Trivia

Filem-Filem Menarik Untuk Ditonton September Ini

Views

Bulan September ini, kaki-kaki wayang bakal menyaksikan beberapa filem yang agak menarik untuk ditonton. Selain dari filem Hollywood seperti IT: Chapter Two, Rambo: Last Blood dan Ad Astra, peminat boleh menyaksikan beberapa filem dari Korea, Jepun dan juga filem tempatan.

Nak tahu filem apa yang menarik untuk ditonton September ini? anda boleh senarai filem-filem dibawah.

1. Weathering With You

PG-13 | Anime | 5 September 2019

Weathering With You

Filem ini mengisahkan tentang Hodaka Morishima meninggalkan rumahnya di sebuah pulau terpencil dan berpindah ke Tokyo, tetapi dia kesempitan hidup di sana. Di Tokyo, Hodaka hidup secara secara memencilkan diri, tetapi akhirnya dia mendapat pekerjaan sebagai seorang penulis majalah. Selepas dia memulakan tugasnya, keadaan cuaca menjadi hujan setiap hari.

Di sudut bandar yang sibuk dan dan padat, Hodaka bertemu dengan seorang gadis bernama Hina Amano. Hina tinggal bersama adiknya, mereka mempunyai kehidupan yang ceria dan stabil. Hina juga mempunyai kuasa tertentu: kuasa untuk menghentikan hujan dan “mencerahkan” langit.

tonton trailer disini

2. Wangi

18 | Seram | 5 September 2019

Wangi akan mengisahkan tentang tentang Nor (Erra Fazira) yang baru pulang ke rumah setelah melahirkan cahaya mata kedua. Dia dan suaminya, Khuzairi (Sharnaaz Ahmad) memiliki seorang anak lelaki istimewa berusia tujuh tahun. Sepanjang dalam tempoh berpantang, Nor telah dijaga oleh ibunya.

Dalam pada itu, Nor juga menyedari ketiadaan pembantu rumah dan merangkap adik angkatnya, Bella (Nabila Huda). Khuzairi memberitahu bahawa Bella telah berhenti dan pulang ke Amsterdam dengan alasan berkahwin dengan kekasihnya iaitu Azlan (Syazwan Zulkifli).

Bagaimanapun, Nor berasa pelik memandangkan Bella tak pernah bercerita tentang perkahwinan dan bermulalah misteri tentang kehilangan Bella serta kejadian-kejadian pelik yang berlaku ke atas dia dan keluarganya.

Tonton Trailer Disini

3. IT: Chapter Two

18 | Seram | 5 September 2019

Sambungan dari filem pertama yang mana ia akan mengambil tempat 27 tahun selepas kejadian pada musim panas 1989. The Losers` Club sudah dewasa dan berpindah jauh sehinggalah satu panggilan telefon memaksa mereka pulang ke Derry, Maine, apabila musuh utama mereka iaitu It kembali. Mereka bersatu semula bagi menunaikan janji zaman kanak-kanak mereka untuk memusnahkan It buat selama-lamanya, tetapi makhluk itu kembali dengan lebih kuat dan menanti ketibaan mereka untuk membalas dendam.

Tonton trailer disini

4. Warning: Do Not Play

PG13 | Seram | 5 September 2019

Filem dari Korea ini mengisahkan tentang Mi-Jung, seorang pengarah baru yang meminati genre seram, merancang untuk membikin sebuah filem seram. Suatu hari, dia mendapat tahu daripada rakannya, Jun-Seo, mengenai sebuah filem yang dikatakan dirakam oleh hantu. Atas sifat ingin tahu yang tinggi, dia mula menyiasat mengenai filem itu hingga membawanya bertemu dengan pengarah sebenar filem itu, Jae-Hyun. Namun, dia mula diganggu kejadian-kejadian aneh akibat tidak mempedulikan amaran Jae-Hyun yang menyuruhnya melupakan tentang filem itu.

5. The Bravest

N/A | Aksi | 5 September 2019

Berdasarkan kisah benar mengenai kebakaran yang berlaku di sebuah pelabuhan di Dalian akibat letupan saluran paip minyak. Ia berkisar mengenai misi berbahaya sekumpulan bomba yang cuba memadamkan kebakaran tersebut.

