You are here Home » Filem Animasi China ‘Ne Zha’ Bakal Menemui Penonton Tempatan Pada 26 September Ini

Filem Animasi China ‘Ne Zha’ Bakal Menemui Penonton Tempatan Pada 26 September Ini

 

Filem animasi dari China, Ne Zha bakal ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan pada 26 September ini.

Ne Zha merupakan filem animasi yang paling popular di China dan menjadi filem animasi bukan U.S. yang serta bukan berbahasa Inggeris paling tinggi kutipan sepanjang zaman. Dengan kutipan sebanyak $703 juta dolar seluruh dunia, Ne Zha juga turut menduduki tangga ke-8 tertinggi untuk tahun 2019 dan dan filem ke-2 tertinggi sepanjang zaman di China

Diarah dan ditulis oleh Jiaozi, filem animasi ini berkisarkan tentang seorang kanak-kanak iaitu Ne Zha yang dilahirkan dengan kuasa yang luar biasa. Dia kemudiaannya direkrut untuk menentang syaitan dan menyelamatkan komunitinya dari makhluk jahat tersebut.

Filem ini disuarakan oleh Lü Yanting, Joseph, Han Mo, Chen Hao, Lü Qi, Zhang Jiaming dan Yang Wei. 

Peminat boleh mendapatkan maklumat lanjut serta masa tayangan di laman tgv.com.my

BACA:  "Gergasi" Mengejar Dalam Klip Filem Ant-Man And The Wasp
Loading...