Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Filem-Filem Menarik Bulan Mac 2017


Filem-filem di bulan Februari telah melabuhkan tirainya, kini giliran bulan Mac bakal menyajikan kita filem-filem menarik buat kaki-kaki wayang di Malaysia, baik filem tempatan mahupun antarabangsa. Disini kami di Kakimuvee akan senaraikan filem-filem menarik untuk ditonton oleh anda semua.

Filem Menarik Bulan Mac 2017 Pilihan Kakimuvee

Logan

Genre: Superhero / Aksi

Pengarah: James Mangold

Pelakon: Hugh Jackman, Patrick Stewart, Richard E. Grant, Boyd Holbrook, Stephen Merchant dan Dafne Keen

Edaran: 20th Century FOX


Tarikh Tayangan: 2 Mac 2017

Sinopsis

Setelah mutant dihapuskan, Logan dan Profesor X terpaksa menyembunyikan diri dari diburu kerajaan US. Namun seorang wanita misteri telah menjumpai mereka dan meminta bantuan untuk melindungi seorang kanak-kanak (Lauray Kinney) yang sedang diburu oleh organisasi jahat.

Salah Satu Babak filem J Revolusi

J Revolusi

Genre: Aksi

Pengarah: Zulkarnain Azhar

Pelakon: Zul Ariffin, Izara Aishah, Nur Fazura, Farid Kamil, Azad Jazmin, Iedil Putra

Edaran: Infinitus Productions & Grand Brilliance

Tarikh Tayangan: 2 Mac 2017

Sinopsis

Mengisahkan tentang Jay Zulkarnain yang merupakan seorang ketua pegawai Unit Tindakan Khas (UTK). Pasukannya begitu digeruni penjenayah kerana kepakaran mereka berdepan musuh. Konflik bermula apabila adik Jay, Dian (Nur Fazura) yang juga seorang ejen ditangkap oleh pengganas misteri. Dalam misi menyelamat adiknya itu, Jay terperangkap dan dituduh membunuh seorang rakan setugasnya. Tercetuslah pelbagai konflik dan insiden mengejutkan yang menghantui Jay.

School Tales

Genre: Seram

Pengarah: Pass Patthanakumjon

Pelakon: Sedthawut Anusit, Ranida Techasit, Ekkawat Ekatchariya, Teetatch Ratanasritai

Edaran: MM2 Entertainment Sdn. Bhd.

Tarikh Tayangan: 9 Mac 2017

Sinopsis

Ahli pancaragam sebuah sekolah sedang melakukan latihan akhir di kawasan sekolah dan kerana latihan mereka tamat lewat, mereka mengambil keputusan untuk bermalam di sana. Sekumpulan pelajar nakal kemudian berkumpul dan mula bercerita mengenai kisah hantu, iaitu kisah mengenai sekolah mereka yang telah diwarisi sejak beberapa generasi. Selepas selesai bercerita, beberapa pelajar mengambil keputusan untuk mencabar sama ada kisah itu betul atau tidak. Bagaimanapun, apabila kumpulan pelajar itu pulang, ada di antara mereka telah hilang.

Adiwiraku

Genre: Biopik / Drama

Pengarah: Eric Ong

Pelakon: Sangeeta Krishnasamy, Xavier Fong, Wan Azlyn, Farra Safwan, Ahmad Adnin Zidane, Irdina Tasmin, Balqis Sani, Rizal Fahmi

Edaran:  Empire Film Solution

Tarikh Tayangan: 9 Mac 2017

Sinopsis

Mengisahkan guru Cheryl Fernando yang membimbing pasukan choral speaking SMK Pinang Tunggal dalam pertandingan choral speaking peringkat negeri Kedah. Disamping itu, dia cuba membantu pelajar-pelajar yang mengalami pelbagai masalah dan memastikan mereka mendapat pendidikan sempurna.

