
That Time I Got Reincarnated as a Slime akan mendapat filem pertamanya!
Selepas berakhirnya musim kedua, akaun media sosial rasmi anime That Time I Got Reincarnated as a Slime telah mengumumkan sebuah filem berdasarkan siri ini sedang dalam produksi.
Dalam tweet tersebut, sebuah video teaser ringkas untuk filem That Time I Got Reincarnated as a Slime telah dipamerkan kepada peminat, bersama dengan visual baru untuk filem ini. Menurut tweet itu lagi, filem ini dijadualkan untuk tayangan di pawagam Jepun pada musim luruh 2022.
Tonton trailer filem That Time I Got Reincarnated as a Slime dibawah.
#転生したらスライムだった件
— 【公式】アニメ『転生したらスライムだった件』 (@ten_sura_anime) September 21, 2021
劇場版制作決定!
2022年秋公開!!
スライム旋風は止まらない!https://t.co/XD9FeyH3rJ
杉P#転スラ #tensura pic.twitter.com/yd4VYYoH95
That Time I Got Reincarnated as a Slime pada asalnya adalah novel ringan yang ditulis oleh Fuse dan dilukis oleh Mitz Vah. Eight Bit telah membangunkan siri anime dan telah memulakan tayangannya pada 2018. Bahagian pertama untuk musim kedua telah membuat debut pada Januari 2021 selepas tertangguh beberapa kali akibat pandemik.
Dalam musim kedua yang lalu, Rimuru dan seluruh Jura Tempest Federation kembali pulih dari peristiwa gelap. Kumpulan ini berusaha untuk menghukum yang bertanggungjawab atas segala-galanya, Demon Lord Clayman.
Strim That Time I Got Reincarnated as a Slime