Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan Trivia

Filem-Filem Melayu Klasik Yang Boleh Di Stream Di SIAR

Kepada peminat filem-filem Melayu klasik, anda kini berpeluang untuk menonton kembali filem kegemaran anda di laman streaming Siar.my dengan bayaran serendah RM10 sebulan. Siar.my menawarkan variasi genre dan pelbagai koleksi filem-filem klasik tempatan serta filem-filem terkini. 

Buat masa ini, hanya beberapa filem popular tempatan tersedia di Siar.my, dan dijangka lebih banyak filem akan diletakkan dalam senarai kandungan di masa hadapan. Disini kami, kongsikan filem-filem melayu klasik yang telah tersedia dilaman streaming SIAR. 

Menanti Hari Esok (1977)

Filem ini adalah sebuah drama berat yang bertemakan kerosakan akhlak anak-anak daripada keluarga pertengahan di dalam masyarakat Melayu kerana kurangnya pendidikan agama yang diberikan kepada mereka. Filem ini memaparkan bahawa kejayaan karier seseorang di luar rumah tidak bererti dia juga berjaya mendidik anak-anaknya. Cikgu Talib berjaya menjalankan tugasnya sebagai seorang guru besar tetapi gagal mendidik dua orang anaknya sendiri, Jalil dan Ayu, dengan didikan yang sempurna. Di samping beliau sendiri menanti hari-hari maut kerana menghidap barah.

Tiada Esok Bagimu (1979)

Tiada Esok Bagimu mendedahkan kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalam masyarakat atasan yang terdiri daripada Yang Berhormat, peguam dan arkitek muda. Masing-masing mempunyai citarasa dan nafsu yang berlainan. Sebagai orang berpengaruh, Yang Berhormat menggunakan kedudukannya bagi menodai gadis yang lemah. Manakala peguam muda pula mempersoalkan nama baik dan taraf setelah ditunangkan dengan gadis yang ternoda. Arkitek muda tersebut mengabaikan unsur seni Melayu. Filem ini juga membentangkan persoalan kasih sayang di dalam sesebuah keluarga

Tuan Badul (1979)

Ibrahim bekerja di Badul Holdings Sdn Bhd sebagai Pengurus Besar dan digelar GM. Dia adalah seorang yang sangat garang di pejabat tetapi takut pada isterinya Norlia. Dia mempunyai pembantu rumah bernama Nor. Pada suatu hari, Tuan Badul melawat tanah miliknya yang menjadi perkampungan setinggan. Tuan Badul ingin menyuruh orang-orang kampung berpindah, tetapi apabila dia bertemu dengan Nor yang hidup serba kekurangan di situ, segala-galanya berubah. Tuan Badul mencuba berbagai cara untuk memikat Nor, tambahan pula setelah mengetahui bahawa Nor bekerja sebagai orang gaji GM.

Abang (1981)

Seorang anak sulung dan juga pewaris kepada sebuah keluarga berada di Kuala Lumpur pulang ke rumah selepas pergi ke London sedekad yang lalu. Keluarganya bergolak dengan emosi sejak kepulangannya, ketika dia berusaha untuk meneruskan kehidupan seperti biasa untuk menjaga rahsianya sendiri.

Esok Masih Ada (1980)

ASP Zamri adalah seorang pegawai kanan polis yang berjaya, tetapi gagal membina sebuah keluarga bahagia. Kematian anaknya akibat penyakit leukemia, menghampakan hidupnya. Perkenalannya dengan Marina, anak gadis Encik Cheong, seorang pengurus Malayan Banking Berhad (kini Maybank) membibitkan kemesraan. Segalanya berpunca apabila ASP Zamri membebaskan Encik Cheong dari tawanan sekumpulan ahli kongsi gelap yang merompak banknya dan menjadikannya sebagai tebusan. Marina sebenarnya ada hubungan dengan Albert. Albert pula mempunyai hubungan dengan Ramon, ketua kumpulan kongsi gelap. Albert sebenarnya hanya mempergunakan Marina bagi tujuan jenayahnya apabila beliau menyuruh Ramon menculik Marina. Namun, Marina berjaya diselamatkan selepas Albert dan Ramon berjaya ditumpaskan dalam dua serbuan polis yang berasingan. Kerana simpati pada Zamri yang inginkan anak, Cheong mendesak Marina berkahwin dengan Zamri. Mereka berkahwin walaupun mendapat tentangan daripada ibu Marina. Perkahwinan itu di kurniakan seseorang anak lelaki yang bernama Jefri, yang kemudiannya di serahkan kepada Faridah, isteri pertamanya. Zamri banyak menghabiskan masa bersama Faridah dan Jefri. Marina merasakan kehausan kasih sayang.

Bukit Kepong (1981)

” alt=”” aria-hidden=”true” />

Berdasarkan dari peristiwa sebenar serangan komunis terhadap balai polis Bukit Kepong. Diarah dan dibintangi allahyarham Tan Sri Datuk (Dr.) Jins Shamsuddin, Bukit Kepong memaparkan semangat perjuangan oleh anggota polis dan masyarakat tempatan di Bukit Kepong melawan 180 pengganas komunis sehingga ke titisan darah yang terakhir. Filem ini memenangi lapan anugerah dalam Festival Filem Malaysia ke-3, temasuk Filem Terbaik.