Don’t Kill It

Edaran: Fantasi / Seram

Pengarah: Mike Mendez

Pelakon: Dolph Lundgren, Kristina Klebe, James Chalke

Edaran: GSC Movies

Tarikh Tayangan: 9 Mac 2017

Sinopsis

Apabila syaitan purba secara tidak sengaja terlepas di pekan Mississippi, Chickory Creek, pemburu syaitan Jebediah Woodley bekerjasama dengan seorang ejen FBI, Evelyn Pierce, untuk menentang kuasa paranormal itu demi menyelamatkan manusia.

Kong: Skull Island

Genre: Adventure / Aksi

Pengarah: Jordan Vogt-Roberts

Pelakon: Tom Hiddleston, Brie Larson, Samuel L. Jackson, Jason Mitchell, Corey Hawkins, Toby Kebbell, Tom Wilkinson, John Goodman, John C. Reilly

Edaran: Warner Bros. Pictures.

Tarikh Tayangan: 9 Mac 2017

Sinopsis

Sepasukan pengembara telah menemui sebuah pulau prasejarah yang mana mereka bertemu dengan King Kong. Mereka kemudian menyedari Kong bukanlah satu-satunya makhluk misteri di pulau itu.

Beauty and The Beast

Genre: Muzikal / Fantasi / Romantik

Pengarah: Bill Condon

Pelakon: Emma Watson, Dan Stevens, Luke Evans, Emma Thompson, Kevin Kline, Ian McKellen, Ewan McGregor, Josh Gad, Stanley Tucci

Edaran: Walt Disney

Tarikh Tayangan: 16 Mac 2017

Sinopsis

Filem ini adalah adaptasi Disney dari kisah dongeng klasik yang mengisahkan tentang seorang putera raksasa dan seorang wanita jelita yang jatuh cinta dengannya. Ia dibintangi oleh Emma Watson, Dan Stevens, Luke Evans dan ramai lagi.

Kanang Anak Langkau

Genre: Biopik / Aksi

Pengarah: Bade Hj. Azmi

Pelakon: Ady Putra, Johan As’ari, Langgi Datuk Kanang

Edaran: Empire Film Solution

Tarikh Tayangan: 16 Mac 2017

Sinopsis

Filem biografi ini mengisahkan tentang seorang Pahlawan Iban yang juga merupakan anggota Tentera Darat Malaysia, yang berjuang demi bangsa dan negara semasa ancaman komunis pada era 70an.

Power Rangers

Genre: Aksi / Sains Fiksyen

Pengarah: Dean Israelite

Pelakon: Dacre Montgomery, Becky Gomez, Ludi Lin, Naomi Scott, RJ Cyler, Elizabeth Banks

Edaran: TGV Pictures

Tarikh Tayangan: 23 Mac 2017

Sinopsis

Selepas mendapat tahu pekan kecil mereka, Angel Grove, dan juga dunia bakal hancur dimusnahkan oleh makhluk asing, lima pelajar sekolah tinggi perlu mengatasi masalah peribadi mereka kerana hanya mereka mampu menyelamatkan planet. Mereka perlu menumpaskan Rita Repulsa dengan bertukar menjadi Power Rangers.

Life

Genre: Sains Fiksyen / Thriller

Pengarah:  Daniel Espinosa

Pelakon: Ryan Reynolds, Rebecca Ferguson, Jake Gyllenhaal, Hiroyuki Sanada

Edaran: Sony Pictures Releasing International

Tarikh Tayangan: 23 Mac 2017

Sinopsis

Krew stesen angkasa antarabangsa berjaya mendapatkan space probe yang kembali dari Planet Marikh dengan mempunyai sampel dari planet tersebut. Semasa mengkaji sampel yang mereka terima, mereka mendapati sampel tersebut adalah makhluk asing. Namun kajian mereka menjadi mimpi ngeri apabila orgnaisma tersebut semakin bijak. Untuk mengelakkan makhluk asing tersebut terlepas ke Bumi, krew kapal angkasa terpaksa mencari jalan untuk membunuh sebelum terlepas.

The Whole Truth

Genre: Drama / Ngeri

Pengarah: Courtney Hunt

Pelakon: Keanu Reeves, Renee Zellweger, Gugu Mbatha-Raw, Gabriel Basso, James Belush

Tarikh Tayangan: 30 Mac 2017

Sinopsis

Seorang peguambela, Richard Ramsay, telah bersumpah kepada rakannya Loretta Lassiter yang dia akan memastikan anak Loretta, Mike, tidak akan masuk ke penjara walau apa sekali pun. Apabila Mike didakwa atas kesalahan membunuh bapanya, Ramsay cuba melucutkan dakwaan tersebut. Tetapi bukti mengenai bapa Mike, Boone Lassiter, mula timbul dan mendedahkan sisi gelapnya. Sementara Ramsay menggunakan bukti untuk melepaskan Mike daripada tuduhan itu, rakannya Janelle cuba menyiasat kes tersebut dengan lebih mendalam dan mendapati hanya dia seorang boleh merungkaikan seluruh kebenaran.

Beyond The Gate

Genre: Seram

Pengarah: Jackson Stewart

Pelakon: Barbara Crampton, Brea Grant, Chase Williamson, Graham Skipper

Edaran: TGV Pictures

Tarikh Tayangan: 30 Mac 2017

Sinopsis

Selepas bapa mereka hilang secara misteri, Gordon kembali bertemu dengan abangnya John di kedai video bapa mereka untuk menjual kedai tersebut. Ketika mereka sedang memunggah stok, mereka menemui permainan VCR interaktif yang dipanggil “Beyond the Gates” dan mengambil keputusan untuk mencubanya. Tetapi apabila mereka mula bermain, mereka menyedari ia adalah portal kepada mimpi ngeri yang menjadi kenyataan dan permainan yang sudah dimain perlu dihabiskan atau mereka akan mati.

Behind The Wall

Genre: Seram

Pengarah:  James Kondelik, Jon Kondelik

Pelakon: Vanessa Angel, Hutch Dano, Reggie Lee, Lew Temple

Edaran: Rainfilm

Tarikh Tayangan: 30 Mac 2017

Sinopsis

Sebuah keluarga bermasalah terdesak untuk memulakan hidup baru di sebuah rumah baru, tetapi rumah tersebut berpenunggu yang mana ia melihat dan mahu mereka tinggal di rumah itu buat selama-lamanya

The Boss Baby

Genre: Animasi / Komedi

Pengarah: Tom McGrath

Pelakon: Alec Baldwin, Kevin Spacey, Will Arnett

Edaran: 20th Century Fox

Tarikh Tayangan: 30 Mac 2017

Sinopsis

Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun dalam misi mendapatkan kembali kasih sayang kedua-dua ibu bapanya. Apabila dia mendapati rahsia jahat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Puppy Co yang membabitkan adiknya, kedua-dua mereka perlu bersatu untuk menyelamatkan ibu bapa mereka dan menyelamatkan dunia.

Ghost In The Shell

Genre: Sains Fiksyen / Drama

Pengarah: Rupert Sanders

Pelakon: Scarlett Johansson, Pilou Asbæk

Edaran: United International Pictures

Tarikh Tayangan: 30 Mac 2017

Sinopsis

berlatarkan zaman 2029 yang mana dunia mempunyai akses tubuh sibernatik yang dipanggil `shells` membolehkan mereka mempunyai kuasa luar biasa. Mejar Motoko Kusanagi adalah ketua pasukan untuk Public Security Section 9 yang telah ditugaskan untuk menangkap penggodam yang dikenali sebagai Puppet Master.


Related posts

10 Rancangan Muslim Yang Anda Boleh Tonton Di Qalbox

Kakimuvee

Balik Kampung Dengan Disney+ Hostar & Bintang-Bintang Tempatan Kegemaran Anda Sempena Raya Ini

Kakimuvee

5 Pelakon Wanita Korea Yang Boleh Bawa Pelbagai Watak

Kakimuvee

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee