Berita

Filem-Filem Terbaru Universal Pictures Kini Boleh Ditonton Di Rumah

Keputusan dibuat selepas melihat situasi global

Views

Berikutan wabak Covid - 19 yang semakin serius sehingga memberi kesan kepada kutipan filem diperingkat global, NBCUniversal membuat langkah proaktif dengan mengumumkan bahawa filem-filem terbaru Universal Pictures kini boleh didapati dirumah, bersamaan dengan tarikh tayangan global.

Filem animasi DreamWorks Animation, Trolls World Tour yang telahpun memulakan tayangannya dibeberapa negara termasuk Malaysia (akan ditayangkan di U.S pada 10 April), boleh didapati servis 'on-demand' mulai 20 Mac ini. Manakala filem dari Universal Pictures dan Focus Features seperti The Hunt, The Invisible Man dan Emma boleh disewa selama 48 jam di saluran berbayar popular dengan harga $19.99 di U.S dan harga yang setara di pasaran antarabangsa.

Pengumuman dibuat oleh CEO NBCUniversal, Jeff Shell.

Memandangkan perubahan yang pesat dan tidak pernah berlaku pada kehidupan seharian pengguna pada masa sukar ini, syarikat merasakan sekarang adalah masa yang tepat untuk menyediakan pilihan ini di rumah serta di teater. NBCUniversal akan terus menilai keadaan semasa dan akan menentukan strategi pengedaran terbaik di setiap pasaran apabila situasi unik semasa berubah.

“Universal Pictures has a broad and diverse range of movies with 2020 being no exception. Rather than delaying these films or releasing them into a challenged distribution landscape, we wanted to provide an option for people to view these titles in the home that is both accessible and affordable,”

“We hope and believe that people will still go to the movies in theaters where available, but we understand that for people in different areas of the world that is increasingly becoming less possible.”

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks