Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Filem Balun Akan Ditayangkan 17 Ogos Ini

Filem Balun arahan Bob Singah dan terbitan Element Pictures (M) Sdn Bhd akhinya akan ditayangkan pada 17 Ogos selepas sekian tertangguh.

Menurut pengarahnya, beliau melahirkan rasa syukur filem sulung arahannya itu akhirnya akan bakal ditayangkan juga di pawagam nanti selepas sekian lama menunggu.

“Sebenarnya ini merupakan filem pertama arahan saya, dan ia sudah tersimpan agak lama memandangkan filem ini sudah menjalani penggambaran sejak tahun 2012 dan keseluruhan lokasi penggambaran dilakukan di Taiping, Perak.

“Saya memilih genre aksi sebagai filem sulung saya ini kerana percaya bahawa genre sebegini cukup digemari oleh penonton-penonton di Malaysia, termasuklah saya sebagai pengarah,” – Bob Singah

Filem yang dibintagi oleh pelakon seperti Beto Kusyairy, Izara Aishah dan Reen Rahim ini merupajkan sebuah filem bergenre aksi dan juga adalah filem pertama arahanya itu.

Ini kerana pemilihan ketiga-tiga mereka mempunyai sebab tersendiri iaitu Beto dipilih selepas terlibat dengan filem “Bilut” yang mana dia merupakan ‘stuntman’ untuk filem tersebut, Izara Aishah pula dipilih kerana mempunyai ilmu asas dalam seni mempertahankan diri, manakala Reen dipilih kerana dia merupakan antara pelakon wanita sedang meningkat naik ketika itu.

Filem Balun mengisahkan tentang seorang pemuda, Hassan yang membuat keputusan untuk pulang dan menetap di kampung asalnya di Kampung Putra, Kamunting kerana ada beberapa persoalan dan perkara yang harus di selesaikan, di mana salah satu perkara adalah perihal tanah milik arwah ayahnya, Mustafa yang dicagarkan kepada Orang Kaya Seman sebelum itu.

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment