Filem yang mencetuskan kontroversi di India, Padmavati akhirnya dibenarkan tayangannya dibeberapa tempat di India. Namun filem berkenaan diberikan syarat sebelum memulakan tayangan antaranya menukar nama Padmavati kepada Padmaavat serta melakukan pengubahsuainya pada filem tersebut.
Padmavaat telah mendapat kelulusan dari CBFC dengan sijil tayangan U/A selepas melakukan lima pengubahsuaian seperti yang dicadangkan lembaga tersebut.
Sebelum ini, filem yang memaparkan kisa cinta dua individu berlainan agama telah mencetuskan protes di India. Filem ini telah menimbulkan kontroversi kerana didakwa menyeleweng daripada fakta sejarah oleh kumpulan konservatif.
Walaupun diberikan kebenaran tayangan dengan menggunakan nama baru, ia masih dilarang tayangannya dibeberapa tempat antaranya Rajasthan dan Gujarat.
Menurut Viacom18 Motion Pictures menerusi tweetnya, Padmaavat merupakan filem India pertama yang akan ditayangkan dalam teknologi IMAX 3D. Pengeluar filem, itu juga mengumumkan tarikh tayangan Padmavaat iaitu pada 25 Januari 2018 dan akan ditayangkan dalam tiga bahasa, Hindi, Tamil dan Telugu
Get ready to witness the epic tale #Padmaavat on 25th January 2018, in theatres near you. Now also in 3D, Imax 3D, Tamil & Telugu. @RanveerOfficial @deepikapadukone @shahidkapoor @aditiraohydari @Viacom18Movies @Bhansali_Prod @TSeries https://t.co/6gy6Us7efF
— Viacom18 Studios (@Viacom18Studios) January 14, 2018
Padmavaat diarahkan oleh Sanjay Leela Bhansali dan dibintangi beberapa pelakon antaranya Deepika Padukone, Shahid Kapoor dan Ranveer Singh
Sumber: Astro Awani