Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Filem-Filem Terbaru Bollywood Akan Ditayangkan Terus Ke Portal ‘Streaming’

Beberapa filem terbaru India akan ditayangkan terus ke Amazon Prime Video, perkhidmatan penstriman milik Amazon selepas jadual tayangan di pawagam terpaksa dibatalkan akibat pandemik COVID-19.

India berada dalam perintah berkurung sejak 25 Mac lalu, menyebabkan 9,500 pawagam di negara itu ditutup, sekali gus menyaksikan penyusutan ketara pendapatan industri perfileman mereka.

Sebagai alternatif, pengeluar tujuh filem, termasuk dua filem Bollywood yang dibintangi oleh aktor terkemuka, Amitabh Bachchan dan Vidya Balan, akan menayangkan filem mereka di Amazon Prime Video. Gulabo Sitabo, sebuah komedi keluarga yang dibintangi Bachchan dan Ayushmann Khurrana yang sepatutnya sudah memasuki pawagam April lalu, akan ditayangkan di Amazon Prime Video Jun depan.

Perkembangan ini mencetuskan rasa tidak puas hati pemilik pawagam.

Dua rangkaian pawagam terbesar di India, Inox dan PVR, yang sepatutnya menayangkan filem berkenaan, kesal dengan keputusan yang diambil pihak penerbit dan pengedar. Penganalisis bagaimanapun berpendapat perjanjian dengan Amazon di India berkemungkinan merupakan satu permulaan trend baharu yang disebabkan kebimbangan terhadap wabak COVID-19.

Ia juga memberi opsyen kepada orang awam yang mahu berjimat sepanjang tempoh masa yang tidak menentu ini.

“Pengeluar dan produksi perlu memikirkan kembali cara kerja serta portfolio mereka,” kata Ketua Pengarah Isi Kandungan, Amazon Prime Video India, Vijay Subramaniam, kepada Reuters.

Kajian terbaharu menunjukkan penonton menghabiskan lebih banyak masa dalam talian berbanding sebelum ini, didorong harga telefon pintar yang semakin murah dan orang ramai kini lebih banyak menghabiskan masa di rumah.

Bollywood merupakan penyumbang terbesar bagi menarik penonton melayari internet di India.

Sumber: Astro Awani

Related posts

Yeoh Ji Na Berundur Dari Menjadi Penulis “The Uncanny Counter”

Zulaikha

“Mr. Queen” Terus Dominasi Slot Tayangan

Zulaikha

Penampilan Pertama Jung Woo Sung Berjaya Naikkan Rating “Delayed Justice”

Kakimuvee

Filem Sci-Fi “Space Sweepers” Lakonan Song Joong Ki & Kim Tae Ri Dedah Poster Terbaru

Zulaikha

“True Beauty” Cipta Rekod Peribadi

Zulaikha

Park Shin Hye Menjadi Pahlawan Berani Dalam Gambar Terbaru “Sisyphus: The Myth”

Zulaikha

Leave a Comment