Sudah menjadi trend buat studio-studio di Hollywood untuk menghasilkan semula filem-filem hit yang pernah popular pada zaman dahulu. Ada filem yang dihasilkan semula berjaya dan meletup sepertiĀ ItĀ dan ada juga yang gagal untuk mengatasi filem asal sehinggakan “flop” serta gagal dari segi keuntungan. Bagaimanapun, ia tidak menghalang untuk studio disana terus menghasilkan semula filem-filem lama dengan diberi nafas baru.
Berdasarkan artikel dari Den of Geek, kami ingin kongsikan beberapa filem popular yang bakal diberikan nafas baru oleh Hollywood. Jom kita tengok filem apakah yang bakal dihasilkan semula.
Ace Ventura
Menurut laporanĀ Deadline,Ā filem lakonan Jim Carrey ini bakal dihasilkan semula oleh produksiĀ Morgan Creek Productions. Bagaimanapun filem ini tidak akan melibatkan pelakon asal Jim Carrey
Aladdin
Ramai yang tahu, Disney sedang menghasilkan live-action filem animasi Aladdin yang akan diarahkan oleh Guy Ritchie. Antara bintang yang akan berada dalam filem ini adalah Will Smith
Blade
Menurut pelakon asal Blade, Wesley Snape, Marvel kini dalam perbincangan untuk me’reboot’ filemĀ Blade yang akan menjadi salah sebuah filem dalam Marvel Cinematic Universe, ataupun sekurang-kurangnya sebagai TV Series di Netflix
Bloodsport
Bloodsport adalah filem aksi terbaik yang pernah dilakonkan oleh aktor Jean Claude Van Damme. Difahamkan, remake filem ini sedang dalam progress, penolong penulis skrip filemĀ Taken 2 akan menulis filem ini manakala pengarah Phillip Noyce bakal mengarahkan filem ini.
Charlie’s Angels
Sony baru mengumumkan akan me”reboot” kembali filem trio wanita terkenalĀ Charlie’s AngelsĀ dengan pengarahĀ Pitch Perfect, Elizabeth BanksĀ bakal mengarahkan filem ini.
The Chronicles Of Narnia
Sony dan Entertainment One telah mengambilalih franchise filem ini dari 20th Century Fox dan bakal menghasilkan semula filem epik pengembaraan ini dengan pelakon-pelakon yang baru.
The Crow
Jason Momoa akan membintangi filem rebootĀ The Crow RebootĀ dengan Corin Hardy akan bertindak sebagai pengarah. Tetapi filem ini mengalami sedikit masalah dan tertangguh sekian lama. Dijangkan filem ini akan memulakan pengambaran dalam bulan ini.
Das Boot
Filem perang terkenal arahan Wolfgang Petersen ini dikatakan akan dihasilkan semula atau setidak-tidaknya menjadi miniseries televisyen selepas syarikat produksi German Bavaria Studio berjaya mendapatkan hak penerbitan filem Das Boot. Mereka merancang untuk hasilkan semula filem perang ini tidak lama lagi.
Firestarter
Novel Stephen King, Firestarter bakal diadaptasikan buat kali kedua dalam bentuk filem apabila Produksi Blumhouse mengumumkan akan menghasilkan filem ini tidak lama lagi.Ā Akiva Goldsman bakal mengarahkan filem ini.
The Green Hornet
Filem komedi aksi The Green Hornet yang dibintangi olehĀ Seth Rogen dan Jay Chou adalah reboot dari filem berjudul sama yang dihasilkan pada era 60an yang dibintangi oleh Bruce Lee danĀ Britt Reid. Kini ia bakal dihasilkan sekali lagi dan bakal diarahkan oleh Ben Affleck
Green Lantern
Tidak menjadi rahsia lagi apabila Warner Bros mengumumkan filem Green Lantern akan dihasilkan pada tahun 2020 sebagai salah sebuah filem karakter superhero DC
I Know What You Did Last Summer
Franchise I Know What You Did Last Summer yang terkenal pada era 90an bakal dihasilkan semula dengan pengarah Mike Flanagan akan bertindak selaku pengarah dan penulis filem ini.
The League Of Extraordinary Gentleman
The League Of Extraordinary GentlemanĀ yang dibintangi oleh Sean Connery ini bakal dihasilkan semula dan akan penerbitnya adalahĀ John Davis. Cuma buat masa ini tiada perkembangan lanjut mengenai filem ini serta belum lagi mempunyai pengarah.
The Matrix
Menurut laporan laman web The Hollywood Reporter, Warner Bros berminat untuk menghasilkan trilogi The Matrix. Buat masa ini, penulis filem-filem Marvel,Ā Zak Penn sedang berunding untuk menulis filem ini.
Mortal Kombat
New Line Cinema merancang untuk menghasilkan semula filem ini dengan James Wan ditugaskan sebagai penerbit filem aksi yang diadaptasikan dari permainan video
Rambo
Stallone kembali sebagai Rambo? tidak, filem ini bakal menampilkan pelakon baru dan akan diarahkan olehĀ Ariel Vroman. Difahamkan filem ini akan berjudulĀ Rambo: New Blood