Trivia

Filem-Filem Marvel Fasa 4, Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini

Views

Infinity Saga telahpun berakhir, kini pengakhiran fasa 3 Marvel Cinematic Universe (MCU) pun semakin hampir ke penghujung menerusi filem Spider-Man: Far From Home. Tetapi bos Marvel Studios masih berteka teki mengenai filem apakah yang bakal mengisi slot dalam fasa 4 MCU.

Walaupun Marvel Studios telah mengumumkan jadual tayangan filem-filem fasa 4 MCU, tidak banyak diketahui mengenai filem yang bakal ditayangkan nanti. Hanya beberapa filem sahaja yang dapat disahkan menerusi jadual penggambaran dan pembangunan produksi filem.

Tarikh tayangan filem-filem Marvel:

  • May 1, 2020
  • November 6, 2020
  • February 12, 2021
  • May 7, 2021
  • November 5, 2021
  • February 18, 2022
  • May 6, 2022
  • July 29, 2022

Sementara menantikan pengumuman Marvel Studios mengenai perancangan fasa 4 MCU (yang mungkin akan diumumkan dalam Comic Con San Diego akan datang), mari kita lihat filem-filem Marvel yang sah akan ditayangkan dan dikatakan turut berada dalam radar fasa 4 MCU.

Telah Disahkan!

Black Widow (ETA: 2020)

Akhirnya Black Widow telah mendapat filem solonya sendiri. Black Widow dilaporkan telah memulakan penggambarannya di Ørsta, Norway pada penghujung Mei yang lalu. Filem ini akan diarahkan pengarah filem wanita yang kurang dikenali iaitu Cate Shortland. Walaupun karakter ini telah mati dalam filem Avengers: Endgame, ura-ura mengatakan time Black Widow akan berada diantara Captain America: Civil War dan Avengers: Infinity War.

The Eternals (ETA: 2020)

Sedikit maklumat tentang filem ini. Bagaimanapun beberapa nama besar dalam dunia lakonan seperti Angelina Jolie dan Keanu Reeves telah dikaitkan dengan filem ini termasuklah beberapa nama lain seperti Kumail Nanjiani dan pelakon Game of Thrones, Richard Madden. The Eternal akan diarahkan oleh Chloé Zhao.

Doctor Strange 2 (ETA: 2021)

Walaupun sekadar muncul dalam satu filem solo, populariti karakter Doctor Strange memuncak terutamanya dalam filem Avengers: Infinity War. Filem mengenai ahli sihir ini juga telah disahkan akan berada dalam jadi fasa 4 MCU dan penggambaran filem akan bermula pada Januari tahun hadapan di United Kingdom

BACA:  8 "perkara gila" dalam The Fate of The Furious

Shang-Chi (ETA: 2021)

Ingin mengulangi kejayaan filem superhero kulit hitam, Black Panther, Marvel Studios mencuba sesuatu yang baru apabila bakal menghasilkan filem superhero dari Asia pula iaitu Shang-Chi. Pembangunan ini masih diperingkat awal dan pemilihan pengarah berketurunan Asia iaitu Destin Daniel Cretton sudah cukup untuk mengesahkan Shang-Chi menjadi salah satu filem dalam fasa 4 MCU. Fun fact, semua tenaga kerja dan pelakon berkemungkinan 90% made in Asia!

Black Panther 2 (ETA: 2021)

Melihat kejayaan filem pertama Black Panther, Kevin Fiege tidak menunggu lama apabila mengesahkan Black Panther 2 akan berada dalam jadual fasa 4 MCU. Ryan Coogler akan kembali mengarah filem ini, dan lebih menarik! Michael B. Jordan yang membawakan watak Erik Killmonger dikhabarkan akan kembali dalam sekuel akan datang

Guardians of the Galaxy Vol. 3 (ETA: 2022)

James Gunn yang sebelum ini dipecat oleh Disney telah diambil kembali untuk mengarahkan filem ketiga Guardians of the Galaxy. Tetapi peminat mungkin terpaksa menunggu sedikit lama kerana pengarah tersebut kini sedang dalam projek terbarunya bersama Warner Bros. / DC iaitu filem The Suicide Squad. Dijangkakan filem ini akan memulakan produksi pada tahun 2020 / 2021. Cuma sedikit persoalan disini, adakah Gamora akan dihidupkan?

Thor 4

Berkemungkinan besar, filem ke-4 God of Thunder ini mungkin akan dihasilkan dan Taika Waititi mungkin akan turut kembali mengarahkan filem ini. Buat masa ini, Thor 4 sekadar khabar angin dan mungkin filem ‘Thor 4’ yang dimaksudkan adalah Guardians of the Galaxy Vol. 3

BACA:  Kisah Sebenar Disebalik Filem Arahan Steven Spielberg, Saving Private Ryan

Update 17 Julai 2019: Thor 4 akan dihasilkan dengan pengarah Taika Waititi akan kembali kembali menduduki kerusi pengarahan. Klik sini untuk maklumat lanjut

RUMORS

Ant-Man 3

Ant-Man merupakan karakter Marvel yang sukses tetapi filem ketiganya masih lagi menjadi tanda tanya. Paul Rudd baru-baru ini ada meminta peminat membuat petisyen untuk ‘mendesak’ Marvel Studios menghasilkan filem Ant-Man 3 dan terdapat juga khabar angin filem ini berada dalam jadual fasa 4 MCU, cuma belum didedahkan lagi.

Captain Marvel 2

Filem solo wanita pertama Marvel, Captain Marvel telah memberikan pulangan yang banyak kepada Marvel Studios. Dengan kutipan yang mencecah $1.23 billion itu sudah cukup memberi ‘hint’ kepada mereka untuk menghasilkan sekuel ini. Apapun Kevin Feige pernah berjanji akan hasilkan sekuel Captain Marvel, cuma ia perlu menunggu masa untuk Marvel Studios mengumumkannya.

Fantastic Four

Walaupun telah berjaya membawa pulang X-Men dan Fantastic Four ke rumah mereka sendiri, agak sukar sebenarnya penonton ingin melihat Avengers dan X-Men bergabung dalam masa terdekat ini. Kevin Feige sebelum ini memberitahu bahawa filem-filem X-Men dan Fantastic Four mungkin tidak akan dimasukkan didalam MCU sekurang-kurangnya dalam tempoh 5 tahun ini. Bagaimanapun, khabar angin terbaru mendedahkan Fantastic Four akan menyertai keluarga MCU lebih awal iaitu menjelang tahun 2020 (tarikh tayangan). Harap khabar angin ini menjadi kenyataan, mungkin kita boleh lihat John Kransinki dan Emily Blunt sebagai Reed Richard dan Susan Storm kan?

Blade

Trilogi Blade pada diterbitkan pada awal 2000 sebenarnya telah banyak menyelamatkan Marvel. Filem ‘r’ rated itu berjaya menarik kembali peminat-peminat Marvel. Bekas pelakon filem antihero ini, Wesley Snipes dikhabarkan telah bertemu Marvel Studios untuk menghidupkan kembali watak Blade dalam MCU dan bos Disney, Bob Iger pun sanggup untuk membuka filem superhero ‘r’ rated seperti Deadpool. Jadi sudah tiba masanya Marvel untuk membalas jasa Blade yang banyak menyelamatkan mereka.

Dark Avengers

Beberapa bulan yang lalu, laman The Hashtag Show mendedahkan Marvel telah menyiapkan skrip untuk filem yang berkisarkan tentang kumpulan Dark Avengers. Kumpulan tersebut terdiri daripada ‘villain’ yang mengambil alih tugas kumpulan Avengers, dan mereka diketuai Norman Osborn. Filem Dark Avengers masih lagi dianggap khabar angin.

BACA:  Sony Berpeluang Memiliki Kesemua Karakter Utama Marvel

The Ultimates

Menurut artikel dari HN Entertainment, Marvel Studios dikhabarkan sedang merancang sebuah filem mengenai kumpulan superhero Marvel yang mirip seperti The Avengers. Filem yang dimaksudkan The Ultimate. 

Artikel itu turut menyebut, The Ultimate akan menjadi sebahagian daripada usaha Marvel Studios untuk menerokai dunia ‘multiverse’ dan ‘alternate reality’ yang mula diperkenalkan dalam filem Avengers: Endgame. Bagaimanapun, The Ultimates masih boleh dianggap khabar angin.

Selain itu juga, terdapat beberapa khabar angin mengenai perancangan filem-filem fasa4 MCU. Turut dikaitkan adalah Nova, The Sentry, Namor, Moon Knight, dan Avengers 5

Mengenai filem Avengers 5, Bob Iger pernah mengeluarkan kenyataan mengenai francais baru selepas Avengers tetapi tidak melupakan filem Avengers seterusnya.

“We meet on a regular basis with our Marvel team, and we’ve plotted out Marvel movies that will take us well into the next decade,” Iger said on the call. “I’m guessing we will try our hand at what I’ll call a new franchise beyond Avengers, but that doesn’t necessarily mean you won’t see more Avengers down the road. We just haven’t made any announcements about that.”

Apapun kita nantikan pengumuman Marvel Studios mengenai fasa 4 Marvel Cinematic Universe

Tinggalkan Balasan

shares