Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan Trivia

Filem-Filem Rebel & Liar Yusof Haslam Di MUBI Jun Ini

Bulan Jun ini, bersedia untuk menjadi rebel dan liar dengan filem-filem terbaik daripada ‘The Six Million Dollar Man’, Datuk Yusof Haslam. Ayuh sarungkan seluar dan jaket kulit anda dan nikmati filem-filem blokbuster termasuklah SEMBILU, BARA, PASRAH dan banyak lagi.

SEMBILU (3 Jun 2021)

Wati merupakan kekasih hati Awie, seorang penyanyi rock yang terkenal. Hubungan mereka yang bermula daripada zaman persekolahan itu mendapat restu orang tua mereka masing-masing, kecuali Azman, iaitu abang kepada Wati. Ini disebabkan Azman mempunyai sejarah kelam apabila isterinya, Maria, pergi meninggalkan dirinya semata-mata ingin berkahwin dengan Roy, iaitu seorang artis terkenal.

Akhirnya Maria ditemui mati dalam keadaan tragis apabila dia dibunuh oleh Roy. Kejadian yang menimpa Maria membuatkan Azman semakin berdendam dan membenci kehidupan golongan artis seperti Awie. Kemunculan Ziana, seorang penyanyi baru telah jatuh hati kepada Awie. Biarpun setelah mengetahui tentang hubungan cinta Awie dan Wati, Ziana tetap mencuba menggoda Awie agar jatuh dalam pelukannya. Hubungan mereka akhirnya goyah apabila Ziana terang-terangan mengaku kononnya dia dan Awie bercinta secara serius dan itu membuatkan Wati marah dan berasa ditipu.

Disebabkan ingin menyakinkan Wati, Awie telah menyanyikan lagu ‘Di Ambang Wati’ sebagai bukti cintanya kepada Wati. Namun tidak semudah disangka apabila hubungan mereka diduga lagi. Azman sentiasa mencari jalan untuk memisahkan dua insan yang sedang hangat bercinta itu. Ketika hubungannya dengan Wati bergolak, Awie jatuh dalam godaan Ziana dan ini membuatkan Wati berasa sedih dan berasa dia ditipu lagi. Namun akhirnya Awie tersedar bahawa hubungan dia dan Ziana tidak akan kemana dan dia juga tersedar bahawa dia masih mencintai Wati.

BARA (10 Jun 2021)

Amri dan Ziman bekerja sebagai mekanik dan bermain muzik di kelab malam. Ziman mempunyai kekasih, Arni. Amri bertemu dengan Effa yang meminta perlindungan daripada menjadi mangsa sindiket yang diketuai Carlos. Kehilangan Effa membuat Carlos marah dan menuntut pencarian Effa. Effa kini menjadi pelayan di kelab malam tempat persembahan Amri dan Ziman. Hubungan Amri dengan Effa menjadi intim. Carlos muncul setelah mengetahui tempat persembunyian Effa. Effa dibunuh dengan kejam di biliknya, Amir adalah suspek dan diburu oleh polis. Amir berjanji akan membalas dendam dengan bantuan Arni.

SEMBILU II (17 Jun 2021)

Wati (Erra Fazira) merupakan kekasih hati Awie (Awie), seorang penyanyi rock yang terkenal. Hubungan mereka mendapat restu orang tua mereka, kecuali Azman (Mustapha Kamal), iaitu abang kepada Wati. Ini disebabkan Azman mempunyai sejarah apabila isterinya Maria (Aida Rahim), pergi meninggalkannya semata-mata ingin menjadi seorang penyanyi. Akhirnya Maria mati dengan tragis dan ini membuatkannya semakin marah.

Kemunculan Ziana (Ziana Zain), seorang penyanyi baru telah jatuh hati kepada Awie. Biarpun setelah mengetahui tentang hubungan cinta Awie dan Wati, Ziana tetap cuba menggoda Awie agar jatuh dalam pelukannya. Hubungan mereka akhirnya goyah apabila Ziana terang-terangan mengaku kononnya dia dan Awie bercinta secara serius dan itu membuatkan Wati marah dan berasa ditipu. Disebabkan ingin meyakinkan Wati, Awie telah menyanyikan lagu ‘Di Ambang Wati’ sebagai bukti cintanya kepada Wati. Namun tidak semudah disangka apabila hubungan mereka diduga lagi.

Azman sentiasa mencari jalan untuk memisahkan dua insan yang sedang hangat bercinta itu. Ketika hubungannya dengan Wati bergolak, Awie jatuh dalam godaan Ziana dan ini membuatkan Wati berasa sedih dan berasa dia ditipu lagi. Namun akhirnya Awie tersedar bahawa hubungan dia dan Ziana tidak kemana dan dia juga tersedar bahawa dia masih mencintai Wati…

PASRAH (24 Jun 2021)

Kehidupan seorang gadis yang bernama Farah Diba telah berubah dari seorang gadis biasa menjadi seorang peragawati terkenal setelah dia dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Malaysia. Walaupun ramai lelaki cuba mendampinginya, tetapi Farah menolak semua cinta lelaki lain kerana kesetiaannya tetap kepada Hafsham, seorang eksekutif muda yang dikenalinya sejak enam tahun yang lalu. Dalam kerjayanya sebagai seorang peragawati, Farah sering menghadapi dugaan dan godaan. Natasha ialah seorang peragawati yang cemburu dengan kejayaan Farah, dan cuba menyainginya.

Kesibukan Farah membuatkan masanya untuk bersama Hafsham agak terhad. Kesempatan ini telah dipergunakan oleh Natasha untuk mendapatkan Hafsham. Hubungan antara Farah dan Hafsham mula menampakkan bibit-bibit keretakan apabila kesangsian Hafsham terhadap Farah semakin menebal. Semuanya gara-gara perbuatan Natasha. Namun, sebagai gadis yang setia dengan cinta, Farah cuba memperbaiki hubungannya dengan Hafsham. Namun sayangnya, segalanya pengorbanan yang dilakukan Farah tidak sedikitpun dihargai oleh Hafsham.

Sikap cemburu buta Hafsham semakin membuatkan hubungannya bersama Farah Diba semakin dingin. Natasha kemudian mengambil kesempatan tersebut dengan menggoda Hafsham dan memfitnah Farah Diba. Hafsham akhirnya memutuskan hubungannya dengan Farah Diba lalu mengahwini Natasha. Meskipun berat hati dan rasa kecewa, Farah akur dengan keputusan Hafsham dan mula mengubati lara hatinya sendirian. Majlis perkahwinan Hafsham dan Natasha akhirnya berlangsung.

Namun tidak lama kemudian, rumahtangga Hafsham dan Natasha mulai goyah apabila Hafsham melihat Natasha masih belum mengubah sikapnya yang masih menjejakkan kakinya ke kelab malam. Hafsham akhirnya rasa menyesal kerana mengambil keputusan terburu-buru mengahwini Natasha. Hafsham mencuba untuk memenangi semula hati Farah Diba. Bagaimanapun, hati Farah Diba kini tertutup untuk menerima Hafsham kembali. Farah juga mengingatkan Hafsham agar setia kepada Natasha dan membimbingnya ke jalan yang benar sebagai seorang isteri.

Saksikan trailer ‘Filem-Filem Rebel dan Liar Yusof Haslam’ di bawah, dan tonton juga filem-filem lain arahan Datuk Yusof Haslam di MUBI.

Sumber: Wikipidia, Malaywiki, IMDb

Related posts

iQiyi Sebarkan Cinta Terhadap Hallyu Dengan 9 buah K-Drama dan Filem Hebat di Suku Tahun Ke-4

Zulaikha

7 Filem/Siri TV Survival Yang Pasti Buatkan Korang Melekat Di Tempat Duduk

Kakimuvee

5 Animasi Tempatan Untuk Memberi Hiburan Kepada Kanak-Kanak Pada Hari Malaysia Ini

Kakimuvee

5 Sebab Kenapa “Squid Game” Akan Menjadi Siri Netflix Kegemaran Anda

Zulaikha

DRAMA ‘THE HOTEL’ BERI PERSPEKTIF LAIN TENTANG ISU KESIHATAN MENTAL

Zulaikha

The Many Malaysian Faces on Netflix

Zulaikha

Leave a Comment