Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Filem Aksi R-Rated ‘The Outlaws 2’ Lakonan Ma Dong Seok Telah Selesai Penggambaran

Sekuel The Outlaws semakin hampir menemui penonton!

Menurut My Music Taste, filem sekuel lakonan Ma Dong Seok, The Outlaws 2 telahpun selesai penggambarannya pada 15 Jun yang lalu.

The Outlaws 2 adalah filem aksi jenayah mengenai detektif Ma Seok Do dan percubaan mendebarkan skuad Geumcheon untuk membawa kedamaian di kawasan kejiranan. Son Seok Gu turut menyertai filem ini, diikuti oleh barisan pelakon yang telah menunjukkan kerjasama berpasukan yang kuat dalam filem sebelumnya: Ma Dong Seok, Choi Gwi Hwa, Park Ji Hwan, Heo Dong Won, dan Ha Joon

Ma Dong Seok, yang telah mencipta kekuatan pada karakter Ma Seok Do, berkata, “Ini adalah salah satu perjalanan paling memuaskan yang pernah ada. Di tengah-tengah COVID-19, seluruh kakitangan bekerja keras untuk menjaga persekitaran yang selamat. Itu adalah keutamaan kami. Kami merasa tenang menjalani penggambaran dan pembikinan filem ini, kami berharap filem ini dapat merehatkan minda anda yang stres.”

Son Seok Gu, yang akan membawa watak penjahat utama Kang Hae Sang, turut berkongsi pengalamannya di set penggambaran, “Sebagai watak yang baru bergabung, saya dapat merasakan kerjasama dikalangan kru The Outlaws di lokasi penggambaran. Dan saya telah berusaha sebaik mungkin dalam membuatkan sebarang aksi, jadi nantikan filem aksi yang menyeronokkan dan menarik ini.”

Related posts

Penampilan Kim Min-gwi Dalam Drama ‘Nevertheless’ Disunting Susulan Skandal Curang

Zulaikha

“The Penthouse 3” Tambah Dua Lagi Episod, Pratonton Episod Akan Datang

Zulaikha

Teaser HOMETOWN CHA-CHA-CHA Goda Hubungan Romantik Mengasyikkan Dengan Pemandangan Tepi Pantai Yang Cantik

Zulaikha

“Hospital Playlist 2” No. 1 Untuk Minggu Kelima Berturut-Turut, Bintang “The Devil Judge” Kuasai Ranking Pelakon

Zulaikha

Cha Tae Hyun, Krystal, & Jinyoung Bersedia Untuk Mengambil Kes Dalam Poster Terbaru “Police University”

Zulaikha

“The Devil Judge” No. 1 Dalam Slot Waktunya

Zulaikha

Leave a Comment