Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Filem Epik ‘Putera Empayar Nusantara’ Bakal Menceritakan Kisah Sebenar Zaman Kesultanan Melayu


Syarikat penerbitan Eria Ventures Sdn Bhd dengan kerjasama kerajaan Negeri Sembilan bakal menerbitkan filem bergenre epik aksi berjudul Putera Empayar Nusantara yang akan menceritakan sejarah sebenar zaman kesultanan Johor, Negeri Sembilan, Pahang dan Kedah.

Pengambaran dijangkan akan bermula pada tahun depan melibatkan beberapa lokasi antaranya di Negeri Sembilan, Kedah, Rompin, Pahang, Johor, Sulawesi serta Makasar di Indonesia.

Filem yang mendapat sentuhan daripada gabungan tiga pengarah iaitu Asmadie Mokhadar dan Javert dari Malaysia serta pengarah terkenal dari Indonesia, Ario Sagantoro, mensasarkan untuk menembusi pasaran antarabangsa, dan ia turut mendapat bantuan teknik Computer-Generated Imagery (CGI) daripada Linux Group, syarikat pembuat teknik CGI terkenal di Hong Kong dan China.

Pengarah Eria Ventures Sdn Bhd, Asmadie berkata filem itu bertujuan mengangkat martabat Raja-Raja Melayu.

“Filem ini mengaitkan kisah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, di mana pewarisnya mahu menuntut takhta dengan mendapatkan bantuan dari Daeng Lima Bersaudara,” katanya kepada Bernama selepas majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) Eria Ventures Sdn Bhd bersama barisan pelakon dan karyawan filem ‘Putera Empayar Nusantara’ di sini, pada Sabtu.


Turut hadir, Undang Luak Johol Datuk Muhammad Abdullah yang juga penaung filem berkenaan.

“Menerusi filem ini, masyarakat akan boleh mengetahui mengenai sejarah Negeri Sembilan juga. Dengan adanya filem ini, generasi muda akan tahu mengenai adat dan budaya yang diamalkan orang terdahulu,” katanya.

Putera Empayar Nusantara mensasarkan tarikh tayangan pada 2021.

— BERNAMA / ASTRO AWANI


Related posts

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee