Slot Asia

Filem Aksi Korea, Deliver Us From Evil Lepasi 1 Juta Penonton

Views

Filem aksi terbaru Korea Selatan, Deliver Us from Evil bermula baik di pentas box office Korea.

Pada 8 Ogos, Majlis Filem Korea mengumumkan bahawa filem terbaru Lee Jung Jae dan Hwang Jung Min itu telah melepasi 1 juta penonton.

Menurut pengedar filem CJ Entertainment, Deliver Us from Evil telah ditonton lebih 1,078,00 juta penonton sejak ia ditayangkan pada 5 Ogos yang lalu, sekaligu meletakkan itu sebaris dengan filem sekuel Peninsula.

Dalam pada itu, pengarah Hong Won Chan serta pelakon utama dan krew filem telah kongsikan gambar yang menyatakan penghargaan kepada penonton kerana menyokong filem Deliver Us from Evil. Anda boleh saksikan gambar tersebut dibawah.

Deliver Us from Evil merupakan sebuah filem aksi yang berkisar tentang In Nam (lakonan Hwang Jung Min), seorang pembunuh upahan yang ingin menyelesaikan tugasan terakhir dan merancang untuk bersara. Dia kemudiannya mengetahui kes penculikan di Thailand, dan kes tersebut mempunyai kaitan dengannya. Dia kemudiannya pergi ke Thailand bersama-sama pembantunya Yoo-Yi (Park Jung-min) untuk menyesalaikan kes penculikan, namun dia mendapati dirinya diburu Ray (lakonan Lee Jung Jae), seorang lelaki yang berdendam dengannya kerana telah membunuh adik lelaki tersebut.

Sumber: Soompi

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks