Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Filem-Filem Menarik Bulan Julai 2019

Bulan Jun 2019 telahpun melabuhkan tirainya, bagi yang merancang untuk menonton filem pada bulan Julai ini, tetapi tidak tahu filem apakah yang menarik untuk ditonton. Jangan risau, kami di Kakimuvee ingin kongsikan kepada anda filem-filem menarik untuk ditonton pada bulan Julai ini.

1. Spider-Man: Far From Home

PG-13 | Aksi / Adiwira | 03 Julai 2019

Spider-Man: Far From Home ditetapkan selepas kejadian Avengers: Infinity War dan Avengers 4 yanga menyaksikan Peter Parker (Tom Hollad) menyertai rombongan sekolahnya iaitu ‘Midtown School of Science and Technology’ ke Eropah.

Diarahkan oleh Jon Watts serta ditulis oleh Chris McKenna dan Erik Sommers, Spider-Man: Far From Home turut dibintangi oleh Michael Keaton, Zendaya, Marisa Tomei, dan Jake Gyllenhaal yang akan membawakan karakter Mysterio.

2. Crayon Shin-Chan: Dangerous Honeymoon – The Lost Daddy –

U | Anime | 11 Julai 2019

Filem ini mengisahkan tentang Keluarga Nohara bercadang untuk bercuti bersama ke Australia setelah Misae terjumpa pakej percutian murah ke sana. Malangnya Hiroshi diculik, meninggalkan Shin-Chan dan Misae berdepan dengan pengembaraan yang mencabar demi menyelamatkan Hiroshi daripada pemburu harta karun dan seorang lelaki misteri bertopeng.

3. Crawl

PG-13 | Seram / Ngeri | 11 Julai 2019

Crawl mengisahkan Seorang wanita muda cuba menyelamatkan bapanya ketika ribut taufan Kategori 5. Bagaimanapun, dalam cubaannya itu, dia terperangkap dalam sebuah rumah yang banjir dan mendapati dirinya perlu melawan sekumpulan buaya ganas.

4. Escape Plan: Extractors

R | Aksi / Jenayah | 11 Julai 2019

Ray Breslin dan Trent kembali bekerjasama sekali lagi  bagi menyelamatkan salah seorang rakan pasukan mereka dari penjara yang dikenali sebagai Devil`s Station, di mana tiada seorang pun yang pernah berjaya meloloskan diri dari situ.

5. Kingdom

N/A | Aksi / Penggembaraan | 18 Julai 2019

Filem arahan Shinsuke Sato ini akan berlatarbelakangkan zaman China purba, di mana seorang anak yatim, Shin, mengimpikan untuk menjadi seorang jeneral demi mengubah status hidupnya yang rendah sebagai hamba.

Pengembaraannya untuk menjadi jeneral terhebat Kerajaan Qin bermula apabila dia dan Eisei, budak lelaki yang bakal menjadi maharaja Qin, mula bersekutu. Mereka bekerjasama untuk menuntut semula takhta Eisei dan menyatukan Negeri-negeri Berperang.

6. The Lion King

N/A | Musikal / Penggembaraan | 18 Julai 2019

Filem ini berkisarkan tentang singa bernama Simba dan pengembaraannya menjadi raja, yang bukanlah mudah sebagaimana pakciknya mempunyai rancangan sendiri untuk mengambil alih tahkta.

Pertarungan untuk Pride Rock menyebabkan Simba dibuang tetapi dengan bantuan dua rakan baru, dia kembali untuk mengambil haknya.

7. Rocketman

N/A | Biografi / musikal | 25 Julai 2019

Filem ini mengisahkan tentang perjalanan karier Elton John (lakonan Taron Egerton) yang bermula di Royal Academy of Music sehinggalah dia berjaya memberi pengaruh musiknya kepada peminat-peminat seluruh dunia.

8. Anna

R | Aksi Thriller | 25 Julai 2019

Anna Poliatova merupakan seorang gadis yang memiliki rupa paras jelita. Namun di sebalik wajah cantiknya itu, tersimpan satu rahsia tentang kekuatan dirinya yang tidak tertanding serta kebolehan untuk menjadi salah seorang pembunuh upahan kerajaan yang paling digeruni di dunia.

9. Ma

R | Thriller / Seram | 25 Julai 2019

Sue Ann, seorang wanita kesunyian, diminta oleh Maggie, seorang remaja baru di pekan Ohio, untuk membelikan minuman keras untuk dia dan rakan-rakan. Sue Ann melihat ini sebagai peluang untuk mendapatkan rakan muda. Dia bersetuju untuk membenarkan mereka melepak dan minum di rumahnya.

Peraturan yang dikenakan kepada mereka adalah salah seorang daripada mereka tidak boleh mabuk, mereka tidak boleh melontarkan kata-kata kesat, tidak boleh naik ke tingkat atas dan semua orang perlu memanggilnya Ma. Tanpa diketahui, Sue Ann sebenarnya menyimpan niat jahat.

10. Doraemon: Nobita’s Chronicle of the Moon Exploration

U | Anime | 25 Julai 2019

Filem ini berdasarkan kisah dongeng Jepun berdasarkan kepercayaan kewujudan arnab yang berada di Bulan. Apabila Nobita diketawakan oleh rakan-rakan apabila dia memberitahu yang dia melihat bulan bertukar ke warna kuning dan memancar bayang-bayang putih.

Tetapi selepas Doraemon memberinya “Lencana Kelab Penjelajah Sejarah”, mereka mendapati terdapat seorang gadis misteri tinggal jauh di hujung bulan. Nobita, Doraemon dan rakan-rakan mereka memulakan pengembaraan ke bulan tetapi dihalang oleh Diabolo dan pengikutnya.

Related posts

6 Filem Terbaik Korea Lebih Sedekad Yang Lalu

Natasha

6 K-DRAMAS YOU CAN WATCH TO HELP SOOTHE YOUR TRAVEL ITCH

Kakimuvee

5 Sebab Kenapa The King’s Affection Akan Mencuri Hati Anda

Zulaikha

4 Sebab Untuk Menonton Lakonan Hebat Han So-hee Dalam “My Name”

Zulaikha

Kisah Pemberontakan Kapal Perang Soviet Storozhevoy Yang Menjadi Inspirasi Kepada Novel “The Hunt for Red October”

Kakimuvee

Squid Game Is a Fresh Take on The Survival Genre. We’ll Tell You Why!

Zulaikha

Leave a Comment