Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Filem-Filem Menarik Bulan November

Tak sabar menonton filem Justice League yang akan ditayang November nanti? Sabar, tidak lama sahaja lagi. Oh yer, selain Justice League, terdapat beberapa filem menarik akan ditayangkan di pawagam. OK, disini kami di Kakimuvee ingin kongsikan beberapa filem menarik dari Hollywood, negara Asean dan juga negara kita sendiri yang boleh anda tonton pada bulan November ini. Lihat senarai dibawah dan tandakan tarikh-tarikh tayangan dikalender dinding atau didalam telefon bimbit anda. Selamat menonton dan enjoy the movie ok!

1 Only The Brave

*Recommended!*

Genre: Drama

Pengarah: Joseph Kosinski

Pelakon: Ben Hardy, Jennifer Connelly, Taylor Kitsch, Miles Teller

Edaran: GSC Movies

Tarikh Tayangan: 2 November 2017

Sinopsis

Filem yang diadaptasikan dari kisah pasukan elit yang berdepan Yarnell Hill Fire, kebakaran di Prescott, Arizona pada Jun 2013 yang telah membunuh 19 anggota bomba Prescott dari Granite Mountain Hotshots.

2. The Promise

Genre: Seram

Pengarah: Sophon Sakdaphisit

Pelakon: Numthip Jongrachatawiboon, Apichaya Thongkham

Edaran: GSC Movies

Tarikh Tayangan: 2 November 2017

Sinopsis

Ketika era krisis kewangan pada tahun 1997, ramai keluarga kaya raya jatuh bankrap dalam sekelip mata. Perkara ini turut berlaku kepada dua rakan baik Boum dan Ib di mana aset keluarga mereka disita untuk membayar hutang. Tidak dapat berdepan realiti, kedua-dua mereka ambil keputusan untuk membunuh diri di sebuah kompleks kondominium tidak siap. Bagaimanapun, hanya Ib sahaja menunaikan janji itu. Kini, dua puluh tahun kemudian, Boum telah menjadi usahawan hartanah berjaya. Dia pulang untuk melawat bangunan itu dengan anak perempuannya Bell. Selepas melawat tempat itu, Boum mendapati Bell mula berjalan ketika tidur dan tingkah lakunya sama seperti Ib.

3. Peransang Rentap

Genre: Romantik Drama

Pengarah: Lina Johor

Pelakon: Vincent Mallang, Diana Johor, Charlmay, Emmanuel Reuben, Ethel Lampai

Edaran: Empire Filem Solution

Tarikh Tayangan: 2 November 2017

Sinopsis

Mengagumi keberanian pahlawan Sarawak yang dipanggil Rentap, Jenang memasang impian untuk menyertai peperangan menentang British. Bagaimanapun, dia kecewa apabila tidak dibenarkan menyertainya. Dia kemudian telah bertemu dengan Entiang, seorang gadis dari kampung seberang yang mana dia kemudian telah jatuh cinta. Perkara menjadi lebih sukar apabila dia perlu bersaing dengan Jambai untuk memenangi hati Entiang

4. Jailbreak

Genre: Aksi

Pengarah: Jimmy Henderson

Pelakon: Jean-Paul Ly, Dara Our, Savin Phillip, Céline Tran, Tharoth Sam, Sisowath Siriwudd

Edaran: ZooKeeper Media Sdn Bhd

Tarikh Tayangan: 2 November 2017

Sinopsis

Playboy yang mengaku dirinya sebagai ketua Kumpulan Butterfly mengambil keputusan untuk mendedahkan bukti mengenai kumpulannya bagi mengurangkan hukuman. Dia telah diiringi oleh pasukan elit SWAT untuk dibawa ke penjara Prey Klaa. Bagaimanapun ketua kumpulan Butterfly sebenar kemudian telah mengupah banduan di penjara tersebut untuk membunuh Playboy supaya dia tidak dapat memberi keterangan dan ini telah mencetuskan rusuhan di dalam penjara.

