Slot Asia

Filem Aksi Bencana Korea, "Ashfall" Akan Menemui Penonton Tempatan Pada 2 Januari Ini

Views

Kepada peminat-peminat filem Korea khususnya yang meminati pelakon berbadan sasa Ma Dong Seok, ini berita baik untuk anda. Filem aksi bencana Ashfall akan menemui penonton tempatan mulai 2 Januari tahun hadapan.

Diarahkan oleh Lee Hae-Jun dan Kim Byung-Seo, Ashfall berkisarkan tentang sekumpulan invidivu yang berjuang untuk mengelakkan letusan gunung berapi Gunung Baekdu di Korea Utara.

Filem ini dibintangi Lee Byung Hun akan memainkan peranan sebagai ejen Korea Utara bernama Ri Jun Pyeong yang cuba menyekat letusan itu. Dia seorang agen utama tetapi dipenjarakan kerana mengintip. Ha Jung Woo akan memainkan peranan sebagai anggota pasukan EOD (Pakar letupan Korea Selatan) yang bernama Jo In Chang. Bae Suzy sebagai isteri Jo In Chang.

Ma Dong Seok pula membawa peranan sebagai Kang Bong Rae, seorang profesor geologi yang telah meramalkan letusan Gunung Baekdu.

Filem terbitan CJ Entertainment ini dibawakan khas oleh GSC Movies & Encore Films Malaysia selaku pengedar untuk pasaran tempatan.

 

View this post on Instagram

 

The biggest Korean blockbuster ever! In the face of a disaster that will engulf both North and South Korea, a mission is put into action to stop a super volcanic eruption. From the production team of Along With The Gods comes a mission impossible to stop the most devastating volcanic eruption. Staring Lee Byung Hun, Ha Jung Woo, Ma Dong Seok a.k.a. Don Lee, Jeon Hye Jin, Bae Su Zy! Brace for the impact! Ashfall comes to Malaysia cinemas on 02.01.20! - 韩国史上制作费最高的电影!一场将吞噬整个韩鲜半岛火山浩劫。为了阻止最后的火山爆发, 一项不可能的任务一触即发。 《与神同行》制作团队打造灾难巨作!李炳宪,河正宇,马东石,田慧振和裴秀智领先主演。 准备好迎接前所未有的冲击!白头山: 火山浩劫将在02.01.20登陆马来西亚戏院! #Ashfall #Volcano #LeeByungHun #HaJungWoo #MaDongSeok #JeonHyeJin #BaeSuzy #2Jan2020 #ComingSoon

A post shared by Encore Films Malaysia (@encorefilmsmal) on

 

View this post on Instagram

 

Ashfall comes to Malaysian cinemas on 02.01.20! A mission impossible to stop the most devastating volcanic eruption! Staring Lee Byung Hun, Ha Jung Woo, Ma Dong Seok a.k.a. Don Lee, Jeon Hye Jin, Bae Su Zy! - Ashfall datang ke pawagam Malaysia pada 02.01.20! Suatu misi yang mustahil untuk menghentikan letupan gunung berapi yang paling dasyat! Dibintangi Lee Byung Hun, Ha Jung Woo, Ma Dong Seok a.k.a. Don Lee, Jeon Hye Jin, Bae Su Zy! - 白头山: 火山浩劫将在02.01.20登陆马来西亚戏院! 一场将吞噬整个韩鲜半岛的火山浩劫。为了阻止最后的火山爆发, 一项不可能的任务一触即发。 李炳宪,河正宇,马东石,田慧振和裴秀智领先主演! #Ashfall #Volcano #LeeByungHun #HaJungWoo #MaDongSeok #JeonHyeJin #BaeSuzy #2Jan2020 #ComingSoon

A post shared by Encore Films Malaysia (@encorefilmsmal) on

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks