Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Filem-Filem Box Office Yang Paling Gagal

King Arthur: The Legend of Sword telah menjadi filem pertama yang mendapat gelaran Box office flop tahun ini apa gagal mendapat kutipan yang diharapkan di minggu pertama tayangan. Para pemerhati berpendapat, prestasi buruk filem remake tersebut bakal berterusan dalam tempoh beberapa minggu lagi dan akan menyebabkan kerugian kepada pihak studio.

Sebenarnya, bukan King Arthur sahaja menjadi filem Box Office yang gagal, terdapat lagi beberapa filem besar yang telah menyebabkan kerugian jutaan dollar kepada pihak studio.

Banyak sebab yang mendorong kepada kegagalan filem berkenaan antaranya filem tersebut sememangnya tidak menarik, bersaing dengan filem-filem Box Office yang lain dan pelbagai lagi. Disini kami kongsikan 15 filem Box Office yang paling gagal dalam sejarah.

15. Jupiter Ascending 

Filem sains fiksyen arahan adik beradik Wachowski tidak dapat mengikuti jejak langkah filem The Matrik apabila filem tersebut kerugian sebanyak $80juta dari kos pembikinan $176 juta tidak termasuk kos promosi dan edaran. Punca kegagalan filem sains fiksyen ini disebabkan saingan hebat dengan filem animasi 2D The Spongebob Movie: Sponge Out of Water dan American Sniper sehingga menyebabkan mereka tidak mampu bersaingan dari segi kutipan tiket di pasaran tempatan

14. Evan Almighty

Filem lakonan Steve Carrell dikatakan meniru filem lakonan Jim Carrey, Bruce Almighty. Dengan kos yang tinggi kerana penggunaan teknologi CGI untuk babak banjir besar di bandar, ia menjadikan filem komedi paling tinggi kos pembikinannya. Namun filem ini tidak dapat menyaingi kehabatan filem yang ditayangkan pada minggu yang sama seperti Men in Black III. Selain itu juga, filem ini menerima review yang sangat teruk sehingga tercalon dalam anugara Razzie Award untuk katergori Worst Prequel atau Sequel

13. Green Lantern

Filem superhero paling flop yang pernah diterbitkan. Filem ini jugalah menyebabkan Ryan Reynold tersungkur sebelum membuat “comeback” dalam filem Deadpool sehingga melonjakkan kembali popularitinya. The Hollywood Reporter melaporkan filem ini memerlukan kutipan sehingga $500 juta untuk mengaut keuntungan, tetapi sebaliknya hanya mampu mengutip $219.8 juta sahaja

12. Pan

Pelakon bintang, teknologi CGI yang canggih tidak menjamin keuntungan besar kepada studio. Filem yang dibintangi oleh Hugh Jackman, Levi Miller, Garrett Hedlund, Rooney Mara dan Amanda Seyfried, bukan sahaja gagal untuk pasaran US, tetapi gagal di pasaran Antarbangsa malah, pasaran China juga tidak memberi keuntungan kepada filem ini. Ia telah menyebabkan studio menanggung jutaan dollar kerugian

11. Alamo

Slow, boring dan fakta sejarah yang tidak tepat adalah antara kritikan negatif yang diterima oleh filem Alamo ini. Selain itu juga, saingan hebat filem yang tercalon dalam Academy Award, The Passion of the Christ menyebabkan filem ini hanya mampu mengaut $56 juta sahaja dan kerugian sebanyak $94 juta.

10. The Adventures of Pluto Nash

Review negatif yang diterima, kurang aksi-aksi komedi menjadi salah satu punca kegagalan filem The Adventures of Pluto Nash. Biarpun filem ini dibintangi aktor paling sukses dalam sejarah perfileman Hollywood, Eddie Murphy, filem ini hanya mampu $9.1 juta dari kos sebanyak $120 juta termasuklah kos promosi dan edaran.

9. Stealth

Filem aksi Stealth yang dikatakan agak stereotype bagi pemerhati filem antarabangsa. Bersaing hebat dengan filem-filem seperti Wedding Crashers, Charlie and the Chocolate Factory dan Sky High menyebabkan filem ini flop dari segi kutipan tiket walapun pasaran antarabangsanya memberikan lebih pulangan dari pasaran tempatan.

8. Sahara

Filem ini tiada saingan hebat dari filem-filem lain pada minggu tayangan, malah mampu mengaut kutipan tinggi pada minggu pertama, kedua dan ketiga tayangan serta pasaran luar yang memberikan kutipan sebanyak $110 juta. Namun disebabkan kos pembikinan yang agak tinggi iaitu $130 Juta dan $89 juta kos promosi dan edaran menyebabkan kutipan tiket yang diterima tidak mampu untuk memberi pulangan sekurang-kurangan modal pembikinan dan promosi filem

7. Jack The Giant Slayer

Pengarah yang hebat, Bryan Singer dan pelakon bintang seperti Nicholas Hoult, Eleanor Tomlinson, Stanley Tucci, Ian McShane, Bill Nighy dan Ewan McGregor tidak memberikan apa-apa makna kepada filem ini. Hanya mampu mengaut $7.7 juta sahaja pada tayangan pembukaan, tetapi pasaran luar dapat memberikan sejumlah $197.6, namun disebabkan kos produksi yang tinggi, pihak studio kerugian sebanyak $125 juta.

6. R.I.P.D

Satu lagi filem gagal lakonan Ryan Reynolds. R.I.P.D boleh dikatakan tersilap pilih tarikh tayangan apabila terpaksa berhadapan dengan filem-filem yang sangat sukses dan popular seperti  The ConjuringDespicable Me 2Grown Ups 2Turbo, Red 2 dan Pacific RimSelain itu juga, review negatif yang diterima turut menyumbang kepada box office flop filem ini.

5. The Lone Ranger

Agak mengejutkan filem yang dijangka akan meletup tiba-tiba tersenarai dalam list filem box office paling gagal. The Lone Ranger  yang dibintangi oleh Johnny Depp dan Armie Hammer serta pengarah Pirates of the Caribbean Gore, Verinski. Filem ini terpaksa ditunda beberapa kali bagi mencari tarikh yang sesuai memandangkan ia filem berbudget besar, tetapi tetap gagal dan punca utama ialah kegagalannya dipasaran antarabangsa. Ia telah memberikan kerugikan kepada kepada Disney, mujur studio berkenaan mempunyai filem-filem yang sukses yang boleh menutup kerugian yang dihadapi oleh filem The Lone Ranger

4. John Carter

Seperti filem The Lone Ranger, filem ini telah menunjukkan tanda-tanda kerugian sebelum ditayangkan disebabkan kos pembikinan yang agak tinggi iaitu sebanyak $450 juta termasuk kos promosi. Ia memerlukan sebanyak $650 juta untuk untung. Walaupun sukses di negara Russia dan China, ia menyebabkan Disney kerugian sebanyak $150 juta sehinggakan menyebabkan syarikat Disney goyah dan perletakan jawatan ketua Disney Studio, Rich Ross

3. The 13th Warrrior

Filem berbudget $160 juta ini tetapi filem ini dibuat pada tahun 1999, dimana kos berkenaan bersamaan $300 juta pada masa sekarang. Filem ini hanya berhadapan dengan filem The Sixth Sense tetapi masih tidak mampu bersaing untuk mendapatkan lebih kutipan tiket.

2. Mars Needs Moms

Satu lagi filem gagal Disney yang diterbitkan pada tahun 2011, puncanya? ramai yang tidak tahu mengenai kewujudan filem animasi komedi ini. Walaupun diterbitkan oleh Robert Zemeckis, filem ini tidak mendapat sentuhan magisnya dan gagal dapat mengutip $6.8 juta sahaja pada minggu pertama tayangan dan secara keseluruhan hanya $39 juta sahaja

1. 47 Ronin

Keanu Reeves antara aktor yang mampu menarik penonton ke panggung wayang, tetapi tidak filem aksi lakonannya 47 Ronin. Dengan kos sebanyak $225 juta termasuk kos promosi dan saingan hebat dengan filem-filem The Hobbit: The Desolation of Smaug, The Wolf of Wall Street, Anchorman 2: The Legend Continues, The Secret Life of Walter Mitty dan American Hustle, telah menyebabkan filem ini menduduki carta pertama filem box office paling flop sekali. Hanya berjaya mengaut $151.7 juta sahaja, thanks kepada pasaran antarabangsa.

Sumber: Screenrant.com

Related posts

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

Kenali Suspek-Suspek Terhebat Dalam “Glass Onion: A Knives Out Mystery”

Kakimuvee

11 K-CONTENT THAT TRULY THRIVED ON NETFLIX IN 2022

Zulaikha

6 Rancangan Korea Yang Akan Menghangatkan Disember Anda

Kakimuvee

8 Pelakon & Pengarah Yang Tidak Lagi Mahu Bekerja Dengan Marvel Studios

Kakimuvee

22 Filem Tempatan Yang Memperoleh Undian Pengguna Tertinggi Di IMDb

Kakimuvee

Leave a Comment