Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Asia

Joko Anwar Dedahkan Filem-Filem & Karakter Superhero Indonesia “Jagat Sinema Bumilangit Jilid I”


Industri perfileman Indonesia melangkah setapak lagi apabila memperkenalkan dunia sinematik adiwira mereka sendiri yang digelar Jagat Sinema Bumilangit atau Bumilangit Cinematic Universe (BCU).

Untuk siri pertama atau juga dikenali sebagai BumiLangit Jilid 1, pengarah Joko Anwar telah mendedahkan beberapa filem serta karakter-karakter penting kepada para peminat filem adiwira di Indonesia dan juga Malaysia.

Sebagai permulaan, babak pertama Bumilangit Jilid 1 akan dimulakan dengan filem Gundala yang akan ditayangkan dipawagam Indonesia pada 28 Ogos ini. Filem tersebut akan memperkenalkan beberapa watak adiwira dan juga penjahat terutamanya watak utama iaitu Gundala lakonan Abimana Aryasatya.

Gundala¬†diadaptasikan dari karakter komik Gundala yang dicipta oleh Harya ‚ÄúHasmi‚ÄĚ Suraminata pada tahun 1969. Diarahkan oleh Joko Anwar,¬†Gundala¬†akan menceritakan asal usul Sancaka sebelum dan selepas dia memiliki kuasa petir dan mula menjadi adiwira untuk membanteras jenayah di kota Jakarta bersama-sama rakannya, Wulan (Tara Basro).

Filem pertama ini akan turut dibintangi pelakon seperti Ario Bayu, Cecep Arif Rahman, Rio Dewanto, Muzakki Ramdhan dan pelakon dari Malaysia, Bront Palarae yang akan memainkan peranan penjahat utama, Pengkor.


Bagi peminat-peminat adiwira tempatan yang teruja dengan Bumilangit Cinematic Universe (BCU), anda boleh lihat karakter-karakter dan filem BCU Jilid 1 yang diumumkan baru-baru ini dibawah.




Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru ‚ÄúCastaway Diva‚ÄĚ Park Eun Bin

Kakimuvee