5. Cold Moon

Genre: Seram / Drama / Jenayah

Pengarah: Griff Furst

Pelakon: Josh Stewart, Candy Clark, Frank Whaley, Robbie Kay, Christopher Lloyd

Edaran: RAM Entertainment

Tarikh Tayangan: 2 November 2017

Sinopsis

Selepas kehilangan dan pembunuhan kejam gadis berusia 14 tahun Margaret Larkin, pekan kecil Babylon diselubungi misteri dan penduduk tertanya-tanya siapakah pembunuh itu. Nathan Redfield, seorang anak kepada pegawai bank terkenal, berdiam diri dan membiarkan seorang pengetua dituduh dengan kesalahannya. Bagaimanapun Nathan kemudian mula dihantui oleh hantu mangsa-mangsa yang telah mati di sungai sama di mana Margaret dibuang. Melihat perubahannya, bapanya yang zalim menggunakan rasa bersalah Nathan yang mempunyai masalah mental itu untuk memaksanya membunuh lagi.

6. Killing Gunther

Genre: Aksi Komedi

Pengarah: Taran Killam

Pelakon: Arnold Schwarzenegger, Taran Killam, Cobie Smulders, Bobby Moynihan

Edaran: TGV Pictures, Square Box Pictures

Tarikh Tayangan: 2 November 2017

Sinopsis

Sekumpulan pembunuh upahan sudah bosan dengan seorang pembunuh upahan terhebat bernama Gunther dan mereka mengambil keputusan untuk membunuhnya. Tetapi rancangan mereka gagal kerana dalam beberapa siri cubaan mereka, Gunther sentiasa selangkah di hadapan.

7. Brad’s Status

Genre: Komedi

Pengarah: Mike White

Pelakon: Ben Stiller, Michael Sheen, Jenna Fischer, Luke Wilson, Austin Abrams

Edaran: TGV Pictures

Tarikh Tayangan: 9 November 2017

Sinopsis

Ketika membawa anak lelakinya Troy ke jelajah kolej di East Coast, krisis dalaman Brad tercetus. Walaupun dia mempunyai kerjaya yang bagus dengan kehidupan yang selesa di Sacramento bersama isteri dan anaknya, ia bukanlah masa depan yang diimpikan ketika zaman kegemilangan kolejnya. Sepanjang jelajah itu, Brad mula membandingkan hidupnya dengan empat rakan kolej yang kini hidup berjaya: seorang selebriti Hollywood, seorang pengasas syarikat pelaburan, seorang usahawan teknologi dan seorang penulis terkenal.

8. The Midnight Man

Genre: Seram

Pengarah: Travis Zariwny

Pelakon: Lin Shaye, Robert Englund, Gabrielle Haugh, Grayson Gabriel

Edaran: TGV Pictures

Tarikh Tayangan: 9 November 2017

Sinopsis

Alex menjaga neneknya Anna yang mempunyai masalah mental di sebuah rumah agam. Satu hari ketika mencari cermin tangan yang diminta oleh neneknya, Alex dan rakan baiknya Miles menemui kotak misteri dalam sebuah peti di loteng. Mereka yang ingin tahu telah membuka kotak tersebut yang mana mereka menjumpai permainan Midnight Game. Kedua-dua mereka yang teruja telah bermain permainan itu, tetapi mereka tidak menyedari mereka telah menyeru makhluk yang dipanggil The Midnight Man. Kini Alex dan Miles perlu mencari jalan untuk menewaskan The Midnight Man dalam permainan itu sementara membongkar kebenaran di sebalik rumah agam nenek Alex.

9. Justice League

Genre: Aksi Superhero

Pengarah: Zack Snyder

Pelakon: Ben Affleck, Henry Cavill, Gal Gadot, Amy Adams, Jason Momoa, Ezra Miller

Edaran: Warner Bros Pictures

Tarikh Tayangan: 16 November 2017

Sinopsis

Bruce Wayne (Batman) dan Diana Prince (Wonder Woman) mula mencari dan mengumpul metahuman-mutahuman yang wujud di Bumi dan membentuk pakatan Justice League bagi berhadapan dari ancaman yang bakal tiba setelah kematian Superman dalam filem Batman v Superman: Dawn of Justice

10. Pengabdi Setan

Genre: Seram

Pengarah: Joko Anwar

Pelakon: Tara Basro, Bront Palarae, Dimas Aditya, Endy Arfian

Edaran: GSC Movies

Tarikh Tayangan: 16 November 2017

Sinopsis

Ia berkisarkan tentang sebuah keluarga di mana si ibu telah mengalami sakit yang aneh selama tiga tahun sebelum meninggal dunia. Si bapa kemudian telah mendapat kerja di luar kota dan terpaksa meninggalkan anak-anaknya di rumah. Namun kejadian aneh mula berlaku apabila roh si ibu muncul di rumah. Pada mulanya anak-anak itu merasakan si ibu mahu datang melawat mereka tetapi akhirnya mengetahui bahawa roh ibu mereka mahu membawa mereka pergi ke dunianya

11. Polaroid

Genre: Seram

Pengarah: Lars Klevberg

Pelakon: Kathryn Prescott, Madelaine Petsch, Katie Stevens

Edaran: TGV Pictures, Square Box Pictures

Tarikh Tayangan: 23 November 2017

Sinopsis

Bird Fitcher adalah seorang pelajar sekolah tinggi biasa yang sering keseorangan. Dia telah terjumpa dengan kamera Polaroid lama dan kemudian mendapati ia mempunyai rahsia gelap. Sesiapa yang diambil gambar dengan kamera itu akan mati dalam keadaan tragik. Bird dan rakannya bergelut untuk menyelamatkan diri selain perlu menyelesaikan misteri sumpahan kamera itu sebelum mereka semua mati.

12. Suburbicon

Genre: Komedi Jenayah Misteri

Pengarah: George Clooney

Pelakon: Matt Damon, Julianne Moore, Josh Brolin, Oscar Isaac

Edaran: MM2 Entertainment Sdn Bhd.

Tarikh Tayangan: 23 November

Sinopsis

Apabila keluarga Lodge berpindah ke Suburbicon, mereka berkongsi pendapat orang pekan yang mengatakan ia adalah tempat yang sesuai untuk menyara keluarga berikutan rumah murah dan sebagainya. Tetapi kini, beberapa siri kejadian telah berlaku dan ia telah membongkar kebenaran mengenai pekan itu dan Gardner Lodge perlu mencari jalan untuk memperbaikinya.

13. Coco

Genre: Animasi

Pengarah: Lee Unkrich

Pelakon: Gael Garcia Bernal, Anthony Gonzalez, Benjamin Bratt, Renée Victor

Edaran: Walt Disney Pictures

Tarikh Tayangan: 23 November

Sinopsis

Seorang budak lelaki berusia 12 tahun bernama Miguel datang dari sebuah keluarga besar di pendalaman Mexico. Dia telah menemui misteri berkurun lamanya pada malam Dia de los Muertos atau Hari Kematian. Penemuan itu akan mengubah hidupnya buat selama-lamanya.

14. Paddington 2

Genre: Animasi / Komedi

Pengarah: Paul King

Pelakon: Hugh Bonneville, Sally Hawkins, Brendan Gleeson, Julie Walters, Jim Broadbent, Hugh Grant\

Edaran: TGV Pictures, Square Box Pictures

Tarikh Tayangan: 30 November

Sinopsis

Paddington yang kini tinggal bersama keluarga Brown di Windsor Gardens menjadi popular di komuniti mereka. Dia kemudian tertarik dengan sebuah buku di kedai antik Mr. Gruber dan mahu membelinya sebagai hadiah bersempena dengan hari jadi ke-100 makcik Lucy. Dia melakukan beberapa pekerjaan untuk membeli buku itu. Apabila buku itu dicuri, dia dan keluarga Brown mula menjejaki pencuri tersebut.

15. Murder On The Orient Express

Genre: Misteri Drama

Pengarah: Kenneth Branagh

Pelakon: Kenneth Branagh, Tom Bateman, Lucy Boynton, Olivia Colman, Penelope Cruz, Willem Dafoe, Judi Dench, Johnny Depp

Edaran: 20th Century Fox

Tarikh Tayangan: 30 November

Sinopsis

‘Remake` filem klasik pada tahun 1974 dengan menggunakan judul sama ini diangkat dari novel nukilan Agatha Christie. Ia mengisahkan tentang seorang detektif, Hercule Poirot, yang menyiasat pembunuhan taikun Amerika dalam kereta api Orient Express.

16. A Bad Moms Christmas

Genre: Komedi

Pengarah: Scott Moore, Jon Lucas

Pelakon: Mila Kunis, Kristen Bell, Kathryn Hahn, Cheryl Hines, Christine Baranski, Susan Sarandon

Edaran: GSC Movies

Tarikh Tayangan: 30 November

Sinopsis

Sekuel dari filem “Bad Moms” ini mengisahkan tentang Amy, Carla dan Kiki bergelut untuk membuat yang terbaik apabila ibu masing-masing mahu datang melawat bersempena dengan cuti Krismas. Ia menyaksikan Mila Kunis, Kristen Bell dan Kathryn Hahn kembali dengan watak asal mereka.

17. Daddy’s Home 2

Genre: Komedi

Pengarah: Sean Anders

Pelakon: Will Ferrell, Mark Wahlberg, Mel Gibson, John Lithgow

Edaran: United International Pictures

Tarikh Tayangan: 30 November

Sinopsis

Filem arahan Sean Anders ini adalah kesinambungan dari filem “Daddy`s Home” pada tahun 2015. Will Ferrell dan Mark Wahlberg kembali dengan watak asal mereka sebagai Brad dan Dusty, manakala Linda Cardellini, John Cena, John Lithgow dan Mel Gibson tampil sebagai pelakon pembantu.

18. 6 Below

Genre: Drama survival

Pengarah: Scott Waugh

Pelakon: Josh Hartnett, Mira Sorvino, Sarah Dumont, Jason Cottle

Edaran: TGV Pictures

Tarikh Tayangan: 30 November

Sinopsis

Berdasarkan kisah sebenar bekas pemain hoki Olimpik, Eric LeMarque, ia berkisarkan tentang LeMarque yang bergelut selepas terperangkap di High Sierras selepas ribut salji berlaku. Terperangkap dengan tidak ada jalan keluar selama lapan hari, LeMarque perlu menguatkan mental dan fizikal untuk meneruskan hidup.

19. Pinjamkan Hatiku

Genre: Romantik

Pengarah: Osman Ali

Pelakon: Ayda Jebat, Shaheizy Sam, Farid Kamil, Lia Natalia, Normah Damanhuri

Edaran: Empire Film Solution

Tarikh Tayangan: 30 November

Sinopsis

Mengisahkan cinta tiga segi antara Laila, Naufal dan Hasnan. Laila berada dalam dilema kerana dia tidak tahu sama ada mahu memilih kawan lamanya, Naufal, atau Hasnan, doktor yang merawatnya ketika sakit.

 

Related posts

6 K-DRAMAS YOU CAN WATCH TO HELP SOOTHE YOUR TRAVEL ITCH

Kakimuvee

5 Sebab Kenapa The King’s Affection Akan Mencuri Hati Anda

Zulaikha

4 Sebab Untuk Menonton Lakonan Hebat Han So-hee Dalam “My Name”

Zulaikha

Kisah Pemberontakan Kapal Perang Soviet Storozhevoy Yang Menjadi Inspirasi Kepada Novel “The Hunt for Red October”

Kakimuvee

Squid Game Is a Fresh Take on The Survival Genre. We’ll Tell You Why!

Zulaikha

Kenali Klasifikasi Rating Filem & Kenapa Ibu Bapa Perlu Peka

Kakimuvee

Leave a Comment