Bulan Julai telah melabuhkan tirai, kini kita memasukki bulan Ogos pula. Sudah tentu, Bulan Ogos akan menyajikan filem-filem menarik untuk ditonton oleh anda. Lebih menarik lagi, 5 buah filem tempatan akan berentap sesama sendiri selepas bulan Julai dan Jun tiada filem tempatan dimainkan di pawagam.
Tidak mahu membebel panjang, mari kita lihat filem-filem menarik untuk ditonton pada bulan Ogos. Dan jangan lupa, marilah kita sokong industri filem tempatan dengan menonton di panggung wayang bukannya di panggung Facebook.
1 Surat Kecil Untuk Tuhan
Genre: Drama
Pengarah: Fajar Bustomi
Pelakon: Bunga Citra Lestari, Joe Taslim, Izzati Khanza, Bima Azriel
Edaran: GSC Movies
Tarikh Tayangan:Ā 3 Ogos 2017
Sinopsis:
Lakonan mantap dari pelakon Bunga Citra Lestari dan Joe Taslim. Walaupun dibintangi pelakon filem aksi, Joe Taslim, ia bukanlah filem aksi, tetapi sebaliknya sebuah filem bergenre drama.
Surat Kecil Untuk Tuhan mengisahkan tentang dua beradik yatim piatu bernama Anton dan Angel. Mereka telah diperangkap oleh sindiket yang memaksa mereka untuk mengemis di jalanan. Satu hari Angel telah mengalami kemalangan, ini merupakan titik perpisahannya dengan Anton kerana Angel kemudian diambil sebagai anak angkat. Selepas 15 tahun berada di Sydney, Australia, Angel telah berjaya menjadi seorang peguam. Dia kemudian bertemu dengan seorang lelaki bernama Martin dan bakal berkahwin. Namun fikirannya mula teringat kepada Anton dan dia mengambil keputusan untuk pulang ke Jakarta untuk mencari abangnya.
Official Trailer
2. Security
Genre: Aksi
Pengarah: Alain Desrochers
Pelakon: Antonio Banderas, Gabriella Wright, Ben Kingsley, Chad Lindberg, Jiro Wang
Edaran: Rainfilms
Tarikh Tayangan:Ā 3 Ogos 2017
Sinopsis
Filem yang dibintangi oleh pelakon veteran, Antonio Banderas mengisahkan Sepasukan pengawal keselamatan ditugaskan untuk melindungi seorang wanita yang menjadi saksi perbicaraan daripada diburu oleh kumpulan penjenayah.
Official Trailer
3. The Dark Tower
Genre: Fantasi / Horror / Sains Fiksyen
Pengarah: Nikolaj Arcel
Pelakon: Idris Elba, Matthew McConaughey, Tom Taylor, Jackie Earle Haley, Katheryn Winnick
Edaran: Sony Pictures Entertainment
Tarikh Tayangan:Ā 3 Ogos 2017
Sinopsis
Selepas mendapat tahu mengenai dimensi lain yang dipanggil Mid-World, seorang budak lelaki berusia 11 tahun bernama Jake Chambers telah pergi ke dimensi yang dipanggil Mid- World. Dia kemudian bertemu dengan seorang pahlawan, Roland Deschain, dan menyertainya dalam misi mencari `Dark Tower` yang berada di Hujung Dunia. Deschain berharap dapat sampai ke `Dark Tower` itu supaya dia dapat menghalang kemusnahan dunia, bagaimanapun pengembaraan mereka begitu berliku kerana mereka perlu berdepan pelbagai jenis raksasa dan juga seorang ahli sihir bernama Walter Padick.
Official Trailer
4. Hijabsta Ballet
Genre: Drama
Pengarah: Syed Zulkifli Syed Masir
Pelakon: Puteh Maimun Zahrah, Betty Benafe, Aman Graseka, Aida Khalida
Edaran: Empire Film Solution
Tarikh Tayangan:Ā 3 Ogos 2017
Sinopsis
Hijabsta Ballet mengisahkanĀ tentang masalah dan cabaran yang dihadapi oleh Adele Shakiri. Adele seorang penari balet yang ingin berhijab. Ia mendapat tentangan hebat apabila dia mahu menyatukan hijab dalam dunia balet. Oleh itu, dia telah membawa diri ke Perth, Australia namun tentangan yang dihadapinya lebih besar berbanding di negara sendiri.
Official Trailer
5. The Headhunter’s Calling
Genre: Drama
Pengarah: Mark Williams
Pelakon: Gerard Butler, Willem Dafoe, Anupam Kher, Alfred Molina, Gretchen Mol
Edaran: GSC Movies
Tarikh Tayangan:Ā 3 Ogos 2017
The Headhunter’s Calling atau dikenali juga sebagai A Family Man merupakan kisahĀ Dane Jensen, seorang pekerja korporat yang begitu sukses. Apabila ketua syarikat pengambilan pekerjanya mengumumkan bakal bersara, Dane segera mensasarkan untuk menjawat jawatan yang ditinggalkan. Dia bersaing dengan seorang lagi rakan sekerjanya iaitu Lynn Wilson mendapatkan jawatan tersebut. Bagaimanapun, disebabkan terlampu fokus kepada kerja, perkara tidak diingini berlaku pada anak lelaki Dane berusia 10 tahun yang menjatuh sakit. Ia membuatkannya berasa serba salah di antara cita-cita dan keperluan keluarganya.
Official Trailer
6. The Osiris Child: Science Fiction Volume One
Genre: Aksi / Pengembaraan
Pengarah: Shane Abbess
Pelakon: Kellan Lutz, Daniel MacPherson, Isabel Lucas, Luke Ford
Edaran: GSC Movies
Tarikh Tayangan:Ā 3 Ogos 2017
Sinopsis
Kane adalah Leftenan di Exors, sebuah syarikat terraform planet untuk manusia di Bumi. Satu hari dia mendapati syarikat tersebut secara rahsia mencipta makhluk yang dikenali sebagai Raggeds yang akan menghapuskan populasi di planet-planet. Makhluk ini kemudian telah terlepas dan Exor membuat rancangan untuk mengebom planet untuk menutup perkara sebenar. Kane kini perlu bekerjasama dengan bekas jururawat bernama Sy untuk mencari dan menyelamatkan anak perempuannya dari kemusnahan global.
Official Trailer
7. Ghost House
Genre: Seram
Pengarah: Rich Ragsdale
Pelakon:  Scout Taylor-Compton, James Landry Hébert, Mark Boone Junior
Edaran: Rainfilm Sdn Bhd
Tarikh Tayangan:Ā 3 Ogos 2017
Sinopsis
Satu pasangan muda yang pergi bercuti di Thailand. Apabila mereka tiba di sana, mereka telah bersikap biadap terhadap Ghost House. Kini mereka diburu oleh roh yang mahu memberi pengajaran kepada mereka.
Official Trailer
8. The Nut Job 2: Nutty By Nature
Genre: Animasi
Pengarah: Cal Brunker
Pelakon: Will Arnett, Gabriel Iglesias, Jeff Dunham, Katherine Heigl, Maya Rudolph, Jackie Chan
Edaran: TGV Pictures, Square Box Pictures
Tarikh Tayangan:Ā 10 Ogos 2017
Sinopsis
Surly dan rakan-rakan haiwannya yang tinggal di sebuah taman perlu bekerjasama bagi menghalang datuk bandar Oakton City yang korup daripada memusnahkan taman mereka dan menggantikannya dengan pembinaan taman hiburan yang bahaya.
Official Trailer
9. Bad Genius
Genre: heist thriller
Pengarah: Nattawut Poonpiriya
Pelakon: Chutimon Chuengcharoensukying, Eisaya Hosuwan, James Teeradon Supapunpinyo, Chanon Santinatornkul
Edaran: GSC Movies
Tarikh Tayangan:Ā 10 Ogos 2017
Sinopsis
Lynn seorang pelajar cemerlang yang mencari wang mudah dengan menjual jawapan peperiksaan kepada pelajar lain. Pelanggannya, Pat dan Grace, meyakinkan dia untuk menjual jawapan STIC, peperiksaan antarabangsa untuk pelajar yang ingin memasuki universiti terkemuka dunia. Peperiksaan itu dijadualkan akan berjalan pada masa dan hari yang sama di seluruh dunia. Lynn perlu terbang ke negara yang mempunyai perbezaan masa dengan Thailand supaya dia boleh menghantar jawapan kepada pelanggannya. Masalahnya adalah seseorang perlu mengambil tempatnya ketika dia tiada. Lynn hanya tahu seorang sahaja yang boleh menggantikannya iaitu musuhnya yang genius, Bank, yang sangat bencikan penipuan.
