Tahun 2017 semakin hampir ke penghujung, lebih kurang 10 filem superhero telah ditayangkan. Ada filem superhero yang menarik terdapat juga filem superhero yang bosan. Apapun kita lepaskan yang telah berlalu, dan nantikan yang akan datang.
Tahun 2018 akan menyajikan kepada penonton 12 filem superhero termasuk 1 versi DVD/Blu-ray, 3 animasi dan selebihnya versi live-action. Sudah pasti dalam 12 filem superhero, filem yang paling anda semua nanti-nantikan adalah filem Avangers: Infinity Wars – filem yang bakal menghimpunkan hampir kesemua superhero Marvel. Selain daripada filem Infinity War, apa lagi filem yang anda nanti-nantikan?
Tidak mengapa, kami senaraikan filem-filem superhero yang bakal anda tonton pada tahun 2018.
1 Black Panther
Pengarah: Ryan Coogler
Pelakon: Chadwick Boseman, Michael B. Jordan, Lupita Nyong’o, Danai Gurira, Martin Freeman, Daniel Kaluuya, Letitia Wright, Winston Duke, Angela Bassett, Forest Whitaker, dan Andy Serkis.
Studio: Marvel Studio
Tarikh Tayangan: 15 Februari 2018 (Tayangan Malaysia 1 minggu lebih awal)
Sinopsis:
Selepas event Captain America: Civil War, T’Challa kembali ke negaranya yang terasing tetapi cukup maju berbanding bandar-bandar diseluruh dunia. Keupayaan T’Challa sebagai raja baru Wakanda tercabar apabila terlibat dalam konflik dengan musuhnya. Nasib Wakanda dan dunia kini bergantung pada T’Challa sebagai raja Wakanda dan Black Panther dan beliau perlu berkerjasama dengan sekutunya untuk menghapuskan musuhnya dan menyelamatkan Wakanda.
2. The New Mutants
Pengarah: Josh Boone
Pelakon: Anya Taylor-Joy, Charlie Heaton, Maisie Williams, Alice Braga
Studio: 20th Century Fox
Tarikh Tayangan: 13 April 2018
Sinopsis
Siri spinoff X-Men Universe, ia mengisahkan 5 remaja mutant yang baru mengentahui abiliti luarbiasa mereka telah ditahan disebuah fasiliti rahsia. Bertentangan dengan kehendak mereka, kelima-lima remaja tersebut berusaha melepaskan diri dari dosa-dosa lama mereka dan cuba untuk menyelamatkan diri.
3. The Avengers: Infinity War
Pengarah: Anthony & Joe Russo
Pelakon: Robert Downey Jr., Chris Evans, Mark Ruffalo, Scalett Johansson, Chris Hemsworth, Tom Hiddleston, Anthony Mackie, Paul Bettany, Elizabeth Olson, Jeremy Renner, Chadwick Boseman, Sebastian Stan, Don Cheadle, Chris Pratt, Dave Bautista, Zoe Saldana, Pom Klementieff, Benedict Cumberbatch, Benedict Wong, Sean Gunn, Tom Holland, Josh Brolin, dan Paul Rudd.
Studio: Marvel Studio
Tarikh Tayangan: 4 May 2018 (Tayangan Malaysia 1 minggu lebih awal)
Sinopsis
Superhero-superhero Bumi dan Guardians of the Galaxy bergabung tenaga bagi menghalang serangan penjahat terhebat galaksi yang menyerang Bumi untuk mencari dan merampas batu Infinity.
4. Deadpool 2
Pengarah: David Leitch
Pelakon: Ryan Reynolds, Morena Baccarin, T.J. Miller, Leslie Uggams, Brianna Hildebrand, Stefan Kapičić, Zazie Beetz, Josh Brolin, dan Jack Kesy.
Studio: 20th Century Fox
Tarikh Tayangan: 1 Jun 2018
Sinopsis:
-TBA-
5. Ant-Man & The Wasp
Pengarah: Peytoon Reed
Pelakon: Paul Rudd Rudd, Evangeline Lilly, Bobby Cannavale, Michael Peña, Tip “T.I.” Harris, Judy Greer, David Dastmalchian, Michael Douglas, Michelle Pfeiffer, Laurence Fishburne, Hannah John-Kamen, Randall Park, dan Walton Goggins.
