Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem “Blonde” Lakonan Ana de Armas Diberi Penarafan ‘NC-17’


Menurut Film Ratings, filem biografi terbaru Netflix mengenai Marilyn Monroe, Blonde, secara rasmi diberi penarafan NC-17 oleh Motion Picture Association of America kerana mengandungi “beberapa kandungan seksual”.

Filem yang diterajui calon Golden Globe Ana de Armas, sebagai Marilyn Monre, itu dijangka membuat debut pada lewat tahun ini.

Digambarkan sebagai fiksyen tentang kisah hidup Marilyn Monroe, Blonde ditulis dan diarahkan oleh Andrew Dominik, dan berdasarkan novel berjudul sama karya Joyce Carol Oates yang diterbitkan pada tahun 2000. Projek filem ini telah dibangunkan sejak 2012 dengan Naomi Watts dan Jessica Chastain sebelum ini dikaitkan dengan peranan utama. 

Butiran lanjut tentang plot dan watak masih dirahsiakan. Menyertai de Armas ialah Adrien Brody, Julianne Nicholson, Bobby Cannavale, Caspar Phillipson, Toby Hus dan banyak lagi.

Sinopsis:


“Salah seorang novelis Amerika yang paling terkenal dengan berani membayangkan semula salah satu ikon Amerika yang paling kekal dalam Blonde— buku terlaris oleh Joyce Carol Oates.”

“Lagenda Marilyn Monroe—aka Norma Jeane Baker—hidup secara provokatif dalam kisah mitos Hollywood dan realiti yang menyayat hati ini. Marilyn Monroe hidup-dilahirkan semula untuk menceritakan sejarahnya yang tidak pernah diketahui; kisah tentang seorang bintang yang dicipta untuk bersinar paling terang di cakrawala Hollywood sebelum dia jatuh ke bumi. Blonde ialah potret fiksyen yang mempesonakan kehidupan dalaman yang rumit bintang filem yang dipuja dan diidamkan, seperti yang digambarkan Joyce Carol Oates.”

Filem ini diterbitkan oleh Plan B Entertainment, dengan Brad Pitt, Dede Gardner, Jeremy Kleiner, Tracey Landon dan Scott Robertson berkhidmat sebagai penerbit.

KETAHUI KLASIFIKASI RATING FILEM: Kenali Klasifikasi Rating Filem & Kenapa Ibu Bapa Perlu Peka


Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee