Tajuk dan tayangan rasmi filem MCEU untuk fasa 3.
Spider-Man: Homecoming – 7 Julai, 2017
Ia memakan masa bertahun-tahun rundingan, akhirnya Marvel dan Sony akhirnya mencapai perjanjian sepakat untuk membawa Peter Parker, Spider-Man, kembali ke ‘tempat asal’. Penampilan pertama watak ini untuk Marvel Cinematic Universe adalah dalam Captain America: Civil War (2016), dan akan mempunyai filem solonya sendiri dibawah MCU (bukan sepenuhnya, Sony ‘pinjamkan’) pada tahun 2017, bertajuk Spider-Man: Homecoming.
Film ini akan memberi peluang pertama bagi Tom Holland untuk membintangi film solo ‘labah-labahnya’, meskipun tidak banyak yang diketahui tentang plot filem ini. Pengarah Jon Watts dan penulis skrip John Francis Daley dan Jonathan M. Goldstein telah menjanjikan sebuah kisah zaman akil baligh ala John Hughes, dan sebahagian besar pemain utama terdiri dari teman sekelas Peter Parker, termasuk pelakon Zendaya dan Tony Revolori (yang akan membawa watak Flash Thompson). Marisa Tomei akan memgang peranan sebagai Makcik May di Marvel Cinematic Universe, dan Michael Keaton menandatangani kontrak untuk memainkan versi watak The Vulture. Juga, Robert Downey Jr. akan membawa Tony Stark ke Homecoming.
Thor: Ragnarok – 3 November, 2017
Watak-watak utama dari The Avengers: Age of Ultron yang tidak ada di Captain America: Civil War adalah Thor dan The Hulk – tetapi bernasib baik, kita akan dapat melihat kedua-dua watak-watak ini lagi dalam Fasa 3 MCU. Dewa petir dan raksasa hijau akan bekerjasama dalam pengembaraan di Thor: Ragnarok.
Tidak banyak yang benar-benar diketahui tentang perkembangan atau plot filem Thor: Ragnarok, arahan Taika Waititi ini. Tetapi berdasarkan trailer, Loki membebaskan Hela yang dipenjara sejak berdekad lalu (dalam komik, Hela adalah anak Loki). Ketika Hela menghadapi Thor, dia mengusirnya ke perlawanan gladiator di planet Sakaar, di mana rambutnya dipotong dan dia kehilangan Mjolnir. Valkyrie merekrut Thor ke arena untuk menghadapi Hulk, juara arena. Chris Hemsworth dan Mark Ruffalo jelas-jelas akan berada dalam filem, disamping itu pelakon-pelakon lain termasuk Tom Hiddleston sebagai Loki, Cate Blanchett, Idris Elba, Jeff Goldblum, Karl Urban, Anthony Hopkins, dan Tessa Thompson.
Black Panther – 16 Februari, 2018
Memulakan 2018 dan bakal menjadi filem Marvel Studios pertama untuk tahun 2018 dan dikeluarkan pada bulan Februari adalah Black Panther, yang akan dibintangi Chadwick Boseman sebagai wira Afrika dan penampilan sulung pertamanya dalam Marvel Cinematic Universe adalah di Captain America: Civil War. ia akan membawa kita jauh ke dalam dunia rahsia Wakanda, negara Afrika terpencil jauh lebih maju daripada mana-mana masyarakat di Bumi, terima kasih kepada lombong Vibranium mereka (bahan yang perisai Captain America dibuat).
Kerana filemnya masih dalam perkembangan awal, tidak banyak maklumat yang boleh kita dapat. Pengarah Ryan Coogler, akan menjadi orang yang bertanggung jawab untuk membuat filem pertama tentang Raja dan pelindung Wakanda. Pelakon yang akan berkerjasama dengan Chadwick Boseman dalam filem tersebut adalah Michael B. Jordan sebagai Erik Killmonger, dan Lupita Nyong’o dan Danai Gurira sebagai anggota Dora Milaje.
The Avengers: Infinity War – 4 Mei, 2018
Kisah Avengers ketiga rupanya sangat besar sehingga Marvel harus membahaginya dalam dua filem – yang pertama akan ditayangkan di pawagam pada musim panas 2018 (tetapi tak ada Part 1 atau Part 2). Apakah Avengers sudah sedia menghadapi Thanos? Kerana Mad Titan (Josh Brolin) akan datang, dan dia akan menentang sehabis-habisan untuk mendapatkan semua Infinity Stones mistik – koleksi ‘logam’ yang memberi kekuatan luar biasa bagi mereka yang memilikinya. Iaitu The Space Stone, The Power Stone, The Reality Stone, The Mind Stone, The Time Stone dan The Soul Stone.
Ditulis dan diarahkan oleh pasukan dari Captain America: Civil War, The Avengers: Infinity War akan menampilkan pada dasarnya setiap karakter di Marvel Cinematic Universe.
Ant-Man And The Wasp – 6 Julai, 2018
Tiada apa-apa telah disahkan secara rasmi tentang plot filem Ant-Man And Wasp, walaupun kita tahu bahawa Paul Rudd, Evangeline Lilly, Michael Douglas, dan Michael Pena akan kembali sebagai Scott Lang (aka Ant-Man), Hope Van Dyne (aka The Wasp), Hank Pym dan Luis. Ia telah dikhabarkan bahawa filem ini bukan sahaja akan melihat pengembaraan versi moden Ant-Man dan The Wasp, tetapi juga mempunyai banyak imbasan tentang zaman muda Hank Pym dan Janet Van Dyne.
Captain Marvel – 8 Mac, 2019
Menurut Presiden Marvel Studios, Kevin Feige, peminat tidak boleh terlalu mengharapkan untuk melihat Carol Danvers/Captain Marvel (dimainkan oleh pemenang Oscar Brie Larson) dalam filem Avengers: Infinity War sehinggalah filem solo beliau pada tahun 2019, yang akan menunjukkan bahawa filem akan menceritakan asal watak itu – yang melibatkan beliau terperangkap dalam radius letupan suatu letupan Kree dan menjadikan DNA beliau terubah.
Avenger 4, sekuel kepada Avengers: Infinity War (belum diberi tajuk) – 3 Mei, 2019
Mungkin filem keempat Avengers ini akan menampilkan kebanyakan muka-muka baru? kerana ada teori dan khabar angin yang mengatakan ramai ahli-ahli Avengers akan ‘mati’ dalam Infinity War dan ada mungkin yang dah ‘cuci tangan’.
Ini merupakan filem MCU fasa 3 yang kita dah saksikan:
Captain America: Civil War (2016)
Doctor Strange (2016)
Guardians Of The Galaxy Volume 2 (2017)
Iron Man (2008)
The Incredible Hulk (2008)
Iron Man 2 (2010)
Thor (2011)
Captain America: The First Avenger (2011)
The Avengers (2012)
Iron Man 3 (2013)
Thor: The Dark World (2013)
Captain America: The Winter Soldier (2014)
Guardians of the Galaxy (2014)
The Avengers: Age of Ultron (2015)
Ant-Man (2015)