Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Animasi “Avatar: The Last Airbender” Akan Dihasilkan

Nickelodeon secara rasmi melancarkan division baharu bernama Avatar Studios yang akan menerbitkan kandungan asli termasuklah siri dan filem animasi yang berdasarkan dunia “The Last Airbender” dan “The Legend of Korra“. 

Susulan pelancaran tersebut, pencipta kandungan Michael Di Martino dan Bryan Konietzko mengumumkan projek pertama Avatar Studios yang juga merupakan filem animasi “Avatar: The Last Airbender”. Projek sulung itu dijangka memulakan produksi hujung tahun ini. 

Avatar Studios dijangka menerbitkan kandungan baru yang akan ditayangkan dibeberapa platform seperti Paramount+, platform linear dan digital Nickelodeon sendiri, dan di platform pihak ketiga serta pawagam. 

Michael DiMartino dan Bryan Konietzko, yang sebelum ini keluar dari siri live-action Netflix “Avatar: The Last Airbender”, akan memimpin Avatar Studios sebagai ketua pegawai kretif bersama, dan bekerja secara langsung dibawah seliaan Ramsey Naito, Presiden Nickelodeon Animation.

Siri animasi asal “Avatar: The Last Airbender” keudara selama tiga musim di Nickelodeon dari Februai 2005 hingga Julai 2008. Siri tersebut menerima pelbagai anugerah seperti Annie Awards, Genesis Awards, Primetime Emmy Award, dan Peabody Award

Dalam siri itu, dunia terbahagi kepada empat negara – Suku Air, Kerajaan Bumi, Bangsa Api, dan Nomad Udara – masing-masing diwakili oleh elemen semula jadi berdasarkan nama bangsa mereka. Benders mempunyai kemampuan untuk mengawal dan memanipulasi elemen dari bangsa mereka.

Hanya Avatar yang menguasai keempat-empat elemen tersebut. Bangsa Api yang zalim ingin menakluki dunia tetapi satu-satunya penghalang yang memiliki kekuatan mutlak, Avatar, telah hilang … hingga sekarang. Puaknya segera mengetahui bahawa Aang adalah Avatar yang telah lama hilang. Sekarang Katara dan Sokka mesti melindungi Aang dalam perjalanannya untuk menguasai keempat-empat elemen dan menyelamatkan dunia dari Fire Nation.

“Avatar: The Legend of Korra” ditetapkan 70 tahun selepas peristiwa “The Last Airbender”, dan mengikuti penggembaraan pengganti Aang, Korra, seorang gadis remaja yang bersemangat, memberontak, dan tidak takut dari Southern Water Tribe. Seperti siri asal, “The Legend of Korra”, yang keudara selama empat musim dari 2012 hingga 2014, turut menerima pelbagai anugerah seperti Daytime Emmy Award, Annie Awards, dan Gracie Award.

Kedua-dua harta intelek itu telah diterjemahkan ke dalam buku komik dan siri novel grafik yang berjaya. Novel grafik “Avatar: The Last Airbender” menghabiskan 70 minggu dalam senarai Bestseller Novel Grafik New York Times, dan pernah mencapai kedudukan pertama. Manakala jalan cerita novel grafik pertama untuk “The Legend of Korra” yang bertajuk “Turf Wars”, telah berjaya meraih pelbagai 10 tempat jualan teratas di fiksyen kanak-kanak, sains fiksyen remaja dewasa, dan kategori novel grafik sejak debutnya pada tahun 2017.

Sumber: Comingsoon.net

Related posts

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Leave a Comment