Setelah selesai tayangan filem-filem tempatan dan antarabangsa pada bulan Ogos yang lalu, disini kami senaraikan bebarapa filem yang dijangka menarik pada bulan September akan datang. Filem-filem dibawah terdiri dari filem tempatan dan antarabangsa dari pelbagai genre filem. Bagi kami, filem yang paling ditunggu-tunggu ialah Bravo 5, filem mengenai komando Angkatan Tentera Malaysia.
Selain itu juga, filem Animasi Hotel Translyvania 2 juga turut ditayangkan pada penghujung bulan September ini. Disini kami senaraikan 8 filem yang menarik untuk ditonton pada bulan September ini. Bagaimana dengan anda? ada filem lain selain filem yang kami senaraikan?
Meghonjang Makhluk Muzium
Genre: Komedi Seram
Pelakon: Usop Wilcha, Elizabeth Tan, Nasir Bilal Khan, Namron, Hitler Zami dan Kamarul Hj Yusof.
Bahasa: Bahasa Malaysia
Mengisahkan patung-patung sejarah di dalam sebuah muzium menjadi hidup pada malam hari. Usop yang baru berkerja di muzium tersebut telah bekerjasama dengan patung-patung tokoh sejarah untuk menentang Count Dracula (Vlad The Impaler) yang telah dihidupkan oleh pengamal ilmu hitam. Mampukah Usop dan patung-patung tersebut menewaskan Dracula tersebut?
Tarikh Tayangan: 3 September 2015
The Transporter: Refueled
Genre: Aksi Thriller
Pelakon: Ray Stevenson,Ed Skrein, Loan Chabanol
Bahasa: English / Subtitle Bahasa Malaysia
Filem keempat siri franchise Transporter. Filem aksi thriller ini diarahkan oleh Camille Delamarre and ditulis oleh Bill Collage, Adam Cooper dan Luc Besson. Namun begitu, filem ini menggunakan pelakon baru, Ed Skrein menggantikan Jason Statham yang membawa watak utama, Frank Martin.
Mengisahkan bekas pasukan khas tentera yang ingin membanteras sekumpulan penyeludup manusia berbangsa Russia. Frank terpaksa bekerjasama dengan ayahnya dan juga seorang wanita bernama Anna untk membawa penjahat ke muka pengadilan.
Tarikh Tayangan: 4 September 2015
Bravo 5
Genre: Aksi Perang Patriotik
Pelakon: Beto Kusyairy, Remy Ishak dan Sofi Jikan.
Bahasa: Bahasa Malaysia
Berlatarkan tahun 1989, ia mengisahkan lima anggota Komando ATM (Rejimen Gerak Khas) yang ditugaskan mengesan kedudukan gerila komunis yang merancang menguasai kedudukan strategik kawasan tengah Semenanjung Malaysia. Malangnya perhubungan terputus kerana set komunikasi rosak. Tanpa bantuan pasukan tentera lain yang sepatutnya tiba, mereka dipaksa bertempur dengan hampir 200 anggota gerila komunis.
Tarikh Tayangan: 10 September 2015
Kapsul
Genre: Sains Fiksyen, Patriotik
Pelakon: Faizal Hussein, Haeriyanto Hassan, Zamarul Hisyam, Dato Rahim Razali, Irfan Khairi, Adlin Aman Ramli, Fadilah Mansor, Elly Mazlein
Bahasa: Bahasa Malaysia
Mengisahkan tentang seorang pemuda yang terperangkap di dalam kapsul masa di empat zaman berbeza iaitu ketika Jepun menyerang Tanah Melayu, zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman, pemerintahan Tun Abdul Razak dan era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ianya bermula apabila sebuah kapsul masa Wawasan 2020 yang ditanam oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dicuri oleh Zohri dan telah membawa dirinya kembali ke zaman silam.
Zohri kini terperangkap di era bangsa Melayu sedang berjuang untuk mencapai kemerdekaan serta membawa bangsa Melayu keluar dari kancah kemiskinan. Zohri merasai dan menyaksikan sendiri keperitan nenek moyangnya memperjuangkan bangsa dan negara. Membuatkan dirinya mula memahami apakah erti sebenar patriotisme. Kembara Zohri berterusan dari satu era ke era seterusnya, sementara pada masa yang sama, beliau berusaha untuk mencari jalan pulang.
Tarikh Tayangan: 17 September 2015
Polis Evo
Genre: Aksi
Pelakon: Shaheizy Sam, Zizan Razak, Nora Danish,
Bahasa: Bahasa Malaysia
Inspektor Khai (Shaheizy Sam),Inspektor narkotik terbaik di Kuala Lumpur telah ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. Meskipun kes ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini, namun dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang bertugas di Terengganu. Ini kerana Inspektor Sani lebih arif dengan selok-belok negeri kelahirannya itu.
Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikut prosedur dan protokol. Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal. Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail mula melibatkan keluarga Inspektor Sani dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu belajar bekerjasama bagi menyelesaikan misi mereka.
Tarikh Tayangan: 17 September 2015
Maze Runner: The Scorch Trials
Genre: Sains Fiksyen / Pengembaraan
Pelakon: Dylan O’Brien, Thomas Brodie-Sangster, Ki Hong Lee, Kaya Scodelario dan Patricia Clarkson
Bahasa: English / Subtitle Bahasa Bahasa Malaysia
Selepas kejayaan filem pertama, The Maze Runner, kini filem berdasarkan novel ini kembali untuk siri kedua. Filem arahan Wes Ball ini mengisahkan sekumpulan Gladers menghadapi cabaran yang paling sukar, iaitu mencari pentunjuk dan menyiasat sebuah organisasi yang dikenali sebagai WCKD. Pengembaraan mereka membawa ke tempat bernama Scorch, tempat yang begitu sukar untuk dilalui. Bergabung dengan kumpulan pemberontak, The Gladers telah berhadapan dengan organisasi WCKD tersebut.
Tarikh Tayangan: 18 September
Everest
Genre: Biografi, aksi, bencana
Pelakon: Jason Clarke, Josh Brolin, John Hawkes, Robin Wright,
Bahasa: English / Subtitle Bahasa Malaysia
Filem biografi aksi, bencana ini diambil dari kisah benar tragedi yang menimpa para pendaki semasa mendaki Gunung Everest pada tahun 1996. Filem ini akan fokus kepada cuba untuk menyelamatkan diri dua kumpulan pendaki yang mana satu kumpulan diketuai oleh Scitt Fiscger (Lakonan Jake Gyllenhaal) dan satu lagi yang diketuai oleh Rob Hall (Lakonan Jaon Clarke)
Tayangan: 25 September 2015
Hotel Transylvania 2
Genre: Animasi
Pelakon: Selena Gomez,Steve Buscemi,Adam Sandler
Bahasa: English / Subtitle Bahasa Malaysia
Mengisahkan keluarga Vampire yang memiliki sebuah hotel. Ini adalah sequel kepada filem pertama Hotel Transylvania arahan Genndy Tartakovsky. Kini keluarga tersebut telah membuka hotel kepada tetamu manusia. Mavis dan Johnny mempunyai seorang anak yang bernama Dennis, tetapi anaknya kekurangan sifat vampire. Semasa datuknya, Semasa pasangan tersebut melawat keluarga Johnny, datuk kepada Dennis, Count Dracula telah menjemput kawannya Frank, Murray, Wayne, Griffin dan Blobbie melatih Dennis untuk menjadi Vampire yang sebenar.
Tayangan: 25 September 2015