Tonton trailer disini

6. Code Geass: Lelouch Of The Resurrection

N/A | Anime | 5 September 2019

Filem ini adalah cerita baru yang berlaku dua tahun selepas kejadian rancangan "Zero Requiem" oleh Lelouch vi Britannia dari siri asal.

7. EXIT

PG13 | Aksi / Komedi | 5 September 2019

Filem ini mengisahkan Yong Nam (Jo Jung Suk) gagal dalam pencarian kerja, dan ibunya malu untuk memperkenalkan anaknya untuk “blind dates” kerana anaknya menganggur. Yong Nam bertembung dengan Eui Joo (Yoona), pada pesta ulang tahun ke-70 kelab mendaki batu kolej mereka. Eui Joo merupakan junior Yong Nam di kelab tersebut ketika di kolej.

Perjuangan bermula ketika mereka berusaha melarikan diri dari gas maut yang dapat membunuh seseorang dalam beberapa minit. Yong Nam dan Eui Joo memberitahu semua orang untuk menyelamatkan diri dan pergi ke atas bumbung untuk melarikan diri dari gas, dan mereka menggunakan kemahiran mendaki mereka ketika mereka memanjat bangunan dalam usaha untuk bertahan hidup.

Tonton trailer disini

8. Chhichhore

PG13 | Drama / Romantik | 6 September 2019

Sebuah filem komedi romantik arahan Nitesh Tiwari yang dibintangi Sushant Singh Rajput dan Shraddha Kapoor sebagai peneraju utama. Turut membintangi filem ini ialah Varun Sharma, Siddharth dan Prateik Babbar.

9. Enai Noki Paayum Thota

N/A | Romantik / Thriller | 6 September 2019

Dhanush membintangi filem thriller romantik ini sebagai seorang lelaki yang jatuh hati kepada seorang bintang filem, yang dilakonkan oleh Megha Akash. Dia perlu menyelamatkan diri dan bintang filem itu daripada satu ancaman apabila mereka berdua terbabit dengan satu situasi merbahaya secara tidak dijangka.

10. Quiet Comes The Dawn

N/A | Seram | 12 September 2019

Selepas kematian misteri adiknya, seorang gadis sering bermimpi buruk sehingga dia dimasukkan ke sebuah institut penyelidikan somnologi. Di situ, dia bersama pesakit lain ditidurkan dan dibuai mimpi bersama. Namun perkara yang lebih menakutkan daripada mimpi buruk berlaku apabila mereka bangun selepas waktu subuh.

11. Abominable

N/A | Animasi | 12 September 2019

Sekumpulan pemuda merentasi 3000 batu dari Shanghai ke pergunungan ais Himalaya di mana mereka kemudian telah bertembung dengan Yeti yang masih muda. Mereka yang berasa kasihan dengannya telah mengambil keputusan untuk menyatukan kembali makhluk ajaib ini dengan keluarganya di gunung Everest.

12. Metamorphosis

N/A | Seram Thriller | 12 September 2019

Metamorphosis mengisahkan tentang sepasang suami isteri iaitu Gang-Goo (Sung Dong-Il) dan Myung-Joo (Jang Young-Nam) serta tiga anak mereka – Sun-Woo ([Kim Hye-Jun]]), Hyun-Joo (Cho Yi-Hyun) dan Woo-Jong (Kim Kang-Hoon) yang sering mengalami ketakutan apabila kejadian aneh sering berlaku di rumah baru mereka.

Suasana menjadi lebih teruk apabila satu roh jahat telah menyamar sebagai salah seorang ahli keluarga mereka. Anak sulung keluarga itu kemudian meminta bantuan bapa saudara mereka, Joong-Soo (Bae Sung-Woo) yang merupakan seorang paderi Katolik.

Tonton trailer disini

13. Playmobil: The Movie

N/A | Animasi | 12 September 2019

Diinspirasikan dari permainan kanak-kanak dengan nama yang sama, ia berkisarkan tentang pengembaraan dua beradik Charlie dan Marla dalam dunia animasi Playmobil. Ia bermula apabila Charlie secara tiba-tiba hilang ke dalam dunia Playmobil dan Marla perlu pergi menyelamatkannya. Di sana dia berdepan penjahat, Emperor Maximus. Selain daripadanya, Marla juga bertemu dengan pemandu trak Del, ejen rahsia Rex Dasher, robot dan ramai lagi sepanjang pengembaraannya.

