Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Asia

Filem Calon Oscar “Minari” Akan Menemui Penonton Tempatan 1 April Ini.


Filem Korea Selatan yang telah memenangi banyak anugerah antarabangsa dan juga calon Filem Terbaik Oscar 2021, “Minari” bakal ditayangkan di pawagam GSC pada 1 April ini. Terima kasih kepada Encore Films Malaysia yang membawa masuk filem ini ke pasaran tempatan.

ā€œMinariā€ diarahkan oleh Lee Isaac Chung dan dibintangi Steven Yeun,Ā Han Ye Ri, Alan Kim, Noel Kate Cho,Ā Youn Yuh Jung, serta Will Patton. Berdasarkan pengalaman hidup sebenar pengarah, filem ini adalah mengenai keluarga pendatang Korea Selatan yang cuba memulakan kehidupan baru di luar bandar Amerika pada tahun 1980-an.

Filem terbitan studio A24 ini telah berjaya membawa pulang trofi utama di majlis anugerah termasuklah Critics Choice Awards ke-26, anugerah Golden Globes ke-78, Screen Actor Guild Awards ke-27 serta beberapa acara anugerah utama.Ā 

“Minari” telah dicalonkan dalam enam kategori di majlis Anugerah Academy ke-93 termasuklah kategori utama Filem Terbaik, Pelakon Terbaik dan Pengarah Terbaik.Ā 


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee