
Bintang Aquaman Jason Momoa kini sedang dalam rundingan untuk bintangi filem aksi-langsing Minecraft. Filem tersebut akan diharakan oleh Jared Hess, yang sebelum ini mengetuai projek Napoleon Dynamite dan Nacho Libre.
Berita tersebut hadir dari THR, yang menyatakan bahawa Warner Bros. sedang dalam ‘rundingan akhir’ dengan Momoa mengenai peranan utama.
Belum ada maklumat mengenai watak apa yang akan dimainkan oleh Momoa dalam filem itu, memandangkan karakter utama dalam permainan video kotak pasir itu tidak dinyatakan nama khusus, melainkan Steve dan Alex, bergantung pada warna kulit karakter tersebut.
Projek itu menyaksikan Momoa kembali bersatu semula dengan penerbit Dune, Mary Parent, yang akan menerbitkan filem tersebut bersama Roy Lee. Mendiang Jill Messick juga menerima kredit penerbitan untuk kerjanya dalam filem itu sebelum kematiannya pada 2018.
Penerbit eksekutif adalah Jon Berg, Cale Boyter dan Jon Spaihts. Pembangun Minecraft, Lydia Winters dan Vu Bui dari syarikat Mojang juga berkhidmat sebagai penerbit.
Permainan video popular itu dikeluarkan pada 2011 dan menjadi fenomena global. Kejayaannya membawa kepada pemilikan Mojang oleh Microsoft dengan belian bernilai AS$2.5 bilion.
Sebuah filem berdasarkan siri ini telah dibangunkan selama beberapa tahun dengan penglibatan Shawn Levy dan Rob McElhenney.