Semasa di konvensyen Comic Con San Diego yang sedang berlangsung ketika ini, pihak studio Sony Pictures mendedahkan bahawa 3 lagi karakter Spider-Man akan muncul dalam filem animasi terbaru mereka berjudul Spider-Man: Into the Spider-Verse.
Antara karakter Spider-Man tersebut adalah SP//dr aka Peni Parker yang akan disuarakan oleh Kimiko Glenn, Spider-Ham yang disuarakan oleh pelawak John Mulaney dan Spider-Man Noir yang akan dilakonkan oleh Nicolas Cage.
pider-Man Noir adalah versi Peter Parker yang hidup dizaman kegawatan ekonomi yang melanda Amerika Syarikat pada tahun 1930an. Pada zaman tersebut, Peter Parker merupakan wartawan siasatan yang mendapat kuasa dari labah-labah dan versi Spider-Man ini turut memiliki senjata. Manakala Peni Parker adalah karakter dari Earth-14512 dimana ia menggunakan suit robotik SP//dr.
Idea kreatif filem Spider-Man: Into the Spider-Verse datangnya dari pengarah filem 21 Jump Street iaitu Phil Lord dan Christopher Miller yang merupakan penulis filem ini. Ia menampilkan pellbagai versi Spider-Man serta kesan visual yang cukup menarik.
Shameik Moore akan membawa suara karkater utama iaitu Miles Morales, Liev Schreiber sebagai Kingpin, musuh kepada Spider-Man, Mahershala Ali sebagai Aaron Morales, Brian Tyree Henry sebagai ayah kepada Miles, Jefferson, Luna Lauren Velez sebagai ibu kepada Miles Rio, Lily Tomlin sebagai Aunt May, serta Hailee Steinfeld sebagai Spider-Gwen, dan Jake Johnson sebagai Peter Parker.
Bob Persichetti, Peter Ramsey, dan Rodney Rothman telah bekerjasama mengarahkan filem ini manakala Avi Arad, Amy Pascal, Phil Lord, Christopher Miller, dan Christina Steinberg bertindak selaku penerbit.
Spider-Man: Into the Spider-Verse akan menemui penonton pada 14 Disember tahun ini.