Butterfly Effect, tiga daripadanya boleh dianggap sebagai pengakhirannya yang gembira, manakala versi “Director’s cut” lebih menyedihkan dan ‘dark’ dimana Evan membuat keputusan untuk membunuh dirinya sendiri semasa didalam perut ibunya lagi bagi mengelakkan orang sekelilingnya menerima kesan buruk.

1. I Am Legend

“Director’s cut ending” filem ini membawa maksud sebenar tajuk filem I Am Legend. Pada babak ini, Neville mula menyedari bahawa dia adalah raksasa sebenarnya dikalangan ‘zombi’ kerana dia menculik dan melakukan ujikaji terhadap makhluk-makhluk tersebut, dalam erti kata lain, dia adalah legenda dikalangan spesis zombi yang takut terhadapnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here