Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Filem-Filem Menarik Bulan September

Selamat menyambut hari kemerdekaan ke-60 dan juga tahniah kepada #TeamMalaysia kerana berjaya menjuarai Sukan Sea yang baru tamat pada 30 Ogos yang lalu. Bulan Ogos telah pun meninggalkan kita dengan pelbagai filem-filem menarik baik dari dalam mahupun luar negara.

Kini, sudah memasuki bulan September, tetapi bulan ini mungkin sedikit suram buat pengemar filem Hollywood kerana tidak banyak filem dari sana ditayangkan pada bulan ini, tetapi mungkin memberikan sedikit sinar buat filem tempatan untuk bertapak lama dipawagam kerana kekurangan filem-filem baru dari luar untuk ditayangkan pada bulan ini. Jadi untuk tidak membuang masa, mari kita lihat apakah filem-filem menarik bulan September pilihan Kakimuvee buat pengemar filem diluar sana.

1. Kau Takdirku

Genre: Drama / Roma ntik

Pengarah: Jason Chong

Pelakon: Remy Ishak, Ezzaty Abdullah, Bront Palarae

Edaran: Primeworks Studios

Tarikh Tayangan:Ā 7 September 2017

Sinopsis:

Diarahkan dari pengarah filem Belukar, Adiwiraku dan Ular serta dibintangi pelakon hebat seperti Remu Ishak dan Bront Palarae. Kau Takdirku merupakan sebuah filem drama romantik yanng mengisahkanĀ tentang cinta tiga segi di antara dua rakan baik, Kamar dan Harris, yang telah jatuh cinta pada gadis yang sama iaitu Alia.

Official Trailer: Kau Takdirku Official Trailer

2. Mrs. K

Genre: Thriler, Aksi

Pengarah: Ho Yuhang

Pelakon: Simon Yam, Wu Bai, Faizal Hussein, Kara Hui

Edaran: GSC Movies

Tarikh Tayangan:Ā 7 September 2017

Sinopsis:

Filem yang turut dibintangi pelakon melayu, Faizal Hussain, Mrs. K mengisahkanĀ seorang surirumah yang tinggal di kejiranan biasa dengan suaminya dan anak perempuan mereka. Satu hari seorang individu misteri muncul secara tiba-tiba dan mengingatkan bahawa dia bukannya selalu normal. Lelaki itu mengugutnya tentang masa lampaunya. Anak perempuannya kemudian telah diculik dan kini Mrs. K terpaksa menyelamatkannya.

Official Trailer: Mrs. K Official Trailer

3. Logan Lucky

Genre: Komedi Heist

Pengarah: Steven Soderbergh

Pelakon: Daniel Craig, Channing Tatum, Adam Driver, Katherine Waterston

Edaran: TGV Pictures

Tarikh Tayangan:Ā 7 September 2017

Sinopsis:

Dua beradik bernama Jimmy dan Clyde Logan berusaha mahu mengubah sumpahan keluarga mereka. Mereka kemudian cuba melakukan rompakan ketika perlumbaan lagenda Coca-Cola 600 di Charlotte Motor Speedway di Concord, North Carolina ketika hujung minggu Memorial Day.

Official Trailer: Logan Lucky Official Trailer

4. Hantu Gunung Kawi

Genre: Seram

Pengarah: Nayato Fio Nuala

Pelakon: Maxime Bouttier, Laras Syerinita, Jordi Onsu, Yova Gracia

Edaran: MM2 Entertainment Sdn. Bhd

Tarikh Tayangan:Ā 7 September 2017

Sinopsis:

Bapa Ryan, Drajat, mula berkelakuan pelik dan ia semakin menjadi-jadi setiap hari. Drajat sering memakan tanah dan kulit buah, dan bercakap dengan diri sendiri, seperti seseorang berada dalam keadaan gelisah. Satu hari, Ryan secara tidak sengaja telah menjumpai gambar bapanya ketika muda yang diambil di Gunung Kawi. Gambar ini klu penting bagi Ryan yang perlu merungkai masalah yang berlaku kepada bapanya sekaligus mencari penawar.

Official Trailer: Hantu Gunung Kawi Official Trailer

5. It

Genre: Seram

Pengarah: Andres Muschietti

Pelakon: Bill SkarsgƄrd, Jaeden Lieberher, Finn Wolfhard, Jack Dylan Grazer, Wyatt Oleff

Edaran: Warner Bros Pictures

Tarikh Tayangan:Ā 7 September 2017

Sinopsis:

Apabila kanak-kanak penduduk tempatan mula hilang seorang demi seorang di pekan Derry in Maine, tujuh kanak-kanak yang dikenali sebagai The Losers Club bekerjasama untuk menyelesaikan masalah itu. Mereka mendapati diri mereka perlu menentang badut jahat bernama Pennywise, yang mempunyai sejarah membunuh sejak berabad dahulu. Selepas 27 tahun penemuan terakhir mereka dengan Pennywise, kanak-kanak mula hilang semula dan kumpulan ini kembali bergabung untuk menghentikan perkara buruk itu sekali lagi.

Official Trailer: It Official TrailerĀ 

6. Selfie From Hell

Genre: Seram

Pengarah: Erdal Ceylan

Pelakon: Alyson Walker, Tony Giroux, Meelah Adams

Edaran: GSC Movies

Tarikh Tayangan:Ā 14 September 2017

Sinopsis:

Diadaptasikan dari filem pendek berjudul sama,Ā Selfie From HellĀ mengisahkanĀ tentang Hannah, yang mana sepupunya seorang blogger Jerman bernama Julia telah melawatnya di Amerika dan mula jatuh sakit. Kesakitan Julia bukan sahaja menjejaskan tubuhnya tetapi juga telah menyebabkan beberapa perkara pelik berlaku di rumahnya. Hannah kemudian nekad untuk mencari jawapan terhadap masalah yang dihadapi oleh sepupunya.

Official Trailer: Selfie From Hell Official Trailer

7.Ā Kodomo Tsukai: Innocent Curse

Genre: Seram

Pengarah: Takashi Shimizu

Pelakon: Hideaki Takizawa, Arioka Daiki, Mugi Kadowaki

Edaran: GSC Movies

Tarikh Tayangan:Ā 14 September 2017

Sinopsis:

Filem arahan Takashi Shimizu ini berkisarkan tentang kanak-kanak di sebuah pekan yang mula menghilang dan apabila mereka muncul kembali, orang dewasa di keliling mereka mula mati secara misteri. Seorang wartawan sebuah akhbar tempatan, Shunya, cuba menyiasat kematian itu, manakala kekasihnya mula rapat dengan salah seorang kanak-kanak itu.

Official Trailer:Ā Kodomo Tsukai: Innocent Curse Official Trailer

8. Behind The Wall

Genre: Seram

Pengarah: James Kondelik, Jon Kondelik

Pelakon: Vanessa Angel, Hutch Dano, Reggie Lee, Lew Temple

Edaran: Rainfilm Sdn Bhd

Tarikh Tayangan:Ā 14 September 2017

Sinopsis:

Sebuah keluarga bermasalah terdesak untuk memulakan hidup baru di sebuah rumah baru. Mereka tidak tahu yang rumah tersebut berpenunggu, ia berlindung di sebalik dinding dan mahu mereka tinggal di rumah itu buat selama-lamanya

Official Trailer: Behind The Wall Official Trailer

9. American Assassin

Genre: Aksi

Pengarah: Michael Cuesta

Pelakon: Dylan O’Brien, Michael Keaton, Taylor Kitsch

Edaran: TGV Pictures, Square Box Pictures

Tarikh Tayangan:Ā 14 September 2017

Sinopsis:

Mitch Rapp seorang ejen CIA `black ops` yang telah kehilangan teman wanitanya dalam satu serangan pengganas. Timbalan Pengarah CIA Irene Kennedy kemudian menugaskan Stan Hurley untuk melatih Mitch untuk memburu dalang di sebalik serangan itu. Bersama mereka menyiasat serangan rambang terhadap ketenteraan dan orang awam. Setelah mereka mendapati serangan itu tidak dilakukan secara rawak, mereka bekerjasama dengan seorang ejen Turki untuk menghentikan operasi misteri yang berniat untuk memulakan perang dunia di Timur Tengah.

Official Trailer: American Assassin Official Trailer

10. Kolestrol Vs. Cinta

Genre: Aksi, Komedi, Romantik

Pengarah: Eyra Rahman

Pelakon: Tiz Zaqyah, Kamal Adli, Ardell Aryana

Edaran: Metrowealth

Tarikh Tayangan:Ā 14 September 2017

Sinopsis:

Filem romantik komedi arahan Eyra Rahman ini berkisarkan tentang seorang wanita bernama Krisya yang telah jatuh cinta terhadap seorang jejaka bernama Irfan. Bagaimanapun cintanya ditolak kerana Irfan lebih tertarik kepada wanita `berisi`. Oleh itu, Krisya kini nekad untuk menaikkan badannya demi jejaka impiannya. Ia dibintangi oleh pelakon hebat seperti Tiz Zaqyah, Kamal Adli, Siti Elizad, Vicha Saywho, Ardell Aryana dan ramai lagi.

Offical Trailer:Ā Kolesterol Vs. Cinta Official Trailer

11. Home Again

Genre: Komedi, Drama, Romantik

Pengarah: Hallie Meyers-Shyer

Pelakon: Reese Witherspoon, Candice Bergen, Michael Sheen, Lake Bell, Nat Wolff

Edaran: MM2 Entertainment Sdn. Bhd.

Tarikh Tayangan:Ā 14 September 2017

Sinopsis:

Home Again mengisahkanĀ tentang kehidupan seorang ibu tunggal bernama Alice Kinney di Los Angeles yang berubah dengan drastik selepas dia membenarkan tiga lelaki muda tinggal bersamanya.

Official Trailer: Home Again Official Trailer

12. The Lego Ninjago

Genre: Animasi

Pengarah: Ā Charlie Bean

Pelakon: Dave Franco, Michael Pena, Fred Armisen, Kumail Nanjiani, Zach Woods, Abbi Jacobson, Jackie Chan, Justin Theroux, Olivia Munn

Edaran: Warner Bros. Pictures

Tarikh Tayangan:Ā 21 September 2017

Sinopsis:

Diinspirasikan dari permainan Lego, ia mengisahkan tentang enam ninja muda yang ditugaskan untuk melindungi kepulauan rumah mereka yang digelar Ninjago. Pada waktu malam, mereka adalah pahlawan yang hebat dengan skil yang menakjubkan menentang kejahatan dan raksasa. Namun pada waktu siang, mereka adalah remaja biasa yang bergelut dengan musuh utama mereka iaitu sekolah tinggi.

Official Trailer: The Lego Ninjago Official Trailer

13. Bisik Pada Langit

Genre: Drama

Pengarah: Kabir Bhatia

Pelakon:Ā Jalil Hamid, Ummi Nazeera, Beto Kusyairy, Fadilah Mansor

Edaran: Astro Shaw

Tarikh Tayangan:Ā 21 September 2017

Sinopsis:

Wak Selamat seorang bapa yang begitu menyayangi anaknya, Siti Hajar, sehingga sanggup menunaikan segala kehendak puterinya itu. Malah Abang Siti Hajar iaitu Zaidi dan adiknya Ikram juga sanggup berkorban demi memastikan impian Siti Hajar untuk melanjutkan pelajaran ke Perth, Australia tercapai.

Official Trailer: Bisik Pada Langit Official Trailer

14. The Mimic

Genre: Seram

Pengarah: Huh Jung

Pelakon: Yum Jung-Ah, Park Hyuk-Kwon, Shin Rin-Ah

Edaran: GSC Movies

Tarikh Tayangan:Ā 21 September 2017

Sinopsis:

Ia berkisarkan tentang mitos di Korea Selatan mengenai Jangsan Tiger, makhluk misteri di sebuah gunung. Makhluk ini boleh meniru suara manusia dan menggunakannya untuk mengumpan mereka ke dalam perangkapnya. Sebuah keluarga malang iaitu Hee-yeon, yang mengalami tekanan selepas kehilangan anaknya, dan suaminya yang risaukannya, telah menjadi mangsa makhluk itu apabila dia meniru suara anak mereka yang hilang.

Official Trailer: The Mimic Official Trailer

15. Kingsman: The Golden Circle

Genre: Aksi, Pengintipan, Komedi

Pengarah: Matthew Vaughn

Pelakon: Taron Egerton, Mark Strong, Colin Firth, Julianne Moore, Halle Berry, Channing Tatum

Edaran: 20th Century Fox

Tarikh Tayangan:Ā 21 September 2017

Sinopsis:

Filem sekuel pengintip yang padat dengan aksi ini akan kembali menyaksikan pengintip muda Eggsy mengyelesaikan misi di luar United Kingdom. Ia adalah kesinambungan kepada filem “Kingsman: The Secret Service” pada tahun 2014

Official Trailer: Kingsman: The Golden Circle Official Trailer

16. The Foreigner

Genre: Aksi,

Pengarah: Martin Campbell

Pelakon: Jackie Chan, Pierce Brosnan, Liu Tao, Katie Leung

Edaran: GSC Movies

Tarikh Tayangan:Ā 28 September 2017

Sinopsis:

Dibintangi oleh Jackie Chan, Pierce Brosnan, Liu Tao dan Katie Leung. Ia mengisahkan tentang seorang pemilik restoran Cina di London yang mahu membalas dendam atas kematian anak perempuannya selepas restorannya dimusnahkan oleh pengganas Irish.

Official Trailer: The Foreigner Official Trailer

17. Stronger

Genre: Drama

Pengarah: David Gordon Green

Pelakon: Jake Gyllenhaal, Tatiana Maslany, Clancy Brown, Frankie Shaw, Miranda Richardson, Maggie Castle

Edaran: TGV Pictures

Tarikh Tayangan:Ā 28 September 2017

Sinopsis:

Diinspirasikan dari insiden yang pernah berlaku di Amerika pada tahun 2013,Ā Jeff Bauman, seorang mangsa pengeboman Boston Marathon pada tahun 2013, membantu polis untuk menjejaki pembunuh. Pada waktu yang sama, dia bergelut untuk memulihkan dirinya semula selepas insiden pengeboman tersebut.

Official Trailer: Stronger Official Trailer

18. Mother!

Genre: Drama, Misteri

Pengarah: Darren Aronofsky

Pelakon:Ā Jennifer Lawrence, Javier Bardem, Michelle Pfeiffer, Domhnall Gleeson, Ed Harris

Edaran: TGV Pictures

Tarikh Tayangan:Ā 28 September 2017

Sinopsis:

Sepasang kekasih hidup dalam keadaan aman sebelum ia bertukar menjadi sebaliknya selepas beberapa tetamu tidak diundang tiba di rumah mereka. Hubungan mereka mula diuji dengan kehadiran tetamu tidak dijemput itu.

Official Trailer: Mother! Official Trailer

Related posts

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

Kenali Suspek-Suspek Terhebat Dalam “Glass Onion: A Knives Out Mystery”

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

6 Rancangan Korea Yang Akan Menghangatkan Disember Anda

Kakimuvee

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee

22 Filem Tempatan Yang Memperoleh Undian Pengguna Tertinggi Di IMDb

Kakimuvee

Leave a Comment