
Kepada peminat anime, ini berita baik buat anda. Filem hit Your Name akan tersedia di platform streaming Netflix mulai 1 September ini!
Filem anime fantasi romantik Your Name telah membuat debut di pawagam Jepun pada 2016, dan segera menjadi hit dengan lebih $303 juta dolar di Jepun sahaja. Populariti filem ini telah menjadi rebutan studio-studio filem antarabangsa yang ingin mendapatkan hak penerbitan ‘live-action’.
Adaptasi ‘live-action’ kini sedang dibangunkan Paramount Pictures, Bad Robot Production dan Toho, dengan penulis Minari, Lee Isaac Chung telah dipilih untuk menulis lakon-layar dan mengarah filem tersebut.
Your Name mengisahkan pelajar sekolah tinggi di Tokyo, Taki Tachibana dan Mitsuha Miyamizu yang mendapati diri mereka mempunyai kemampuan untuk menukar badan antara satu sama lain. Apabila bencana alam mengancam untuk memusnahkan kehidupan mereka , mereka mesti melakukan perjalanan untuk bertemu antara satu sama lain dan menyelamatkan dunia mereka sebelum terlambat.