Filem Aladdin Berjaya Melepasi Kutipan $1 Billion Dollar

531
views

Filem ‘live action’ terbaru Disney, Aladdin secara rasminya telah berjaya mengutip $1 billon dolar seluruh dunia.

Sehingga Jumaat yang lalu, Aladdin telah mencatatkan kutipan sebanyak 343.1 juta dolar dipasaran domestik Amerika Syarikat dan $656.2 juta dolar dipasaran antarabangsa, menjadikan jumlah terkumpul sebanyak $999.3 juta. Namun pada hari ini, filem tersebut telah menyertai Avengers: Endgame, Captain Marvel dan Spider-Man: Far from yang turut mencatatkan kutipan lebih dari $1 billion dolar.

Selain itu juga, Aladdin kini menjadi filem ke-41 yang menyertai ‘kelab elit $1 billion dolar’ dan menjadi kelima Disney yang mencatatkan kutipan $1 billon dolar selepas Beauty and the Beast, Alice in Wonderland, Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides, dan Pirates of the Caribbean: Dead Man’s Chest.

Aladdin diadaptasikan dari sini animasi Aladdin yang diterbitkan pada 1992 dan berdasarkan dari kisah dongeng “One Thousand and One Nights”. Filem tersebut dibintangi Will Smith yang memainkan peranan sebagai Genie, Mena Massou sebagai Aladdin, Naomi Scott sebagai Puteri Jasmin serta beberapa pelakon lain seperti Marwan Kenzari, Navid Negahban, Nasim Pedrad, Billy Magnussen dan Numan Acar.

Anda boleh baca review Aladdin kami disini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here