Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Filem-Filem Menarik Bulan Januari 2018


Bulan Januari bakal menyaksikan lebih 30 buah filem pelbagai bahasa dan genre dimainkan dipawagam-pawagam tempatan. Diantara filem-filem tersebut, 2 filem melayu akan ditayangkan iaitu Busker yang akan memulakan tayangan pada 11 Januari dan Bukan Cinta Malaikat arahan Aziz M. Osman yang akan ditayangkan pada 25 Januari 2018.

Kami di Kakimuvee akan kongsikan beberapa filem menarik untuk ditonton pada bulan Januari

Insidious: The Last Key

PG13 | Seram,Thriller | 4 Januari 2018

Insidious The Last Key

Pengarah: Adam Robitel | Pelakon: Lin Shaye, Leigh Whannell, Angus Sampson,Kirk Acevedo

Sinopsis: Filem keempat franchise Insidious yang juga merupakan siri prekuel. Dr. Elise Rainier, seorang parapsychologist yang berhadapan dengan entiti jahat yang sangat menakutkan, didalam rumah keluarganya sendiri


The Outlaws

18 | Aksi, Jenayah | 4 Januari 2018

Pengarah: Kang Yoon-Sung | Pelakon: Ma Dong-Seok, Yoon Kye-Sang, Jo Jae-Yun, Im Hyung-Joon

Sinopsis: Filem Korea yang berkisarkan mengenai kejadian sebenar yang berlaku pada tahun 2007 yang digelar `Heuksapa Incident`. Ia memaparkan tentang perang kawasan di antara dua geng iaitu geng dari Garibong-dong di Guro District, Seoul dan Heuksapa dari Yanbian, China; yang mana pihak polis terpaksa masuk campur untuk menjamin keamanan di kejiranan itu.

Dhaka Attack

NA | Aksi, thriler | 5 Januari 2018

Pengarah: Dipankar Dipon | Pelakon: Arifin Shuvoo, Mahiya Mahi, Shatabdi Wadud

Sinopsis: Filem aksi thriller Bangladesh ini mengisahkan operasi Pasukan Polis Elit Dhaka Metropolitan menentang organisasi pengganas, selepas beberapa agensi perisikan luar cuba untuk melumpuhkan sistem pertahanan negara dengan melakukan serangan.

Busker

U | Romantik, Drama | 11 Januari 2018

Busker AstroShaw

Pengarah: Kye Fariz | Pelakon: Hafeez Mikail, Daiyan Trisha, Anas Ridzuan, Bulan, Lia Natalia, Mas Khan

Sinopsis: Busker mengisahkan sekumpulan remaja yang meminati muzik jalanan dan ingin memperjuangkan minat mereka ke tahap yang lebih tinggi. Dalam pada itu, Adil mula berkawan dengan Vera dan mendapat semangat baru dalam menggapai impiannya.

Tanpa disedari, perasaan suka mula timbul di antara mereka. Namun, semakin hampir dengan hari pertandingan, Adil berdepan dengan konflik persahabatan, cinta dan impiannya sendiri.

Ayat-Ayat Cinta 2

U | Romantik, Drama | 11 Januari 2018

Pengarah: Guntur Soeharjanto | Pelakon: Fedi Nuril, Dewi Sandra, Chelsea Islan, Tatjana Saphira, Nur Fazura

Sinopsis: Menceritakan Fahri (lakonan Fedi Nuril) yang mencari isterinya, Aisha yang telah ke Palestine bersama sahabatnya. Setelah berada disana, Fahri telah mengentahui bahawa sahabat isterinya sudah meninggal dunia, dan dia juga tidak dapat mencari isterinya.

Semenjak daripada itu, Fahri telah menetap di Edinburg, Scotland dan menjadi pensyarah di universiti Edinburg. Beliau telah menyibukkan dirinya dengan bekerja bagi menghilangkan rasa sedihnya keatas kehilangan isterinya.

Downsizing

U | Komedi, Drama | 11 Januari 2018

Pengarah: Alexander Payne | Pelakon: Matt Damon, Kristen Wiig, Christoph Waltz, Alec Baldwin, Neil Patrick Harris, Jason Sudeikis

Sinopsis: Berkisarkan tentang pasangan suami isteri yang menyedari hidup mereka akan lebih bagus sekiranya mereka dengan sukarela menjalani proses yang akan menjadikan diri mereka bersaiz mini, jauh lebih kecil daripada saiz manusia biasa. Bagaimanapun malang menimpa lelaki itu apabila isterinya menarik diri di saat akhir. Kini tinggal dia berseorangan menyertai banyak komuniti orang `kecil` yang semakin berkembang di seluruh dunia.

The Commuter

PG-13 | Aksi, Ngeri | 11 Januari 2018

Pengarah: Jaume Collet-Serra | Pelakon: Liam Neeson, Vera Farmiga, Patrick Wilson, Jonathan Banks

Sinopsis: Michael McCauley telah diberikan satu tugas oleh individu misteri semasa berada didalam komuter. Bagaimanapun dia dapati, dirinya terperangkap dalam satu jenayah terancang.

The Third Murder

PG-13 | Drama, Misteri | 11 Januari 2018

Pengarah: Hirokazu Koreeda | Pelakon: Masaharu Fukuyama, Koji Yakusho, Suzu Hirose, Yuki Saito

Sinopsis: Seorang peguam elit bernama Shigemori mengambil Mikuma, yang dituduh dalam satu kes pembunuhan, sebagai anak guamnya. Mikuma mempunyai rekod jenayah lampau dalam satu pembunuhan 30 tahun lalu. Mikuma juga telah mengakui terhadap tuduhan pembunuhan itu dan berdepan hukuman mati, tetapi Shigemori mula sangsi mengenai kesalahan Mikuma.

Den Of Thieves

NA | Aksi, Jenayah | 18 Januari 2018

Pengarah: Christian Gudegast | Pelakon: Gerard Butler, 50 Cent, Pablo Schreiber, O’Shea Jackson, Jr., Evan Jones

Sinopsis: Filem arahan Christian Gudegast ini berkisarkan tentang seorang pencuri sedang merancang untuk merompak bank, tetapi kemudian telah terperangkap di antara dua kumpulan penjenayah.

Roman Israel, Esq

NA | Drama, Jenayah | 18 Januari 2018

Pengarah: Dan Gilroy | Pelakon: Denzel Washington, Colin Farrell, Carmen Ejogo, Nazneen Contractor

Sinopsis: Ia berkisarkan tentang seorang peguambela idealistik bernama Roman Israel yang terpaksa melalui beberapa kejadian hura-hara. Ini menyebabkan dirinya dalam krisis sehinggakan membawanya melakukan tindakan ekstrim.

Along With The Gods

NA | Drama, Fantasi | 18 Januari 2018

Pengarah: Kim Yong-Hwa | Ha Jung-woo, Cha Tae-Hyun, Ju Ji-Hoon, Lee Jung-Jae, Kim Hyang-gi

Sinopsis: Selepas mati secara tiba-tiba, Ja-hong, seorang anggota bomba, telah dibawa oleh tiga malaikat ke dunia selepas kematian. Dia perlu melepasi tujuh ujian sepanjang 49 hari dan membuktikan dirinya tidak bersalah sebagai manusia sebelum dia dapat dihidupkan semula. Sepanjang ujian berlangsung, dia sering ditemani oleh tiga malaikat yang mempertahankannya.

12 Strong

18 | Aksi, Drama, Sejarah | 18 Januari 2018

Pengarah: Nicolai Fuglsig | Pelakon: Chris Hemsworth, Michael Shannon, William Fichtner, Elsa Pataky

Sinopsis: Mengisahkan pasukan khas yang dihantar ke Afghanistan selepas insiden 9/11. Dibawah kapten yang baru, mereka perlu bekerjasama dengan ketua panglima perang Afghan untuk menjatuhkan Taliban

Muse

NA | Seram, Ngeri | 25 Januari 2018

Pengarah: Jaume Balagueró | Pelakon: Elliot Cowan, Franka Potente, Ana Ularu, Joanne Whalley, Christopher Lloyd

Sinopsis: Samuel Solomon seorang profesor sastera yang sering mendapat mimpi ngeri berulang sejak kematian teman wanitanya, yang mana dalam mimpi tersebut seorang wanita dibunuh dengan kejam. Apabila wanita dalam mimpinya ditemui mati dalam realiti, Solomon mula mencari penjelasan. Rachel, seorang wanita yang mendakwa turut mendapat mimpi mengenai pembunuh itu, membantu Solomon merungkai identiti wanita misteri itu

Battle Of The Sexes

NA | Biopik, komedi, sukan | 25 Januari 2018

Pengarah: Jonathan Dayton, Valerie Faris | Pelakon: Emma Stone, Steve Carell, Sarah Silverman, Bill Pullman, Alan Cumming, Elisabeth Shue, Austin Stowell

Sinopsis: Salah satu acara sukan paling ditonton pada tahun 1973 adalah perlawanan tenis di antara pemain wanita terhebat iaitu Billie Jean King dan bekas juara lelaki Bobby Riggs. Walaupun orang awam melihat ia adalah perlawanan sengit di gelanggang, di luar gelanggang kedua-dua mereka mempunyai masalah peribadi di mana King bergelut dengan seksualitinya dan Riggs perlu berdepan dengan ketagihan berjudi.

Bukan Cinta Malaikat

U | Drama, Romantik | 25 Januari 2018

Pengarah: Aziz M.Osman | Pelakon: Nora Danish, Fachry Albar, Ashraf Muslim, Donita, Bonda Afida, Dynas Mokhtar

Sinopsis: Ia berkisarkan tentang seorang lelaki bernama Reyhan yang menjadi sukarelawan dari Indonesia bertugas di wilayah konflik di Timur Tengah. Ketika berada di Madinah, dia telah membantu seorang wanita berasal dari Malaysia bernama Dewi. Dewi kemudian menyelamatkannya daripada ditembak oleh puak pemberontak. Dia telah jatuh hati pada Dewi tetapi sayangnya Dewi memiliki teman lelaki bernama Adam.

Maze Runner: The Death Cure

PG-13 | Sains Fiksyen Thriller | 26 Januari 2018

Pengarah:  Wes Ball | Pelakon: Rosa SalazarThomas Brodie-SangsterDylan O’BrienKaya Scodelario

Sinopsis: Thoms dan rakannya menjalankan satu menyelamatkan rakan-rakan mereka dengan memasuki Last City, laluan maze paling merbahaya sekali dan dikawal oleh WCKD.

Proud Mary

NA | Aksi, Jenayah | 31 Januari 2018

Pengarah: Babak Najafi | Pelakon: Taraji P. Henson, Billy Brown, Danny Glover, Neal McDonough

Sinopsis: Ia mengisahkan tentang seorang pembunuh upahan wanita bernama Mary yang bekerja dengan sebuah organisasi keluarga penjenayah di Boston. Hidupnya kemudian telah bertukar menjadi tidak keruan selepas salah satu misi pembunuhannya menyebabkan seorang budak lelaki menjadi yatim piatu.

God Particle

NA | Fiksyen Sains | 31 Januari 2018

Pengarah: Julius Onah | Pelakon:  Daniel Brühl, Elizabeth Debicki, Aksel Hennie, Gugu Mbatha-Raw, Chris O’Dowd, John Ortiz, David Oyelowo dan Zhang Ziyi

Sinopsis: Filem ketiga franchise Cloverfield Berkisarkan di stesen angkasa lepas Amerika, selepas kemalangan dengan pemecut zarah, sepasukan angkasawan tiba-tiba mendapati Bumi telah hilang. Perkara menjadi lebih pelik apabila mereka dapat mengesan stesen angkasa lain berdekatan.

Darkest Hour

NA | Drama, Sejarah, Perang | 31 Januari 2018

Pengarah: Joe Wright | Pelakon:  Gary Oldman, Ben Mendelsohn, John Hurt, Kristin Scott Thomas, Lily James

Sinopsis: Ketika zaman kejatuhan Perancis pada awal Perang Dunia II, Britain melalui waktu gelap sebagaimana ancaman penjajahan timbul. Nasib Eropah Barat nampaknya kini terletak di bahu Perdana Menteri baru Britain, Winston Churchill, dengan tentera Nazi dan bersekutu terperangkap di pantai Dunkirk.

Dia dipaksa untuk membuat keputusan yang mengubah dunia sama ada berunding dengan Hitler dan menyelamatkan nyawa orang British, atau bergantung harap kepada tenteranya untuk bertempur dengan kuasa besar


Related posts

10 Rancangan Muslim Yang Anda Boleh Tonton Di Qalbox

Kakimuvee

Balik Kampung Dengan Disney+ Hostar & Bintang-Bintang Tempatan Kegemaran Anda Sempena Raya Ini

Kakimuvee

5 Pelakon Wanita Korea Yang Boleh Bawa Pelbagai Watak

Kakimuvee

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee