Tak sangka kita sudah sampai ke bulan terakhir pada tahun ini. Dari bulan Januari sehinggalah bulan November, pelbagai filem tempatan dan luar negara telah kita tonton. Ada yang menarik, ada yang tidak dan ada juga yang biasa-biasa sahaja. Bagi korang, filem manakah yang korang rasa paling menarik tahun ini?
Seperti biasa, untuk bulan terakhir tahun ini, kami akan kongsikan beberapa filem menarik kepada anda semua. Bulan ini terdapat dua filem tempatan melayu akan ditayangkan iaitu Jibam pada 7 Disember dan KL Wangan pada 21 Disember. Pastikan anda sokong filem tempatan demi memajukan industri perfileman tanah air.
Oh ya! bulan ini juga berlangsungnya festival filem Asean-China Film Festival dari 3 dan 4 December 2017 dibeberapa lokasi panggung wayang antaranya GSC Pavilion KL, GSC Mid Valley dan GSC MyTown. Banyak filem-filem menarik dari Asean dan China bakal ditayangkan pada dua tarikh tersebut. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton filem-filem dari negara Asean dan China dilokasi dan tarikh yang dinyatakan.
1 Pokemon The Movie: I Choose You!
Genre: Anime
Pengarah: Kunihiko Yuyama
Pelakon: Unsho Ishizuka, Rica Matsumoto, Ikue Otani, Megumi Hayashibara
Edaran: Primeworks Studios
Tarikh Tayangan: 7 Disember 2017
Sinopsis
Filem animasi Jepun yang disampaikan dalam bahasa Jepun dan Inggeris ini mengisahkan seorang budak lelaki Ash Ketchum mempunyai impian untuk mengembara dunia dan mendapatkan gelaran Pokemon Master. Ash teruja apabila dia dapat menjadi Pelatih Pokemon setelah menyambut ulang tahun ke-sepuluhnya. Selepas datang lewat untuk mengambil Pokemon pertamanya daripada seorang Profesor tempatan, Ash bertembung dengan Pikachu dan bersamanya dia memulakan kehidupan sebagai Pelatih Pokemon.
2. Jibam
Genre: Drama
Pengarah: Che Mie
Pelakon: Mohd. Ariff Abdullah, Bohari Ibrahim, Syafie Naswip, Kazar Saisi
Edaran: Empire Film Solution
Tarikh Tayangan: 7 Disember 2017
Sinopsis
Diadaptasikan dari Novel karya Ujang, Jibam mengisahkan tentang seorang kanak-kanak istimewa bernama Jibam. Dia mewarisi bakat mengubati orang daripada ayahnya. Walaubagaimanapun, dia sering diejek oleh budak-budak kampung kerana sikapnya pelik iaitu suka mengumpul tin-tin kosong dan menyeretnya dengan tali.
3. Wonder
Genre: Drama
Pengarah: Stephen Chbosky
Pelakon: Julia Roberts, Owen Wilson, Jacob Tremblay
Edaran: TGV Pictures
Tarikh Tayangan: 7 Disember 2017
Sinopsis
Auggie Pullman adalah seorang budak lelaki yang kecacatan wajah dan telah keluar-masuk ke hospital untuk beberapa tahun. Dengan bantuan ibunya, Isabel, dan bapanya, Nate, dia cuba untuk menyesuaikan diri di sekolah baru dan buktikan kepada semua orang bahawa dia seorang budak normal. Dia kemudian telah mengajar orang di sekeliling bahawa kecantikan bukan diukur dari segi luaran sahaja.
4. Jeepers Creepers 3
Genre: Seram
Pengarah: Victor Salva
Pelakon: Jonathan Breck, Meg Foster, Gabrielle Haugh, Chester Rushing
Edaran: RAM Entertainment
Tarikh Tayangan: 7 Disember 2017
Sinopsis
Berlatarkan di antara filem pertama dan kedua, Sheriff Dan Tashtego dan pasukan pemburunya meminta bantuan pegawai Davis Tubbs untuk menghapuskan Creeper buat selama-lamanya. Tetapi Creeper melawan dengan mengganas di ladang penduduk komuniti tempatan, setelah mengetahui manusia semakin hampir menemui asal usulnya yang gelap dan penuh misteri.
5. Slumber
Genre: Seram
Pengarah: Jonathan Hopkins
Pelakon: Maggie Q, Will Kemp, Sylvester McCoy, William Hope
Edaran: GSC Movies
Tarikh Tayangan: 7 Disember 2017
Sinopsis
Alice adalah seorang doktor dengan pemikiran rasional tetapi sering dihantui oleh kematian misteri adiknya. Ketika melakukan pemeriksaan terhadap sebuah keluarga yang mempunyai masalah tidur, Alice diserang oleh bapa keluarga itu dalam tidurnya. Si bapa kemudian telah ditangkap dan dipenjarakan. Bagaimanapun masalah menjadi lebih teruk kepada keluarga itu dan Alice kini perlu mengenepikan ajaran saintifiknya dan menerima yang keluarga itu dihantui oleh Night Hag, syaitan parasitik yang menyerang mangsa ketika mereka tidur. Untuk menentang roh jahat itu, Alice perlu berdepan dengan mimpi ngerinya.
6. Ferdinand
Genre: Animasi
Pengarah: Carlos Saldanha
Pelakon: John Cena, Kate McKinnon, Gina Rodriguez, Daveed Diggs, Gabriel Iglesias
Edaran: 20th Century Fox
Tarikh Tayangan: 14 Disember 2017
Sinopsis
Ferdinand adalah seekor lembu jantan yang lebih selesa duduk di bawah pokok menghidu bunga-bunga daripada bertarung dengan lembu jantan lain. Dia masih lagi bersikap lembut walaupun dia membesar menjadi seekor lembu jantan kuat, tetapi satu hari dia disalah pilih untuk pertarungan lembu jantan di Madrid.
7. Muse
Genre: Seram Ngeri
Pengarah: Jaume Balagueró
Pelakon: Elliot Cowan, Franka Potente, Ana Ularu, Joanne Whalley, Christopher Lloyd
Edaran: GSC Movies
Tarikh Tayangan: 14 Disember 2017
Sinopsis
Samuel Solomon seorang profesor sastera yang sering mendapat mimpi ngeri berulang sejak kematian teman wanitanya, yang mana dalam mimpi tersebut seorang wanita dibunuh dengan kejam. Apabila wanita dalam mimpinya ditemui mati dalam realiti, Solomon mula mencari penjelasan. Rachel, seorang wanita yang mendakwa turut mendapat mimpi mengenai pembunuh itu, membantu Solomon merungkai identiti wanita misteri itu.
8. Star Wars: The Last Jedi
Genre: Adventure, Sains Fiksyen
Pengarah: Rian Johnson
Pelakon: Mark Hamill, Daisy Ridley, Oscar Isaac, John Boyega, Carrie Fisher, Adam Driver
Edaran: Walt Disney Pictures
Tarikh Tayangan: 14 Disember 2017
Sinopsis
Filem kelapan dari francais “Star Wars” ini adalah kesinambungan dari filem pada tahun 2015, “Star Wars: The Force Awakens”. Dengan kebolehan yang baru diketahuinya, Rey mengambil langkah pertama ke dalam dunia Jedi dengan mengembangkan kemahirannya di bawah bimbingan Luke Skywalker. Dalam pada itu, Resistance bersiap sedia untuk bertarung dengan First Order. Bersama dengan Luke, Leia, Finn dan Poe, Rey menempuh pengembaraan untuk merungkai misteri Force dan rahsia masa lampau.
9. Deep
Genre: Animasi
Pengarah: Julio Soto Gurpide
Pelakon: Elisabeth Grey, Jess Harnell, Phil LaMarr, Dwight Schultz
Edaran: M2M Entertainment
Tarikh Tayangan: 14 Disember 2017
Sinopsis
Pada tahun 2100, manusia telah meninggalkan bumi, dan sekumpulan makhluk masih lagi hidup di lautan dalam. Ia berkisarkan tentang pengembaraan Deep si sotong kurita yang merupakan satu-satunya spesisnya yang masih hidup bersama dua rakannya: Evo si ikan dan Alice seekor udang. Apabila satu kemalangan telah memusnahkan rumah mereka, penjaga lautan The Kraken menghantar Deep dan rakannya untuk pengembaraan mencari rumah baru. Dalam misi ini, mereka disertai oleh Maura, seekor ikan belut. Pelbagai dugaan dan cabaran serta gelak ketawa mereka hadapi sepanjang pengembaraan mereka.
10. KL Wangan
Genre: Aksi Perlumbaan
Pengarah: Pekin Ibrahim
Pelakon: Pekin Ibrahim, Faizal Hussein, Emily Lim, Kazuto San
Edaran: Centro Pictures
Tarikh Tayangan: 21 Disember 2017
Sinopsis
Filem KL Wangan mengisahkan dua pelumba, Hong yang dilakonkan Kazuto Soon dan Yudi lakonan Faizal Hussein mempunyai sejarah di arena perlumbaan kereta biasa hingga kereta berkuasa besar.
11. Jumanji
Genre: Pengembaraan, Fantasi
Pengarah: Jake Kasdan
Pelakon: Dwayne Johnson, Kevin Hart, Jack Black, Karen Gillan, Nick Jonas, Alex Wolff, Rhys Darby, Bobby Cannavale, Robin Williams
Edaran: Sony Pictures Entertainment
Tarikh Tayangan: 21 Disember 2017
Sinopsis
Empat remaja telah ditelan ke dalam permainan video yang dipanggil Jumanji ketika membersihkan bilik stor mereka ketika menjalani tempoh tahanan di sekolah. Dalam dunia Jumanji, mereka perlu memilih karakter avatar dan cuba mengenepikan perbezaan mereka sekiranya mereka mahu meloloskan diri dari permainan itu.
12. All The Money In The World
Genre: Misteri, Jenayah
Pengarah: Ridley Scott
Pelakon: Michelle Williams, Mark Wahlberg, Charlie Plummer
Edaran: GSC Movies
Tarikh Tayangan: 28 Disember 2017
Sinopsis
Berikutan penculikan anaknya John Paul Getty III berusia 16 tahun, Gail yang terdesak cuba meminta bapanya yang merupakan taikun minyak untuk membayar wang tebusan anaknya. Apabila bapanya menolak, Gail terpaksa bekerjasama dengan pengurus bapanya dan bekas ejen CIA, Fletcher Chase, untuk meyakinkan Getty Sr. untuk mengubah fikirannya.
13. Ajin: Demi – Human
Genre: Aksi, Ngeri
Pengarah: Katsuyuki Motohiro
Pelakon: Takeru Sato, Gou Ayano, Tetsuji Tamayama, Yuu Shirota, Yudai Chiba, Rina Kawaei
Edaran: TGV Pictures
Tarikh Tayangan: 28 Disember 2017
Sinopsis
Selepas diisytihar mati dalam sebuah kemalangan, Kei Nagai mendapati dirinya terselamat dari kemalangan itu dan sebenarnya dia adalah dewa Ajin (separuh manusia, separuh dewa). Dianggap sebagai ancaman kepada manusia, kerajaan menangkap Kei dan menghantarnya ke pusat penyelidikan, di mana dia dijadikan bahan eksperimen. Sato, seorang pengganas dan juga Ajin, satu-satunya yang menolong Kei. Bagaimanapun, Kei kini dalam dilemma dan tidak tahu sama ada mahu terlibat dengan rancangan Sato atau tidak.
14. Pitch Perfect 3
Genre: Muzikal, Komedi
Pengarah: Elizabeth Banks
Pelakon: Anna Kendrick, Rebel Wilson, Hailee Steinfeld, Brittany Snow, Elizabeth Banks
Edaran: United International Pictures
Tarikh Tayangan: 28 Disember 2017
Sinopsis
Filem ketiga “Pitch Perfect” yang mengisahkan tentang pasukan acapella yang menyertai satu lagi pertandingan menyanyi ini dibintangi oleh Anna Kendrick, Rebel Wilson dan Brittany Snow
15. Battle Of The Sexes
Genre: Biopik, komedi, sukan
Pengarah: Jonathan Dayton, Valerie Faris
Pelakon: Emma Stone, Steve Carell, Sarah Silverman, Bill Pullman, Alan Cumming, Elisabeth Shue, Austin Stowell
Edaran: 20th Century Fox
Tarikh Tayangan: 28 Disember 2017
Sinopsis
Salah satu acara sukan paling ditonton pada tahun 1973 adalah perlawanan tenis di antara pemain wanita terhebat iaitu Billie Jean King dan bekas juara lelaki Bobby Riggs. Walaupun orang awam melihat ia adalah perlawanan sengit di gelanggang, di luar gelanggang kedua-dua mereka mempunyai masalah peribadi di mana King bergelut dengan seksualitinya dan Riggs perlu berdepan dengan ketagihan berjudi.
16. The Greatest Showman
Genre: Drama Muzikal
Pengarah: Michael Gracey
Pelakon: Hugh Jackman, Zac Efron, Rebecca Ferguson, Michelle Williams
Edaran: 20th Century Fox
Tarikh Tayangan: 28 Disember 2017
Sinopsis
Muzikal ini diangkat dari kisah sebenar P.T. Barnum, ketika dia mencipta sarkas tiga gelanggang, Ringling Bros. dan Barnum & Bailey Circus, yang membuatnya menjadi terkenal. Ia juga memaparkan tentang dirinya yang obses dengan Jenny Lind, seorang penyanyi yang digelar Swedish Nightingale.