Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Asia

Filem Animasi Jepun, “Weathering With You” Bakal Menemui Penonton Tempatan Pada September Ini


Weathering With You

Berita baik buat peminat-peminat filem animasi Jepu. Filem Weathering With You arahan Makoto Shinkai yang sudah pun ditayangkan di Jepun, Julai lalu bakal menemui penonton tempatan mulai 5 September ini.

Filem ini mengisahkan tentang Hodaka Morishima meninggalkan rumahnya di sebuah pulau terpencil dan berpindah ke Tokyo, tetapi dia kesempitan hidup di sana. Di Tokyo, Hodaka hidup secara secara memencilkan diri, tetapi akhirnya dia mendapat pekerjaan sebagai seorang penulis majalah. Selepas dia memulakan tugasnya, keadaan cuaca menjadi hujan setiap hari.

Di sudut bandar yang sibuk dan dan padat, Hodaka bertemu dengan seorang gadis bernama Hina Amano. Hina tinggal bersama adiknya, mereka mempunyai kehidupan yang ceria dan stabil. Hina juga mempunyai kuasa tertentu: kuasa untuk menghentikan hujan dan “mencerahkan” langit.

Weathering With You diterbitkan oleh CoMix Wave Films dan akan diedarkan di Malaysia oleh TGV Pictures. Filem ini disuarakan Kotaro Daigo, Nana Mori, Yuki Kaji, Shun Oguri, Tsubasa Honda dan Chieko Baisho.

Anda boleh saksikan trailer filem animasi ini di pemain video dibawah.



Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee