Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Filem-Filem Hebat Yang Hampir Mendapat Sekuel


Kebiasaannya, filem-filem yang sukses, terutamanya dari segi komersial, pasti akan diteruskan dengan sekuel atau mungkin, dikembangkan menjadi sebuah francais. Namun, tidak semua filem asal dihasilkan sekuel. Ada filem yang pada asalnya memiliki perancangan, tetapi dibatalkan pada saat-saat akhir, dan ada juga tidak diteruskan kerana projek sekuel tidak mendapat lampu hijau dari pihak studio. 

Disini kami kongsikan senarai-senarai filem hebat yang hampir mendapat sekuel, tetapi dibatalkan atau tidak diteruskan atas sebab-sebab tertentu. 

1. E.T. the Extra Terrestrial (1982)

Beberapa bulan selepas filem E.T. meletup dipentas Box Office, Steven Spielberg dan penulis skrip Melissa Mathinson telah memulakan draf untuk menghasilkan filem sekuel E.T. II: Nocturnal Fear. Bagaimanapun, selepas diteliti segala idea dan melihat sekuel yang bakal dihasilkan itu tidak menarik seperti yang asal, Spielberg membuat keputusan untuk membatalkan perancangan sekuel.

Idea filem kedua dikatakan agak ‘dark’ dimana ia memaparkan makhluk asing jahat menculik serta mendera kanak-kanak sebelum E.T. datang menyelamatkan rakannya dari Bumi itu.

2. Dredd (2012)

Selepas filem adaptasi komik Judge Dredd lakonan Slyvester Stallone gagal dipawagam, pihak studio IM Global Television and Rebellion cuba untuk menghidupkan kembali francais Dredd dengan menampilkan filem yang lebih ganas. Bagaimanapun filem reboot lakonan Karl Urban itu tidak bernasib baik walaupun mendapat kritikan positif dari penonton dan peminat. Dredd hanya mampu meraih $41 juta dolar sedangkan modal pembikinan mencecah $45 juta dolar.


3. Taxi Driver (1976)

Taxi Driver dianggap sebagai salah satu filem terhebat sepanjang zaman. Bintang utamanya, Robert De Niro telah menyatakan minat untuk kembali sebagai Travis Bickle, veteran Perang Vietnam yang menjadi pemandu teksi. De Niro menyatakan hasrat itu kepada rakannya, yang juga pengarah Taxi Driver, Martin Scorsese.

Pengarah itu menyampaikan pesanan De Niro kepada penulis skrip Taxi Driver, Paul Schrader. Walaupun Schrader berkata ia adalah idea yang teruk, penulis tersebut tetap bertemu De Niro untuk membincangkan potensi sekuel. Namun setelah mendengar idea dari Schrader, De Niro membatalkan hasratnya kerana “tidak suka dengan idea yang yang dilontarkan penulis skrip itu.”

4. Beetlejuice (1988)

Dua tahun selepas penerbitan Beetlejuice, pengarah Tim Burton mengupah penulis drama Jonathan Gems untuk menulis filem di mana keluarga Deetz berpindah ke Hawaii supaya Charles boleh membangunkan resort. Ternyata, resort itu sedang dibina di atas tanah perkuburan purba yang membawa lebih banyak roh — termasuk Betelgeuse — kembali ke dalam kehidupan mereka.

Winona Ryder dan Michael Keaton dilaporkan bersetuju untuk kembali dalam filem sekuel, tetapi Burton sebaliknya terlibat dalam projek Batman Returns sebagai pengarah, dan kesannya? ia membunuh perancangan projek itu.

Beberapa tahun kemudian — pada 2015 — Winona Ryder dan Tim Burton mendedahkan bahawa, mereka sedang merancang sekuel, tetapi, malangnya pada tahun 2019, Tim Burton, apabila ditanya sama ada sekuel masih berlaku, dia berkata “Saya meraguinya”.

5. Forrest Gump (1994)

Selepas sahaja filem Forrest Gump berjaya meraih 6 anugerah Oscar, penulis novel Winston Groom menerbitkan novel Gump & Co., sekuel kepada novel pertama yang telah diangkat ke layar perak. Novel Gump & Co. telah beberapa kali cuba diangkat ke layar perak, malah Eric Roth juga telah menyiapkan skrip filem.

Skrip yang ditulis oleh Roth dikatakan merangkumi peristiwa-peristiwa besar pada tahun 80-an dan 90-an. Roth meletakkan Forrest di belakang O.J. Simpson, memaparkan Forest menari dengan Puteri Diana, dan meletakkannya berhampiran dengan pengeboman di Oklahoma City. Forrest juga memainkan peranan sebagai bapa tunggal yang membesarkan anaknya yang menghidap AIDS.

Roth menyerahkan skripnya pada 10 September 2001. Keesokan harinya, sudah tentu, adalah 9/11, yang mengubah segala-galanya. Roth berkata, apabila dia bertemu dengan Tom Hanks untuk membincangkan draf itu, “Kami memandang satu sama lain dan berkata, ‘Filem ini tidak mempunyai makna lagi.'”

Fakta menarik: Remake India bertajuk Laal Singh Chaddha lakonan Aamir Khan dan Kareena Kapoor akan ditayangkan pada 14 April 2022. 

6. Se7en (1995)

Penamat filem ‘pecah otak’, Se7en mungkin bukanlah penamat yang mengembirakan, tetapi ia adalah kesimpulan yang pasti. Namun bagi studio New Line Cinema, filem Se7en layak untuk diteruskan sekuel dan mereka telahpun memberikan tajuk iaitu Ei8ht serta menyiapkan skrip. Namun pengarahnya, David Fincher bersama-sama pelakon Brad Pitt dan Morgan Freeman menyatakan tidak berminat untuk meneruskan sekuel.

7. Ender’s Game (2013)

Filem aksi sains fiksyen adaptasi dari novel karya Orson Scoot Card hanya mampu mengaut keuntungan sebanyak $20 juta sahaja. Sayang, filem yang cukup bagus dan menarik tetapi tidak mampu untuk menjana keuntungan kepada pihak studio.

Pada 2014, Lionsgate dikhabarkan berminat untuk meneruskan sekuel filem ini serta mempertimbangkan untuk menghasilkan siri televisyen, tetapi tiada perkembangan lanjut selepas itu. Mungkin kegagalan dipentas box office membuatkan pihak studio berdiam diri.

8. Master and Commander: The Far Side of the World (2003)

Filem adaptasi dari Novel karya Patrick O’brian merupakan antara yang sukses pada tahunnya. Mendapat rating yang cukup tinggi di rottentomatoes dan IMDb. Selain itu juga, karya novel yang luas dan mempunyai pelbagai karakter membolehkan pihak studios untuk menghasilkan sekuel.

Bagaimanapun, sekuel filem ini tidak dapat diteruskan kerana terlampau sukar untuk diadaptasikan dari bentuk novel ke filem Malah semasa dalam pembikinan, mereka mengalami kesukaran untuk menyelesaikannya. Jadi keputusan telah dibuat, untuk tidak meneruskan kesinambungan filem ini.

9. Ferris Bueller’s Day Off (1986)

John Hughes tahu cara membuat komedi remaja era 90-an. Dia bertanggungjawab dengan banyak filem ‘cult’ klasik berbanding pengarah lain pada tahun 80-an atau 90-an, dan kejayaan terbesarnya ialah Ferris Bueller’s Day Off. Ia merupakan gabungan sempurna baik dari segi cerita, huru-hara dan lakonan yang hebat dan membina kerjaya beberapa pelakon terkenal.

Memandangkan John Hughes telah meninggal dunia, menulis dan mengarahkan sekuel adalah idea yang tidak baik untuk semua yang terlibat. Rick Rapier pernah menulis skrip filem sekuel pada tahun 2011 tetapi lebih baik membiarkan Ferris Bueller’s Day Off tanpa perlu diusik.

 


Related posts

10 Rancangan Muslim Yang Anda Boleh Tonton Di Qalbox

Kakimuvee

Balik Kampung Dengan Disney+ Hostar & Bintang-Bintang Tempatan Kegemaran Anda Sempena Raya Ini

Kakimuvee

5 Pelakon Wanita Korea Yang Boleh Bawa Pelbagai Watak

Kakimuvee

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee