Selamat berpuasa kepada kesemua pembaca-pembaca blog Kakimuvee.net yang beragama Islam. Diharap kesemua dapat menyempurnakan rukun islam ketiga dengan jayanya tanpa alasan untuk meninggalkan puasa bagi yang lelaki.
Puas menonton filem-filem menarik bulan Mei? Alien: Covenant, Pirate of the Carribean dan macam-macam lagi filem menarik, kali ini kami akan kongsikan filem-filem menarik untuk bulan Jun.
Bulan Jun tidak menunjukan banyak filem yang bakal dimainkan di pawagam, tetapi terdapat beberapa filem yang ditunggu-tunggu oleh peminat untuk ditonton di pawagam nanti. Jom kita kita tengok apakah filem-filem yang menarik untuk ditonton oleh anda semua pada bulan puasa ini.
Wonder Woman
Genre: Superhero / Aksi
Pengarah: Patty Jenkins
Pelakon: Gal Gadot, Chris Pine, Lucy Davis, Connie Nielsen, Robin Wright
Edaran: Warner Bros. Pictures
Tarikh Tayangan: 1 Jun 2017
Filem solo pertama superhero DC dan filem terawal dalam timeline superhero-superhero DCEU. Wonder Woman bakal menampilkan aksi Diana, puteri Amazon yang meninggalkan kampung halamannya secara senyap-senyap untuk membantu menamatkan perang dunia yang sedang berlaku. Dia akan berhadapan dengan pasukan tentera Jerman dan juga beberapa Supervillain seperti Ares untuk menamat perang dari terus berlarutan.
God Of War
Genre: Epik / Aksi
Pengarah: Gordon Chan
Pelakon: Vincent Zhao, Sammo Hung, Wan Qian, Timmy Hung, Yasuaki Kurata
Edaran: MM2 Entertainment Sdn. Bhd
Tarikh Tayangan: 1 Jun 2017
Kegiatan lanun Jepun di perairan China semakin berleluasa ketika abad ke-16. Pada 1557, lanun telah menguasai Cengang di Zhejiang. Selepas beberapa bulan bertempur, Komander Yu akhirnya berjaya menumpaskan mereka menerusi kepimpinan Jeneral Qi yang baru dinaikkan pangkat. Lanun-lanun itu bagaimanapun berjaya meloloskan diri. Jeneral Qi kemudian merekrut penduduk kampung dan menubuhkan Tentera Qi untuk mengalahkan lanun.
Baywatch
Genre: Komedi / Aksi
Pengarah: Seth Gordon
Pelakon: Dwayne Johnson, Zac Efron, Alexandra Daddario, Kelly Rohrbach, Ilfenesh Hadera, Jon Bass, Priyanka Chopra, Hannibal Bures
Edaran: United International Pictures
Tarikh Tayangan: 1 Jun 2017
Dwayne “The Rock” Johnson kembali dalam filem aksi komedi terbaru, Baywatch. Filem ini mengisahkan Seorang anggota keselamatan yang komited dengan kerjanya terpaksa bekerjasama dengan rakan setugas muda yang keras kepala. Mereka perlu bekerjasama untuk melindungi pantai mereka daripada sebarang kejadian yang tidak diingini.
The Mummy
Genre: Aksi / Fantasi
Pengarah: Alex Kurtzman
Pelakon: Tom Cruise, Sofia Boutella, Annabelle Wallis, Jake Johnson, Courtney B. Vance, Russell Crowe
Edaran: United International Pictures
Tarikh Tayangan: 8 Jun 2017
Filem reboot The Mummy dan filem pertama untuk Monster Universe. 2,000 tahun lalu di Mesir, Puteri Ahmanet telah ditanam hidup-hidup di makam di bawah padang pasir sebagai hukuman kerana membunuh bapanya. Puteri purba itu kemudian telah bangkit pada era moden apabila makamnya ditemui. Dia yang menyimpan dendam sejak beribu tahun mula membawa kemusnahan dan malapetaka kepada manusia.
Gremlin
Genre: Horror
Pengarah: Ryan Bellgardt
Pelakon: Adam Hampton, Katie Burgess, Caleb Milby, Rachael Messer
Edaran: Rainfilm Sdn. Bhd
Tarikh Tayangan: 8 Jun 2017
Dua tahun sudah berlalu sejak pembunuhan anak lelakinya yang berusia 10 tahun. Satu hari, Adam Thatcher menerima kotak misteri daripada saudaranya. Kotak itu mempunyai sesuatu yang berbahaya di dalamnya. Makhluk di dalam kotak itu akan membunuh setiap orang yang disayanginya seorang demi seorang, melainkan dia memberinya kepada seseorang yang disayanginya dan memberi sumpahan itu kepada mereka.
Train Station
Genre: Komedi / Jenayah / Drama
Pengarah: Tony Pietra, Xavier Agudo, Ryan Bajornas
Pelakon: Patrick Gorman, Judith Hoersch, Yoann Sover
Edaran: GSC Movies
Tarikh Tayangan: 15 Jun 2017
Selepas berlaku satu kemalangan misteri sebuah keretapi, seorang lelaki terpaksa menukar rancangannya. Dia perlu berdepan dengan beberapa pilihan. Setiap pilihan yang dibuat akan membawa kepada senario berbeza.
Once Upon A Time In Venice
Genre: Komedi / Jenayah / Drama
Pengarah: Tony Pietra, Xavier Agudo, Ryan Bajornas
Pelakon: Patrick Gorman, Judith Hoersch, Yoann Sover
Edaran: Mega Films Distribution Sdn Bhd
Tarikh Tayangan: 15 Jun 2017
Filem komedi arahan Mark dan Robb Cullen ini mengisahkan tentang seorang detektif persendirian berpengkalan di Los Angeles cuba mendapatkan semula anjingnya yang dicuri oleh sebuah geng. Ketua geng tersebut kemudian memaksanya bekerja untuk geng tersebut jika dia mahu mendapatkan semula anjingnya.
Despicable Me 3
Genre: Komedi / Animasi
Pengarah: Pierre Coffin, Kyle Balda
Pelakon: Steve Carell, Trey Parker, Kristen Wiig, Miranda Cosgrove, Dana Gaier, Russell Brand
Edaran: United International Pictures
Tarikh Tayangan: 15 Jun 2017
Gru bertemu dengan penjahat baru iaitu Balthazar Bratt, bekas bintang kecil pada tahun 80an yang kini merancang untuk menakluk dunia. Tetapi bukan itu sahaja masalah Gru, kembarnya yang tidak diketahuinya, Dru, yang merupakan seorang yang lebih kacak, gembira dan berjaya, tiba-tiba kembali dalam hidupnya. Dru merancang untuk mengajak Gru menyertai rancangannya untuk mencuri berlian yang dicuri oleh Bratt.
Transformers: The Last Knight
Genre: Aksi / Sains Fiksyen
Pengarah: Michael Bay
Pelakon: Mark Wahlberg, Stanley Tucci, Isabela Moner, Josh Duhamel, Tyrese Gibson, John Turturro, Santiago Cabrera, Anthony Hopkins
Edaran: United International Pictures
Tarikh Tayangan: 22 Jun 2017
Optimus Prime telah pulang ke planetnya, Cybertron, yang kini merupakan planet mati. Dia mendapati dirinya merupakan orang yang bertanggungjawab memusnahkan planetnya. Di bumi, manusia dan transformer pula sedang berperang. Kunci untuk menyelamatkan masa depan terletak pada masa lampau. Cade Yeager dan Bumblebee telah bersekutu dengan seorang pemerintah British dan seorang profesor dari Oxford untuk mencari jawapan yang mampu menyelamatkan bumi
Don’t Scream
Genre: Thriller
Pengarah: Dena Hysell
Pelakon: Azura Skye, Cayleb Long, Bill Sage, Taylor Black
Edaran: Rainfilm Sdn. Bhd
Tarikh Tayangan: 29 Jun 2017
Kate adalah seorang ejen hartanah yang diminta oleh seorang yang tidak dikenali untuk menjual sebuah kilang lama. Kilang itu telah menarik perhatian Mary, seorang pereka fesyen selebriti. Semuanya berjalan lancar ketika Kate menunjukkan Mary dan pasukannya bangunan itu, sehinggalah mereka sampai di tingkat 8. Rupa-rupanya satu kebakaran telah berlaku pada awal 1900-an dan telah membunuh lebih 200 wanita dan roh mereka masih terperangkap di tingkat tersebut. Mary dan pasukannya cuba meninggalkan tempat itu tetapi roh-roh itu menghalang mereka. Kate kemudian mendapat tahu bahawa dia adalah pewaris kepada pemilik kilang yang mencetuskan kebakaran itu dan dia mungkin satu-satunya harapan untuk mereka keluar dengan selamat