Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem “Batgirl” & Static Shock” Mungkin Ditayangkan Terus Di HBO Max

Wonder Woman 1984 menjadi filem superhero DC pertama yang ditayangkan serentak di pawagam dan HBO Max. Tanpa mengambil kira bila pandemik COVID-19 akan berakhir, HBO Max mungkin mendapat filem DC mereka sendiri. 

Semasa wawancara dengan bos DC Films, Walter Hamada, The New York Times melaporkan bahawa sehingga empat filem DC terbaru akan dirilis di pawagam mulai tahun 2022. Namun, filem lain, “mungkin tertumpu pada watak berisiko seperti Batgirl dan Static Shock, akan ditayangkan secara eksklusif di HBO Max”

Pengarah Joss Whedon sebelum ini telah berundur dari projek Batgirl pada 2018. Christina Hodson (Birds of Prey) telah dipilih untuk menulis skrip, dan kini Warner Bros. dilaporkan sedang mencari pengarah wanita untuk menggantikan tempat Whedon.

Pada Oktober yang lalu, Michael B. Jordon telah menyertai projek pembikinan filem Static Shock sebagai penerbit. Bagaimanapun, penulis lakonlayar dan pengarah masih belum dipilih. 

Selain itu, Hamada turut memberitahu kepada The New York Times bahawa siri TV spin-off HBO Max akan dipertimbangkan untuk setiap filem DC yang akan datang.

“With every movie that we’re looking at now, we are thinking, ‘What’s the potential Max spinoff?’” 

Hamada juga menyatakan keyakinannya bahawa penonton tidak akan keliru dengan pengenalan DC multiverse, yang digunakan untuk menjelaskan filem-filem yang tidak berkongsi sebarang kesinambungan antara satu sama lain. 

“I don’t think anyone else has ever attempted this. But audiences are sophisticated enough to understand it. If we make good movies, they will go with it.”

Sumber: Comingsoon

Related posts

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee

[VIDEO] Klip Terbaru “The Batman” Papar Pertelingkahan Yang Mendebarkan

Kakimuvee

“Knives Out 2” Akan Membuat Debut Di Netflix Pada Musim Luruh 2022

Kakimuvee

Mary Elizabeth Winstead Sertai Siri Terhad “Star Wars: Ahsoka”

Kakimuvee

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

Leave a Comment