Official TrailerSlot Asia

Filem Aksi Hard-Boiled Deliver Us From Evil (DUFE) Akan Menemui Penonton Tempatan 17 September Ini!

Views

Peminat tempatan bakal menyaksikan gandingan mantap Jung-min Hwang dan Jung-jae Lee dalam filem Deliver Us From Evil, terima kasih kepada TGV Pictures yang membawakan filem aksi 'hard-boiled' ini layar tempatan mulai 17 September 2020.

Delivers Us From Evil berkisar tentang In Nam (lakonan Hwang Jung Min), seorang pembunuh upahan yang ingin menyelesaikan tugasan terakhir dan merancang untuk bersara. Dia kemudiannya mengetahui kes penculikan di Thailand, dan kes tersebut mempunyai kaitan dengannya.

Filem arahan Hong Won Chan ini hit di Korea Selatan selepas mencatatkan lebih 4 juta penonton sejak filem The Man Standing Next mencatatkan jumlah yang sama di pentas box office Korea Selatan pada Februari yang lalu. 

Filem terbaru ini dibarisi pelakon seperti Hwang Jung in, Lee Jung Jae, Park Jung Min dan ramai lagi. Saksikan trailer dibawah.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks