Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Animasi Super Mario Akan Dihasilkan, Jangka Tayang 2022

Permainan video Super Mario bakal diangkat ke layar perak pada tahun 2022. Menurut pendedahan dari Games Radar, Nintendo mengumumkan berita tersebut semasa “Taklimat Dasar Pengurusan Korporat.”

Laporan dari laman Games Radar turut menyebut, filem animasi tersebut dijadualkan tayangan pada 2022, dan produksi kini berjalan lancar. Terdapat beberapa individu penting yang terlibat dalam pembikinan filem akan datang termasuklah pencipta Mario, Shigeru Miyamoto dan pengasas Illumination, Chris Meledandri (studio yang menghasilkan filem Minions).

Berita ini didedahkan sehari sebelum pelancaran Super Mario 3D All Stars, iaitu kompilasi permainan video Super Mario 64, Super Marion Sunshine dan Super Mario Galaxy.  Permainan ini akan dilancarkan di Nintendo Switch pada Jumaat ini. 

Setakat butiran lanjut mengenai jalan cerita dan pelakon masih belum diketahui. 

Dengan pengumuman ini, ia dapat memulihkan kembali reputasi Mario di layar perak selepas filem live action yang diterbitkan pada 1993, gagal dipentas box office dan dikritik teruk peminat.

Related posts

Amber Heard Tidak Dipecat Dari Peranannya Sebagai Mera Dalam “Aquaman 2”

Zulaikha

“Nomadland” & “Borat Subsequent Moviefilm” Ketuai Senarai Pemenang Golden Globes 2021

Isqandar

Warner Bros. Reboot Filem Superman, J.J. Abrams Jadi Penerbit

Kakimuvee

Barisan Pelakon & Trailer Filem Animasi Terbaru Disney / Pixar “Luca”

Kakimuvee

Tonton Klip Pembukaan “Zack Snyder’s Justice League” Yang Penuh Dengan ‘Easter Egg’

Kakimuvee

The Division: Rawson Marshall Thurber Ambil Alih Kerusi Pengarahan

Kakimuvee

Leave a Comment

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman