Filem Fate of the Furious atau dikenali juga Fast 8 telah melepasi jumlah kutipan tiket $1 Billion Dollar selepas beberapa minggu ditayangkan diseluruh dunia. Filem ini yang sebelum ini mengatasi kutipan minggu pembukaan filem Star Wars: A Force Awakens sebelum telah mengaut sebanyak $353 juta di Utara Amerika dan $1.163 Billon dipasaran antarabangsa dengan jumlah terkumpul sebanyak $1.156 juta.
Filem arahan F.Gary Gary ini menelan belanja sebanyak $250 Juta, dan kini mereka berjaya mengatasi kutipan keseluruhan filem Beauty and the Beast yang kini mengumpul kutipan tiket sebanyak $1.143 billion.
Sementara itu, walaupun masih belum ditayangkan dipasaran utara Amerika, filem terbaru Marvel, Guardians of the Galaxy Vol. 2 berjaya mengaut kutipan tiket sebanyak $101 juta dan dijangka kutipan tiket filem berkenaan akan meningkat apabila filem tersebut ditayangkan di utara benua Amerika pada 4 Mei ini dan juga dibeberapa negara lain seperti Korea, Russia, China, Israel, Croatia, Czech Rep, Greece, Hungary, Lebanon, Slovakia, Slovenia, Ukraine, Poland, South Africa, India dan Argentina. Marvel jangkakan, selepas tayangan disemua negara, kutipan tiket sekuel Guardians of the Galaxy Vol. 2 ini akan mengatasi beberapa filem mereka termasuklah filem pertama.
Guardians of the Galaxy Vol. 2 telah pun ditayangkan dipawagam Malaysia pada 27 April yang lalu, manakala Fate of the Furious masih lagi ditayangkan dibeberapa pawagam tanah air.