Da Di Du (1981)

 

Mengisahkah tiga sahabat Badu (A. R. Badul) Badi (Yahya Sulong) dan Bada (Ibrahim Pendek) yang baru berjumpa akibat kisah silam yang tidak menyebelahi lantas mereka mengambil keputusan untuk berguru dengan Tok Guru (Mahmud June) dan setelah latihan tamat mereka balik ke kampung halaman untuk membalas dendam.

Kami (1982)

Filem ini mengisahkan dua orang yang masih mentah usianya, Tookoo dan Din, yang melarikan diri daripada rumah penjaga mereka untuk mencari kebebasan dan rezeki di bandar.

Pada mulanya, mereka bukanlah rakan sekampung dan mempunyai negeri masing-masing sehinggalah mereka bertemu dalam satu peristiwa dimana Din meredah hujan seorang diri untuk menuju ke rumah banglo tinggalan yang terlebih dahulu dihuni oleh Tookoo. Din, yang ingin bersama dengan Tookoo, tidak disenangi Tookoo pada mulanya sehinggalah menerima Din sebagai sahabatnya.

Mengikut perjalanan filem ini, Tookoo menyimpan hasrat untuk menjadi seorang bintang penyanyi dan menceritakan impiannya kepada Din. Tookoo dengan hanya belajar setakat darjah enam dan Din yang masih budak, mereka hidup begitu melarat dan sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan termasuk mencuci kereta dan mengutip sampah untuk dijual di kilang kitar semula semata-mata untuk mencari sesuap rezeki. Mereka hanya mampu tinggal dirumah kosong dengan beralaskan kertas kotak sebagai tempat tidur.

Persahabatan mereka begitu akrab dan ianya dibuktikan iaitu pada satu-satu plot, mereka sama-sama diugut dan dipukul oleh penebas-penebas laman rumah, babak Din mengejar Tookoo yang dibawa sehingga ke Balai Polis atas kerana kesilapan penangkapan penjenayah, dan kesungguhan Tookoo dalam membantu Din supaya pulih akibat dilanggar kereta.

Sikit Punya Gila (1982)

Dharma dan Hamid berjiran dengan Nora dan Norlia. Mereka berempat menyewa rumah dari Pak Brahim, yang beristerikan Yusni. Hamid berniaga kecil-kecilan menjual jagung rebus untuk menampung kehidupannya yang serba kekurangan. Dharma juga sering bermasalah di tempat kerja. Mereka berdua mencuba berbagai cara untuk mencari wang dan menjadi kaya dengan cara yang mudah. Namun, nasib malang sentiasa melanda hidup mereka. 

 

Azura (1984)

Seorang budak lelaki dari keluarga kaya selalu bersosial dengan kumpulan rakan yang salah. Dia sangat nakal dan selalu terlibat dalam pergaduhan geng. Suatu hari dia bertemu dengan seorang gadis dan jatuh cinta padanya. Gadis itu, Azura, kemudian mengubah perwatakan budak lelaki itu dan dia menjadi seorang yang baik. Dia melamar Azura tetapi perkahwinan mereka ditentang oleh ibu bapanya kerana Azura berasal dari keluarga miskin. Walaupun dihalang ibu bapanya, dia tetap mengahwini Azura dan meninggalkan semua harta keluarganya. Semuanya sempurna sehingga suatu hari Azura didapati hamil. Suaminya mengesyaki bahawa bayi yang dikandung bukan miliknya. Perselisihan faham kemudian timbul di antara mereka.

Suara Kekasih (1986)

Filem Suara Kekasih mengisahkan percintaan seorang penyanyi kelab malam dengan seorang pemuda kaya tidak mendapat restu daripada ibunya. Ibu penyanyi itu melarang dia bercinta dengan pemuda kaya kerana tidak mahu anaknya dihina. Keluarga pemuda itu juga ingin menjodohkan dia dengan wanita pilihan mereka.

Kembar Siam (1989)

2 orang pemuda yang mempunyai wajah yang serupa walaupun tidak mempunyai apa-apa perhubungan. Seorang ialah anak kampung yang ingin menjadi pelakon filem terkenal tetapi gagal kerana tidak berkelulusan tinggi, dan seorang lagi ialah pelakon filem terkenal yang sudah bosan dengan dunianya & inginkan kebebasan. Mereka bertemu dan menukar peranan masing-masing hingga menimbulkan kekeliruan dan kekecohan.

Adik (1990)

Filem ini mengenai seorang abang yang baik dan bertanggungjawab mempunyai adik kurang upaya.

XX-Ray (1992)

Penemuan XX Ray – alat yang memboleh seseorang melihat menembusi sesuatu objek, menjadi malapetaka apabila Anuar menyeludupnya keluar dan membawanya ke satu majlis. Dalam usaha untuk mendapatkan kembali alat tersebut dari Karim, Amir menjadi halimunan. Amir dan Anuar perlu mendapatkan alat itu kembali dari Karim, atau Amir akan kelak menjadi halimunan.

 

XX-Ray  II (1995)

Johan dan Tina adalah saintis kadet di pusat sains. Johan mendakwa bahawa dia mencipta mesin pelupusan laser yang sebenarnya ia adalah idea Tina. Tina meminta bantuan Amir, ahli astronomi, untuk membantunya menghalang Johan daripada menggunakan mesin tersebut. Amir dan Tina menyelinap ke pusat tersebut untuk menghancurkan mesin tetapi dihalang oleh Johan dan Shima. Mesin yang beroperasi sendiri tiba-tiba memancarkan pancaran laser ke atas mereka dan mereka dibawa ke zaman Kesultanan Melaka. Mereka menyaksikan konflik antara Hang Tuah dan Hang Jebat. Amir cuba mengubah sejarah dengan menghalang Hang Tuah membunuh Hang Jebat, tetapi dia gagal melakukannya.

Abang 92 (1993)

Imran menanggung tanggujawab sebagai penjaga kepada adik-adiknya , Adibah, Azura, Izam dan Azmah apabila kedua-dua ibu bapa mereka, Zainal Abidin dan Wan Atikah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Pada awalnya, dia ingin menyerahkan tanggungjawab kerpada Pak Long dan Pak Surya, tettapi menukar fikiran setelah mengetahui bahawa kedua-dua pakciknya selalu menyeleweng wang syarikat dan ingin menguasai syarikat bapanya. Dia meminta nasihat daripada peguam bapanya, Firdaus Wahidin bagi menyelesaikan masalah syarikatnya. Firdaus menugaskan anaknya, Farah Hanum, seorang peguam untuk membantu Imran. Terjalin satu hubungan yang erat antara mereka yang menimbulkan marah dan resah pada Pak Long dan Pak Surya. Tercapailah hasrat mereka untuk menguasai syarikat Imran?

Sembilu (1994)

Percintaan Wati dan penyanyi Rock Awie mendapat restu keluarga Wati, tetapi tidak bagi abangnya iaitu Azman. Azman mempunyai sejarah hitam dengan penyanyi dan dia berusaha memisahkan hubungan adiknya dengan Awie. Ziana, seorang penyanyi baru, telah jatuh hati pada Awie, dan sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapatkan Awie. 

Sembilu  II (1995)

Selepas Azman dipenjara kerana membakar rumah Awie, Wati mengambilalih perniagaan keluargannya. Percintaan Awie dan Wati berjalan lancar, tetapi Azman masih mempunyai rancangan untuk memisahkan kedua-dua mereka. Kesetian sekali lagi teruji apabila Ziana mengatur langkah, dan lebih memburukkan keadaan, kehadiran Syamsul yang jatuh hati pada Wati dan berhasratkan untuk memperisterikannya.

Ghazal Untuk Rabiah (1997)

Percintaan Jamal dan Rabiah mendapat tentangan daripada bapa Jamal dan juga Eddy yang pernah menyelamatkan Rabiah serta pernah membantunya mendapatkan tempat perlindungan. Eddy yang sudah beristeri mencintai Rabiah dan mahu menjadikan Rabiah perempuan simpanannya.

Jogho (1999)

Filem mengisahkan hidup mamat seorang juara lembu, merajuk dan membawa keluarga dari Kelantan dan tinggal bersama banana, Lazim di Petani pada hujung tahun 70-an di satu perlawanan lembu, Lazim ditembak mati oleh Pak Isa yang kemudian lari bersembunyi. Ini membuat Mamat terpaksa mencari Isa untuk menyelesaikan masalah yang padanya masalah peribadi dan juga menjadi masalah masyarakat disitu. Filem ini juga cuba menyingkap persoalan dijiwa Mamat dan juga persoalan wanita didalam konteks hidup yang Mamat amalkan di tempat itu.

Seri Dewi Malam (2001)

Ketika isterinya Seri jatuh koma, Azri mendapati bahawa dia masih boleh berkomunikasi dengannya dengan mendapatkan bantuan daripada Dewi, seorang gadis buta dengan abiliti untuk membaca minda. 

Sumber:

  1. Siar.my
  2. Wikipedia
  3. Blog Filem Malaysia
  4. IMDb

Related posts

Mawi Kembali Dengan Filem Terbaru Berjudul “Hantu Kuat Ketawa”

Kakimuvee

Projek Sekuel “Ejen Ali The Movie” Telah Bermula!

Kakimuvee

9 Times We Had A Serious Case Of Second Lead Syndromes

Zulaikha

Viu Dedah Poster Pertama “Keluarga Baha Don” Musim Kedua

Kakimuvee

Sharnaaz Ahmad Kembali Ke VIU Dalam Siri Komedi Terbaru “Isteri Misteri”

Kakimuvee

Rating “Miimaland” Di IMDb Hampir Menyamai “Avengers: Endgame”

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating