Bulan April tidak kurang hebatnya dengan tayangan beberapa filem menarik. Antara yang mencuri perhatian adalah filem The Fate of the Furious kerana berjaya memecahkan rekod kutipan dalam tempoh seminggu yang dipegang oleh filem Star Wars: A Force Awakens. Kini bulan April telah melabuhkan tirai dan bulan Mei pula menjelma.
Seperti biasa, bulan Mei juga turut menampilkan beberapa filem menarik dan filem-filem yang ditunggu-tunggu oleh peminat wayang. Cuma kali ini, filem menarik tidak sebanyak 3 bulan lepas. Jom kita lihat filem-filem menarik bulan Mei ang bakal ditayangkan yang bakal ditayangkan nanti
Lebuhraya Ke Neraka
Genre: Seram
Pengarah: Mamat Khalid
Pelakon: Awie, Khir Rahman, Pekin Ibrahim
Edaran: Primeworks Studios
Tarikh Tayangan: 4 Mei 2017
Sinopsis:
Filem terbaru Mamat Khalid setelah tergendala selama bertahun-tahun. Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan anak-anak muda yang sukakan motor berkuasa tinggi dan gemar mengembara merentas desa. Nama kumpulan mereka ialah Rentaz. Ketika dalam satu konvoi ke Betong Siam, mereka telah dibawa ke alam barzakh atau halusinasi dalam alam koma.
Unlocked
Genre: Aksi
Pengarah: Michael Apted
Pelakon: Noomi Rapace, Orlando Bloom, Michael Douglas, John Malkovich
Edaran: TGV Pictures
Tarikh Tayangan: 4 Mei 2017
Sinopsis:
Seorang penyoal siasat CIA telah terpedaya dengan helah oleh pengganas dan memberikan maklumat penting kepada pihak yang salah, sekaligus membuatkan dirinya terlibat dalam plot yang bakal menyebabkan London berada dalam keadaan berisiko terhadap serangan biologi.
The Bride
Genre: Seram
Pengarah: Svyatoslav Podgayevskiy
Pelakon: Victoria Agalakova, Vyacheslav Chepurchenko, Aleksandra Rebenok, Igor Khripunov, Natalia Grinshpun
Edaran: RAM Entertainment
Tarikh Tayangan: 4 Mei 2017
Sinopsis:
Filem seram ini mengisahkan satu ritual pelik pada pertengahan kurun ke-19 Russia yang mana sesetengah penduduk Russia gemar mengambil gambar saudara mereka yang sudah meninggal dunia dan melukis kelopak mata dengan bentuk anak mata supaya ia kelihatan seperti masih hidup.
Pada zaman moden, Nastya (lakonan Victoria Agalakova) dan tunangnya telah kerumah sebuah rumah yang dimiliki oleh keluarga tunangnya, namun disana dia telah diganggu dengan visi yang pelik dan menakutkan.
Alien: Covenant
Genre: Thriller / Sci-Fiction
Pengarah: Ridley Scott
Pelakon: Michael Fassbender, Katherine Waterston, Billy Crudup, Danny McBride, Demian Bichir, Carmen Ejogo, Amy Seimetz, Jussie Smollet, Callie Hernandez, Nathaniel Dean, Alexander England, Benjamin Rigby, Noomi Rapace, James Franco
Edaran: 20th Century Fox
Tarikh Tayangan: 10 Mei 2017
Sinopsis:
Ridley Scott kembali dalam dunia filem Alien yang dicipta olehnya sendiri. Kali ini dia menghasilkan judul terbaru dalam franchise Alien apabila menghasilkan sekuel kepada filem Promethues, The Alien: Covenant.
Filem ini akan menceritakan krew kapal angkasa Covenant yang berada disebuah planet terpencil jauh kedalam galaksi dan mendapati planet yang mereka terdampar adalah sebuah syurga yang tidak dicatatkan dalam map mereka.

King Arthur: Legend of the Sword
Genre: Pengembaraan
Pengarah: Guy Ritchie
Pelakon: Charlie Hunnam, Astrid Bergés-Frisbey, Jude Law, Djimon Hounsou
Edaran: Warner Bros.
Tarikh Tayangan: 10 Mei 2017
Sinopsis:
Arthur baru mengetahui dirinya dari keturunan diraja setelah dia berjaya mendapat pedang Excalibur. Dengan pedang yang berkuasa di tangannya, dia menyertai kumpulan pemberontak dan wanita bernama Guinevere yang mahu menggulingkan diktator Vortigern yang menguasai negara.
Sarkar 3
Genre: Aksi / Jenayah
Pengarah: Ram Gopal Varma
Pelakon: Amitabh Bachchan, Jackie Shroff, Manoj Bajpayee, Amit Sadh, Yami Gautam, Ronit Roy
Edaran: Antenna Entertainments
Tarikh Tayangan: 12 Mei 2017
Sinopsis:
Filem thriller jenayah politik arahan Ram Gopal Varma ini adalah filem ketiga dari trilogi “Sarkar” yang mengisahkan tentang eksploitasi yang dilakukan oleh seorang ahli politik berpengaruh. Ia dibintangi oleh Amitabh Bachchan sebagai pelakon utama.
The Circle
Genre: Drama / Sci-fiction
Pengarah: James Ponsoldt
Pelakon: Emma Watson, Tom Hanks, John Boyega, Karen Gillan
Edaran: TGV Pictures
Tarikh Tayangan: 18 Mei 2017
Sinopsis:
Mae Holland telah berjaya merebut peluang sekali dalam seumur hidup apabila dia mendapat kerja di The Circle, sebuah syarikat teknologi dan media sosial berkuasa di dunia. Digalakkan oleh pengasas syarikat itu, Mae telah menyertai satu eksperimen yang melangkaui batasan privasi, etika dan kebebasan peribadi.
Pembabitannya dalam eksperimen itu dan segala keputusan yang dibuatnya mula menjejaskan kehidupan dan masa depan rakannya, keluarga dan juga tamadun kemanusiaan.
Colossal
Genre: Sci-Fiction / Thriller
Pengarah: Nacho Vigalondo
Pelakon: Anne Hathaway, Dan Stevens, Austin Stowell, Tim Blake Nelson
Edaran: TGV Pictures
Tarikh Tayangan: 18 Mei 2017
Sinopsis:
Selepas kehilangan kerjanya di New York dan ditinggalkan oleh teman lelakinya, Gloria berpindah semula ke kampung halamannya. Dia kemudian mendapati sesuatu yang aneh iaitu dirinya mempunyai kaitan dengan gergasi Kaiju.
Pirates of the Caribbean: Salazar’s Revenge
Genre: Aksi Pengembaraan / Fantasi
Pengarah: Joachim Rønning, Espen Sandberg
Pelakon: Johnny Depp, Javier Bardem, Orlando Bloom, Brenton Thwaites, Kaya Scodelario, Kevin McNally, Geoffrey Rush
Edaran: Walt Disney Pictures
Tarikh Tayangan: 25 Mei 2017
Sinopsis:
Apabila Kapten Salazar dan kru lanun hantunya berjaya meloloskan diri dari Devil Triangle, mereka nekad untuk menghapuskan semua lanun di laut termasuk Kapten Jack Sparrow. Untuk menyelamatkan diri dari musuh lama, Jack kini perlu mencari Trident of Poseidon, artifak berkuasa yang membolehkan pemiliknya menguasai laut.
Tetapi untuk mendapatkan artifak itu dia perlu bekerjasama dengan ahli astronomi jelita, Carina Smyth, dan pelayar Royal Navy yang keras kepala, Henry.
Diary Of A Wimpy Kid: The Long Haul
Genre: Komedi
Pengarah: David Bowers
Pelakon: Jason Drucker, Owen Asztalos, Charlie Wright, Alicia Silverstone, Tom Everett Scott
Edaran: 20th Century Fox
Tarikh Tayangan: 25 Mei 2017
Sinopsis:
Greg telah meyakinkan keluarganya untuk bercuti ke rumah nenek mereka bagi menyambut ulang tahun ke-90 nenek mereka. Dia sebenarnya mempunyai rancangan lain iaitu mahu pergi ke konvensyen `gamer` berhampiran. Bagaimanapun perkara tidak menjadi seperti yang dirancang.