Official Trailer
10. Revolt
Genre: Sains fiksyen
Pengarah: Joe Miale
Pelakon: Lee Pace, Berenice Marlohe, Amy Louise Wilson
Edaran: RAM Entertainment
Tarikh Tayangan:Ā 10 Ogos 2017
Sinopsis
Manusia berada di puncak kehancuran selepas makhluk asing menjajah bumi dan mengancam untuk menghapuskan semua manusia. Ketika perang tercetus di negara Afrika, seorang askar Amerika dan pekerja bantuan dari Perancis terpaksa bekerjasama dan membantu antara satu sama lain demi menyelamatkan diri. Sepanjang perjalanan mereka melalui medan perang, askar itu mula menyedari identiti sebenarnya yang boleh menjejaskan hubungan mereka.
Official Trailer
11. Annabelle: Creation
Genre: Seram thriller
Pengarah: David F. Sandberg
Pelakon: Stephanie Sigman, Miranda Otto, Alicia Vela-Bailey, Anthony LaPaglia, Talitha Bateman
Edaran: Warner Bros. Picture
Tarikh Tayangan:Ā 10 Ogos 2017
Sinopsis
mengisahkan tentang seorang pembuat patung dan isterinya. Selepas beberapa tahun kejadian maut yang menimpa anak perempuan mereka, mereka mengambil keputusan untuk membenarkan seorang biara dan beberapa anak yatim tinggal di kediaman mereka. Tidak lama kemudian, mereka menjadi sasaran patung yang dirasuk, Annabelle.
Official Trailer
12. Pencuri Hati Mr. Cinderella
Genre: Seram Thriller
Pengarah: Ahmad Idham
Pelakon: Ahmad Idham, Eizlan Yusof, Faye Kusairi, Atikah Suhaimi, Hairul Azreen, Cat Farish, Kathy Azian dan Haliza Misbun.
Edaran: Aifa Motion Pictures
Tarikh Tayangan:Ā 10 Ogos 2017
Sinopsis
Filem drama romantik ini mengisahkan tentang seorang ahli perniagaan berjaya hidup kesunyian. Dia kemudian telah mengupah wanita GRO muda untuk menemaninya melakukan aktiviti hariannya. Bagaimanapun tanpa disedari kedua-dua mereka mula jatuh cinta antara satu sama lain.
Official Trailer
13. The Emoji Movie
Genre: Animasi
Pengarah: Tony Leondis
Pelakon: T.J. Miller, Ilana Glazer, James Corden
Edaran: Sony Pictures Entertainment
Tarikh Tayangan:Ā 1 7 Ogos 2017
Sinopsis
Emoji menjalani kehidupan di dunia rahsia mereka dalam aplikasi telefon. Salah satu daripada mereka, Gene, sepatutnya mempunyai rupa `meh` sama seperti kedua ibu bapanya tetapi gangguan telah menyebabkan dia tidak dapat mengawal ekspresinya, menjadikan dirinya mampu melakukan lebih daripada ekspresi `meh`. Mahu menjadi `normal`, dia perlu cari jalan untuk membaiki gangguan tersebut.
Official Trailer
14. The Battleship Island
Genre: Aksi historical
Pengarah: Ryoo Seung-Wan
Pelakon: Hwang Jung-Min, So Ji-Sub, Song Joong-Ki, Lee Jung-Hyun, Yoon Dae-Yool, Kim Soo-Ahn
Edaran: GSC Movies
Tarikh Tayangan:Ā 1 7 Ogos 2017
Sinopsis
Lee Kang-OK adalah seorang kondukter muzik di hotel Kyungsung. Dia telah meninggalkan Jepun untuk melindungi anak perempuannya, tetapi mereka telah dihantar ke Hashima (Pulau Peperangan) iaitu kem buruh, di mana mereka dipenjara dan dipaksa untuk bekerja di lombong arang. Turut menerima nasib sama adalah Choi Chil Seong, seorang pelawan jalanan terbaik di Kyungsung yang sering menimbulkan masalah ketika di kem buruh, dan Park Moo-Yeong, pejuang kebebasan yang berjaya menyelinap masuk untuk menyelamatkan individu penting dalam pergerakan kebebasan yang dipenjara di sana. Mereka adalah antara 400 pekerja Korea yang mempertaruhkan nyawa mereka untuk melarikan diri dari Hashima.
Official Trailer
15. Balun
Genre: Aksi
Pengarah: Bob Singah
Pelakon: Beto Kusyairy, Izara Aishah, Eizlan Yusof, Reen Rahim
Edaran: Empire Film Solution
Tarikh Tayangan:Ā 1 7 Ogos 2017
Sinopsis
Hassan seorang pemuda yang telah kematian ayah dan ibu sejak dari kecil lagi. Dia kemudian pulang dari luar negara dan balik menetap di kampung asalnya kerana banyak perkara harus diselesaikan, terutama perihal tanah milik arwah ayahnya dicagarkan kepada Orang Kaya Seman sebelum itu. Tetapi apabila dia pulang ke kampung, dia dicemuh sebagai anak kaki judi. Sementara itu Tuan Seman pula terkejut dengan kehadiran Hassan yang disangkakan telah mati ditembak bersama ayahnya. Anak kepada Tok Penghulu, Nur Ain, secara tidak sengaja telah mengetahui kisah sebenar tentang keluarga Hassan dan mula membantu lelaki itu mencari jalan penyelesaian.
Official Trailer
16. The Hitman’s Bodyguard
Genre: Aksi
Pengarah: Patrick Hughes
Pelakon: Ryan Reynolds, Samuel L. Jackson, Gary Oldman, Elodie Yung, Salma Hayek
Edaran: Rainfilm Sdn Bhd
Tarikh Tayangan:Ā 1 7 Ogos 2017
Sinopsis
Seorang pengawal peribadi terhebat terpaksa bekerjasama dengan bekas musuhnya, seorang pembunuh upahan yang perlu memberi keterangan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Mereka perlu membuang perbezaan masing-masing bagi menumpaskan seorang diktator dalam masa 24 jam.
Official Trailer
17. Amityville: The Awakening
Genre: Seram
Pengarah: Franck Khalfoun
Pelakon: Bella Thorne, Cameron Monaghan, Jennifer Jason Leigh, Thomas Mann, Jennifer Morrison
Edaran: TGV Pictures
Tarikh Tayangan:Ā 1 7 Ogos 2017
Sinopsis
Belle, adik perempuannya Juliet dan kembarnya James telah berpindah ke sebuah rumah baru bersama ibu mereka, Joan, bertujuan untuk menjimatkan wang untuk membantu kos perubatan abangnya. Tetapi apabila perkara aneh mula berlaku di rumah, termasuk abangnya pulih dengan cepat dan Belle sering diganggu mimpi ngeri, Belle mula mengesyaki ibunya tidak memberitahu perkara sebenar. Dia kemudian mendapat tahu yang mereka berpindah ke rumah Amityville yang mempunyai sejarah berdarah.
Official Trailer
18. Polaroid
Genre: Seram
Pengarah: Lars Klevberg
Pelakon: Kathryn Prescott, Madelaine Petsch, Katie Stevens
Edaran: TGV Pictures, Square Box Pictures
Tarikh Tayangan:Ā 24 Ogos 2017
Sinopsis
Bird Fitcher adalah seorang pelajar sekolah tinggi biasa yang sering keseorangan. Dia telah terjumpa dengan kamera Polaroid lama dan kemudian mendapati ia mempunyai rahsia gelap. Sesiapa yang diambil gambar dengan kamera itu akan mati dalam keadaan tragik. Bird dan rakannya bergelut untuk menyelamatkan diri selain perlu menyelesaikan misteri sumpahan kamera itu sebelum mereka semua mati.
Official Trailer
19. Abang Long Fadil 2
Genre: Aksi Komedi
Pengarah: Syafiq Yusof
Pelakon: Zizan Razak, Syamsul Yusof, Tania Hudson, Wak Doyok, Achey Bocey, Shuib Sepahtu
Edaran: Astro Shaw
Tarikh Tayangan:Ā 24 Ogos 2017
Sinopsis
Fadil mendapati dirinya terjerumus ke dunia mafia yang didalangi oleh Taji Samprit dan anaknya Wak Doyok. Namun masalah mula timbul apabila Fadil telah disalah anggap oleh Inspektor Wahab dan Inspektor Shuib sebagai pembunuh upahan yang dikenali sebagai Tiger. Masalah makin bertambah teruk apabila ia turut melibatkan seorang wartawan TVKL bernama Yana yang membuat liputan kes-kes pembunuhan yang dilakukan oleh Tiger. Kini Fadil terpaksa menjalani kehidupan sebagai pembunuh upahan walaupun dia bukanlah seorang pembunuh. Untuk membersihkan namanya dan membuktikan dia tidak bersalah, Fadil perlu mencari identiti sebenar Tiger.
Official Trailer
20. Cars 3
Genre: Animasi
Pengarah: Brian Fee
Pelakon: Owen Wilson, Larry The Cable Guy, Bonnie Hunt, Cheech Marin
Edaran: Walt Disney Pictures
Tarikh Tayangan:Ā 24 Ogos 2017
Sinopsis
Tergugat dengan generasi baru yang lebih laju darinya, Lighting McQueen mendapati dirinya semakin tersisih dari dunia perlumbaan yang diminatinya. Berharap dapat kembali bersaing, dia berjumpa dengan Cruz Ramirez, technician muda yang mempunyai rancangan tersendiri untuk menang. Dengan insipirasi dari mentornya, Hudson Hornet, Lightning McQueen bersedia untuk berlumba kembali dalam pertandingan Piston Cup
Official Trailer
21. Renegades
Genre: action thriller
Pengarah: Steven Quale
Pelakon: Sullivan Stapleton, J.K. Simmons, Charlie Bewley
Edaran: Ā Rainfilm Sdn Bhd
Tarikh Tayangan:Ā 31 Ogos 2017
Sinopsis
Filem arahan Steve Quale ini mengisahkan tentang sepasukan Navy SEALs telah menjumpai harta karun di dasar tasik Bosnia.
Official Trailer
22. Inhumans
Genre: Superhero Aksi
Pengarah: Roel ReinƩ
Pelakon: Anson Mount, Iwan Rheon, Serinda Swan, Eme Ikwuakor, Isabelle Cornish, Ken Leung
Edaran: TGV Pictures
Tarikh Tayangan:Ā 31 Ogos 2017
Sinopsis
Black Bolt adalah King of the Inhumans, dia mempunyai suara yang sangat berkuasa yang mana dengan hanya berbisik sahaja ia mampu memusnahkan bandar. Berikutan berlaku rampasan kuasa oleh tentera, raja itu perlu membawa keluarganya melarikan diri dari Bumi demi menyelamatkan mereka. Mereka telah tiba di Hawaii di mana mereka merasai pengalaman dengan kehidupan dunia dan manusia.
Official Trailer
23. Mendidih Bro
Genre: Aksi Romantik
Pengarah: Z. Lokman
Pelakon: Azrel Ismail, Julianna Evans, Marlyn Guinto, Yank Kassim, Adrea Abdullah, Z. Lokman, Amy Mastura
Edaran:
Tarikh Tayangan:Ā 31 Ogos 2017
Sinopsis
Adi seorang pemenang dalam pertandingan Filem Pendek Terbaik di universitinya telah diberi tanggungjawab untuk menerbitkan sebuah dokumentari mengenai puak asli di Asia Tenggara. Dengan panduan oleh Profesor Amy, dia telah memilih Filipina sebagai lokasi untuk menjejaki puak asli itu. Adi dibantu oleh rakan kelasnya Maria untuk membuat penggambaran di sana. Bagaimanapun masalah mula timbul apabila Adi bertemu dengan saudagar batu permata bernama Adung yang merasakan Adi menganggu peluang perniagaan mereka.
Official Trailer
24. American Made
Genre: Crime thriller
Pengarah: Doug Liman
Pelakon: Tom Cruise, Domhnall Gleeson, Jesse Plemons, Sarah Wright
Edaran:Ā United International Pictures
Tarikh Tayangan:Ā 31 Ogos 2017
Sinopsis
Barry Seal adalah seorang juruterbang TWA yang direkrut oleh CIA untuk mengawal ancaman komunis di Pusat Amerika. Seal menjadi seorang ejen dalam satu misi rahsia, bagi membendung ancaman komunis di America. Kemudian dia dapati dirinya sebenarnya mengentuai misi penyamaran terbesar dalam sejarah operasi CIA di US. Operasi tersebut telah mewujudkan kartel dadah yang dikenali sebagaiĀ Medellin dan hampir menjatuhkan pentadbiran presidenĀ Reagan