Studio: Marvel Studio
Tarikh Tayangan: 7/6/2018
Sinopsis
Ant-Man & The Wasp akan menyambung dari event Captain America: Civil War dimana Scott Lang cuba membahagikan masanya dalam menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa kepada anak perempuannya dan juga sebagai superhero. Hope van Dyne dan Hank Pym kemudiannya berjumpa dengan Scott Lang untuk meminta bantuannya menjalankan satu misi baru. Misi tersebut memerlukannya untuk berkerjasama dengan Hope Van Dyne yang kini memakai mantel ibunya, The Wasp
6. Incredibles 2
Pengarah: Brad Bird
Pelakon: Holly Hunter, Craig T. Nelson, Sarah Vowell dan Samuel L. Jackson
Studio: Pixar Animation Studio
Tarikh Tayangan: 14 Jun 2018
Sinopsis:
Sekuel kali ini bakal memberi fokus kepada Helen aka Elastigirl, isteri kepada Bob aka Mr. Incredible. Bob akan menjadi suri rumah untuk menjaga bayi iaitu Jack-Jack manakala dua anak mereka Violet dan Dash meneruskan hidup seperti kanak-kanak biasa dan menjadi superhero.
Kehidupan berkeluarga mereka menyebabkan mereka lupa bahawa kuasa Jack-Jack semakin meningkat setiap hari. Sementara itu, seorang penjahat baru mula merencana rancangan jahatnya dan keluarga Incredibles bersama-sama Frozone (disuarakan oleh Samuel L. Jackson) terpaksa berkerjasama semula untuk menghalang niat penjahat tersebut.
7. Teen Titans Go! To The Movies
Pengarah: Aaron Horvath, Peter Rida Michail
Pelakon: Will Arnett, Kristen Bell, Scott Menville, Hynden Walch, Greg Cipes, Khary Payton, dan Tara Strong
Studio: Warner Bros. Pictures
Tarikh Tayangan: 27 Julai 2018 (Tayangan Malaysia tidak dipastikan)
Sinopsis:
-TBA-
8. Venom
Pengarah: Ruben Fleischer
Pelakon: Tom Hardy, Jenny Slate, Riz Ahmed dan Michelle Williams.
Studio: Sony Pictures
Tarikh Tayangan: 5 Oktober 2018
Sinopsis
-TBA-
9. X-Men: Dark Phoenix
Pengarah: Simon Kinberg
Pelakon: James McAvoy, Michael Fassbender, Jennifer Lawrence, Nicholas Hoult, Tye Sheridan, Sophie Turner, Alexandra Shipp, Kodi Smit-McPhee, Evan Peters, dan Jessica Chastain
Studio: 20th Century Fox
Tarikh Tayangan: 2 November 2018
Sinopsis;
Filem ini akan berlatarbelakangkan zaman 90an, selepas event X-Men: Apocalypse. Kuasa Jean Grey telah meningkat secara mendadak sehingga menukarnya menjadi Dark Phoenix. Kini rakan-rakannya dalam X-Men perlu memutuskan samada nyawa Jean Grey lagi bermakna dari penduduk Bumi.
10. Spider-Man: Into The Spider-Verse
Pengarah: Bob Persichetti, Peter Ramsey, Rodney Rothman
Pelakon: Liev Schreiber, Mahershala Ali, Shameik Moore, Brian Tyree Henry
Studio: Sony Pictures
Tarikh Tayangan: 14 Disember 2018
Sinopsis:
-TBA-
11. Aquaman
Pengarah: James Wan
Pelakon: Jason Momoa, Amber Heard, Nicole Kidman,Willem Dafoe
Studio: Warner Bros. Pictures
Tarikh Tayangan: 21 Disember 2018
Sinopsis
Arthur Curry perlu mempelajari untuk memerintah kerajaan Atlantis yang terletak didasar lautan dan dia juga perlu berani untuk memimpin dan menjadi hero dikalangan rakyatnya.
12. Batman Ninja
Pengarah: Junpei Mizusaki
Pelakon: Kôichi Yamadera, Wataru Takagi, Rie Kugimiya, Ai Kakuma
Studio: Warner Bros. Home Entertainment
Tarikh Tayangan: 2018 (Dalam bentuk DVD/Blu-ray sahaja)
Sinopsis:
Batman telah pergi ke zaman maharaja Jepun. Disana Dark Knight akan menentang musuh-musuhnya disamping bantuan rakan-rakannya yang terdiri daripada Nightwing, Red Hood, Red Robin, Robin, Alfred Pennyworth, dan Catwoman versi Jepun. Musuh-musuhnya pula terdiri daripada Joker, Harley Quinn, Penguin, Poison Ivy, Two-Face, Clayface, Deathstroke, dan Gorilla Grodd