14. Dendam Pontianak

N/A | Seram | 12 September 2019

Berlatarbelakangkan tahun 1965, Khalid dan Siti sedang membuat persiapan perkahwinan mereka sambil dibantu oleh penduduk kampung. Tidak lama selepas itu, penduduk kampung dilanda ketakutan apabila kejadian aneh mula menguasai kampung tersebut, termasuk kematian ngeri serta perkara ghaib menakutkan mengganggu mereka. Situasi tersebut menyebabkan Khalid mengaku dia telah membunuh seorang gadis yang mengandungkan anaknya suatu masa dahulu.

Gadis itu dipercayai kini kembali untuk membalas dendam sebagai Pontianak. Khalid kemudian mengumpulkan semua pemuda kampung itu untuk memburu Pontianak tersebut.

15. The Spirit Of Ramayana

PG-13 | Seram | 12 September 2019

Bagi membuktikan kepada keluarga dan orang lain bahawa impiannya untuk menjadi seorang penari adalah benar, termasuk ingin mendapatkan wang untuk membayar bil, penari berusia 24 tahun, Mintra, menyertai uji bakat untuk sebuah pementasan berjudul "Ramayana", dengan harapan dapat menggalas watak Seeda. Pengarah berpendapat dia terlalu baik untuk watak yang memerlukan sisi baik dan gelap itu, dan telah memilih musuhnya Gina.

Perkara itu telah menghidupkan sisi gelap Mintra. Dia kemudian bersetuju untuk menerima bantuan hantu yang ingin menghidupkan sisi gelapnya. Namun, Mintra hanya mendapat peluang kedua untuk menyertai uji bakat watak utama itu kerana Gina telah ditimpa kemalangan yang disebabkan oleh hantu tersebut.

16. Suatu Ketika

PG-13 | Drama Sukan | 12 September 2019

Biarpun mempunyai masalah kesihatan, perkara itu tidak menghalang impian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang mencuba sedaya upaya untuk menubuhkan sebuah pasukan bola sepak bersama seorang tukang kebun. Mereka perlu bersaing dengan pasukan dari sekolah berprestij British, St James, untuk layak ke perlawanan "JG Davidson Cup".

Tonton trailer disini

17. One Piece: Stampede

PG-13 | Anime | 19 September 2019

Lanun-lanun dari serata dunia berkumpul di Ekspo Lanun untuk menyertai pencarian harta karun yang dibuat secara besar-besaran. Misi mereka adalah untuk mencari harta peninggalan milik Gol D. Roger.

18. Hustlers

N/A | Komedi / Jenayah | 19 September 2019

Diinspirasi dari kisah benar tertulis dalam artikel majalah New York berjudul "The Hustlers at Scores" oleh Jessica Pressler yang telah tular. Sekumpulan bekas penari di sebuah kelab malam iaitu Destiny, Ramona, Diamond, Mercedes, Elizabeth, Annabelle dan Liz, merancang untuk melakukan pencurian terhadap pelanggan Wall Street mereka yang kaya.

19. Scary Stories To Tell In The Dark

N/A | Seram | 19 September 2019

Selama beberapa generasi, sebuah bandar kecil bernama Mill Valley berada dalam bayang-bayang keluarga Bellows. Sebuah rumah agam milik keluarga itu yang terletak di hujung bandar pernah didiami seorang gadis bernama Sarah.

Dia menyimpan seribu satu rahsia mengerikan dan menulis sebuah buku yang penuh dengan kisah-kisah seram berdasarkan hidupnya yang terseksa. Pada tahun 1968 di Amerika, sekumpulan remaja mendapati semua kisah tersebut menjadi realiti selepas menemui rumah agam menakutkan itu.

Tonton trailer disini

20. Rambo: Last Blood

18 | Aksi | 19 September 2019

Babak kali ini menyaksikan Rambo lakonan Sylvester Stallone, tertekan dengan memori lampaunya, tinggal keseorangan disebuah rumah usang yang terletak di Arizona dan perlu meneruskan hidup dikala usia yang semakin tua. Bagaimanapun, dia menerima berita yang kurang menyenangkan dimana cucu perempuannya telah hilang di Mexico. Dalam usaha mencari, Rambo mendapati cucunya telah diculik oleh penjenayah. Dengan mengunakan kudrat dan skill yang ada, Rambo sekali lagi keseeorangan menumpaskan mereka dan menyelamatkan cucunya.

Tonton trailer disini

21. Ad Astra

N/A | Sains Fiksyen | 19 September 2019

Filem ini mengisahkan Roy McBride (Brad Pitt), seorang jurutera yang mengembara ke luar sistem solar untuk mencari ayahnya yang telah hilang 20 yang lalu. Bagaimanapun, penggembaraannya itu telah membongkar satu rahsia yang mampu mengugat umat manusia di Bumi.

Tonton trailer disini

22. Ode To Joy

N/A | Romantik Komedi | 19 September 2019

Charlie merupakan seorang pustakawan yang mempunyai penyakit "cataplexy", yang boleh menyebabkan dia pengsan ketika ia mengalami perasaam emosi yang kuat, terutama apabila gembira. Apabila bertemu dengan Francesca yang sangat menawan dan bersemangat, Charlie telah jatuh cinta, tetapi menetapkannya dengan saudaranya Cooper, disebabkan kerana keadaannya

23. Journey To China

N/A | Fantasi Penggembaraan | 26 September 2019

Sekuel kepada filem tahun 2014, "Viy", ini mengisahkan tentang seorang lelaki Inggeris bernama Jonathan Green. Kali ini dia sekali lagi melakukan pengembaraan hebat yang mana ia telah membawanya ke China. Dia telah berjaya membuat penemuan menakjubkan, bertemu dengan makluk pelik, bertemu kerabat diraja China dan berdepan dengan guru seni mempertahankan diri berbahaya. Dia juga perlu berdepan raja segala naga, Dragon King.

24. Ikut Aku Ke Neraka

N/A | Seram | 26 September 2019

Kehidupan Lita dan suaminya, Rama tidak mampu bertahan lama disebabkan Lita seringkali diganggu makhluk menyerupai wanita yang agak menyeramkan. Rama telah meminta bantuan en. Adam untuk membersihkan rumah mereka dari gangguan hantu.

Bagaimanapun, En. Adam menjelaskan, gangguan tersebut bukan datangnya dari rumah, tetapi dalam diri Lita sendiri. Mereka perlu mencari ibu Lita yang kini berada di hospital mental bagi mencari kisah lampau Lita sekaligus berhadapan dengan makhluk halus yang sering menganggunya.

25. Danur 3: Sunyaruri

N/A | Seram | 26 September 2019

Filem kali ini mengisahkan tentang Risa menyedari bahawa kebolehannya untuk melihat hantu menghalangnya untuk bercinta. Dia tidak memberitahu teman lelakinya, seorang penyampai radio bernama Dimas, mengenai kebolehannya dan mengenai lima orang rakannya yang bukan manusia.

Apabila seorang rakan hantunya mula menyakat Dimas, Risa menutup mata batinnya supaya dia tidak boleh melihat hantu dan boleh hidup normal. Namun perbuatannya membawa nasib malang.

Walaupun tidak boleh melihat hantu, dia boleh menghidu `danur` (cecair yang keluar dari mayat reput). Dia mendapat tahu satu roh jahat wanita telah memasuki rumah itu ketika hujan lebat dan ia bukan sahaja mengugutnya malah rakan-rakan hantunya juga.

Tonton trailer disini

26. The Hunt

N/A | Thriller | 26 September 2019

Dua belas individu telah terjaga dari tidur dan mereka tidak mengentahui dimana serta bagaimana mereka berada ditempat yang begitu terpencil. Mereka sebenarnya tidak mengentahui bahawa mereka telah dipilih dan dibawa disebuah tempat bernama Manor House untuk satu tujuan spesifik, iaitu diburu oleh golongan-golongan elit.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks